Tuesday 13 November 2012

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit....

Assalam...

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

okay, kalian pun tentu sudah seronok menyanyikan lagu ini....kita kembali kepada tajuk di atas... ini bukanlah entri untuk bercerita tentang hal pergaduhan kami suami isteri...ini tajuk yang universal...yang dialami oleh semua orang yang berumahtangga...

ingat ye, waktu bercinta dulu...tak ada pun nak tergigit-gigit lidah ni..kerana pada masa itu....lembut gigi daripada lidah...semuanya alahai manis dan indah-indah sahaja....semuanya sayang-sayang..rindu-rinduan....

dalam berumahtangga ini, yang paling penting ialah kesepakatan....semua mesti disepakati sebelum membeli atau membuat sesuatu....barulah matlamat perkongsian hidup itu tercapai.....

si isteri pula... jika dulu.. semasa bercinta... kelihatan wangi...slim....cantik...bergaya....tetapi apabila sudah bergelar isteri...dan ibu... mula akan bertambah-tambah..................................................................................

berserabut...gemuk....berbau bawang hahahaha.....sebab dibebani tugas mengemas rumah, menyapu, mengemop, memasak, membasuh baju, membersihkan bilik air, mencantikkan bilik tidur, membuang habuk pada kipas, melipat baju, menjaga anak, melayan anak dan suami.....sampaikan tiada masa untuk melihat diri sendiri....hukhukhuk

owh...seram pulak aku ni.... ;-) oleh itu kita perlukan kesepakatan....dengan suami, bahagi tugas masing-masing....supaya sama-sama merasa susah dan senang (seperti ikrar cinta dulu-dulu tu)

errr, bagaimana jika suami x mau buat?? semua tugas dilonggokkan kepada sang isteri yang sudah penat keluar bekerja itu??? 

jeng..jeng....jeng >>>bersambung daa

 

Salam Hijrah

Assalam semua,

Aku sangat sibuk...Entah apa yang aku sibukkan hingga langsung tidak berkesempatan untuk membuka blog aku sendiri. Yang sering aku kemaskini ialah laman FB aku je iaitu di https://www.facebook.com/nurly.nurlyssa (promosi huhuhu)...

Okay, bercerita tentang hijrah.... Apakah yang kalian ingin hijrahkan? Bagi diri aku...ermmmm <sambil menopang dagu dan memandang ke awan biru> hahhh... AKU INGIN BERUBAH!! tapi agak klise la pulak kan...semua akan berkata sedemikian....nak berubah daripada baik kepada lebih baik...tapi betul ke akan berubah??? kenalah tepuk dada tanya hati.....

Aku ingin keluar daripada kepompong kehidupan aku yang biasa ini. Tapi tidaklah bermakna aku akan berhenti menjadi cikgu. Tidak sama sekali. Aku ingin membuka kelas tuisyen. Rasanya aku sudah lama menjadi guru tuisyen milik orang lain. Jadi sempena pembukaan tahun baru Islam ini, aku juga ingin mengorak langkah ke hadapan dengan membuka kelas tuisyen sendiri.

Kejayaan atau kegagalan kelas tuisyen ini, hanya Allah sahaja yang tahu...dan sudah tentulah bergantung juga kepada semangat dan kerajinan aku ini. Oleh itu, kepada semua pembaca blog aku ini...Jika kalian ingin lakukan sesuatu....(yang baik ea) terus lakukan....pejamkan mata, pekakkan telinga...jangan tanya pendapat orang ramai...kerana ditakuti akan melemahkan semangat kalian nanti.

Yang penting, setiap tahun kita perlu ada perubahan...jika tidak banyak.memadailah sedikitpun.....belum cuba ...belum tahukan...bak kata pepatah....Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya....alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan...

sekian ^_^

Saturday 13 October 2012

Lapang sebelum Sempit....

Assalamualaikum,

Lama juga tidak menjenguk blog....masih lagi menyesuaikan diri dengan status seorang ibu yang bekerjaya...secara teorinya nampak mudah....bangun pagi-pagi...siap-siap, dan hantar Irfan Aisy ke rumah pengasuh....terus ke sekolah....balik dari sekolah terus ambil Irfan Aisy semula...senangkan??

Aku memang tabik spring kepada ibu yang bekerjaya dan mempunyai anak yang ramai....kerana aku ni baru sorang sahaja...tetapi sudah terasa kesemputannya...seoalah-olah 24 jam masa yang Allah berikan ini sangat-sangat mencemburuiku...

belum sempat nak tidur....matahari sudah memperlihatkan diri...belum sempat nak berkemas rumah...bulan pula sudah melabuhkan tirainya....jadilah aku setiap hari terkejar ke sana ke mari... mesti kalian berbisik..."baru anak sorang" hehehe...

Namun aku anggap ini sebagai cabaran...ke bukit sanggup kudaki..ke lurah sanggup kurenangi..inikan pula kehidupan yang berpancaroba...alam rumahtangga ..

walaupun jauh daripada keluarga...jauh dari kampung halaman...jauh daripada sahabat handai yang sudah memahami sikapku ini...akukan tetap beristiqamah melawan arus...jadi, doakanlah aku...hamba Allah yang penuh kekurangan ini ye....

~peace no war~ ^_^ 
 


Wednesday 29 August 2012

Kisah Si Cinta









Alkisah di sebuah pulau kecil, tinggallah benda abstrak. Ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.

Pada awalnya mereka hidup bersama-sama dengan aman dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, tiba-tiba badai datang dan menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba bergelombang, menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu, air semakin naik membasahi kaki CINTA. 

Tidak lama kemudian, kelihatan KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.
“KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolonglah aku!” teriak CINTA. Dengan segera KEKAYAAN pun menjawab, “Oh, maafkan aku, CINTA!” kata KEKAYAAN.
“Perahuku telah penuh dengan semua hartaku. Aku tidak dapat membawamu bersama, nanti perahu ini akan tenggelam. Lagipun tidak ada ruang lagi untuk kau di dalam perahuku ini.”

CINTA amat sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat KEGEMBIRAAN melintas di hadapannya dengan menaiki sebuah perahu.
“KEGEMBIRAAN! Tolonglah aku!” teriak CINTA. Oleh kerana KEGEMBIRAAN terlalu gembira berjumpa dengan sebuah perahu, dia langsung tidak menghiraukan teriakan CINTA. 

Air semakin naik sehingga menenggelamkan CINTA separas pinggang. CINTA semakin panik. Tidak lama selepas itu, KECANTIKAN datang melintasi di depannya.
“KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!” teriak CINTA.
“Wah, Cinta. Kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersamaku. Nanti kau akan mengotori perahuku yang indah ini.” Sahut KECANTIKAN. 

CINTA amat sedih dengan jawapan itu. CINTA mula menangis teresak-esak.
“Apa kesalahanku? Mengapa semua tidak mahu mempedulikanku?” kata CINTA dalam hati.

Ketika CINTA sedang menangis, lalulah pula KESEDIHAN dengan perahunya.
“Oh, KESEDIHAN. Bawalah aku bersamamu,” kata CINTA.
“Maaf, CINTA. Aku sedang bersedih dan aku kini ingin bersendirian…,” kata KESEDIHAN sambil terus mendayung perahunya perlahan-lahan.


CINTA sudah mula berputus asa. Air semakin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap agar dirinya akan diselamatkan. Dia berdoa kepada Tuhan. “Oh, Tuhan. Tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat yang sangat kritikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya. “CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!” CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat sang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. CINTA pun menaiki perahu itu sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, sang tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru CINTA sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan sang tua yang telah menolong dan menyelamatkannya. 

CINTA segera bertanya kepada sang tua yang yang menduduki pulau tersebut, siapakah gerangan sang tua pendayung sampan itu.

“Oh, sang tua itu? Dia ialah ‘WAKTU’,” kata sang tua di pulau.
CINTA pun bertanya lagi. “Tapi mengapakah dia menyelamatkan aku? Aku tidak kenal dia. Sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku,” tanya CINTA kehairanan.

“Sebab, hanya WAKTU lah yang tahu betapa berharganya CINTA itu..” kata sang tua itu. Setelah itu, fahamlah CINTA akan kepentingannya di dunia ini.


p/s: aku plagiat kerana sangat suka akan cerita ini. 

 

Cinta itu Misteri




~cinta itu manis ibarat gula-gula tapi 
kadang-kadang pahit untuk ditelan~

Mengapakah cinta itu terlalu penting untuk kita?? Adakah kita akan menderita jika kehilangan cinta?? Bolehkah kita hidup bahagia dengan cinta tanpa melukakan hati orang lain??? Sanggupkah kita melepaskan cinta demi sebuah kebahagian orang lain???


hehehe,,mesti ramai tertanya-tanya mengapa entry ini dimulakan dengan soalan...setiap manusia pasti akan mengalami masalah dengan cinta..sama ada sebelum berkahwin....semasa berkahwin...atau sesudah terungkai sebuah perkahwinan....

topik cinta ini sudah terlalu biasa kita dengar..malahan kanak-kanak di taska juga memperkatakannya...huhuhu, jadi adakah cinta ini sudah hilang hak ekslusifnya?? jika dahulu, di zaman persekolahan....minda aku dan mungkin sebahagian kalian telah diprogramkan bahawa cinta itu untuk orang dewasa sahaja....kanak-kanak seperti aku dahulu hanya dipenuhi dengan suasana riang-ria bermain kejar-kejar dan nyorok-nyorok.....

di zaman serba canggih ini, segalanya sudah berubah....kanak-kanak bebas menunjukkan hubungan cintanya dengan rakan sekelas atau dengan sesiapa sahaja. ibu bapa mereka yang berfikiran moden sekadar tersenyum sahaja apabila membaca segala post dan komen anak mereka di laman-laman sosial....

bagi kanak-kanak ini..cinta itu amat indah...semuanya manis-manis belaka...seperti cerita yang happy ending....huhuhu....janganlah ditegur atau ditegah...mereka akan mengamuk dan menunjukkan protes...silap-silap mereka boleh lari dari rumah demi mempertahankan cinta...

Hanya masa, situasi dan pengalaman sahaja yang akan dapat mematangkan pemikiran kita tentang cinta....

sebenarnya cinta itu memang indah jika disulamkan dengan ketakwaan...cinta juga kadangkala perlukan pengorbanan....kerana cinta itu kadang tidak seharusnya memiliki.


Persoalan Terjawab Sudah...

Entry ini ditulis bagi menjawab persoalan di dalam entry sebelum ini iaitu http://hidupkubercahaya.blogspot.com/2012/05/persoalandemipersoalan.html

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Aidilfitri tahun ini membawa keberkatan kepada rumahtangga aku dan dia.... Akhirnya sudah tiada apa lagi yang hendak disembunyikan... sanak saudara kedua-dua belah pihak dapat berjumpa dan berkenalan dengan kami...

Doakan agar rumahtangga kami sentiasa dalam keadaan aman damai dan diberkati Allah...insya'Allah






Irfan Aisy Zulyaszam

pejam celik....akhirnya hampir habis cuti tiga bulan yang diambil untuk menguruskan si kecil ini. Sempat juga berpuasa, berhari raya dan menyambut ulangtahun kemerdekaan dalam tiga bulan yang ini.

Kelahiran si kecil ini bagaikan seribu rahmat dalam keluarga. semua yang melihatnya terus jatuh sayang dan kasih. maka tidak hairanlah dalam usia baru mencecah tiga bulan ini...wang sedekah untuknya sudah menjangkau empat digit.

ramai juga yang bertanyakan maksud nama <IRFAN AISY> ini...sebenarnya nama ini telah dipilih apabila disahkan dalam kandungan itu bayi lelaki. Aku inginkan nama yang ringkas dan sedap disebut, di samping itu membawa maksud yang elok. <IRFAN> itu adalah daripada kata dasar < ain ra fa> bermaksud 'pengetahuan'...manakala <AISY> pula bermaksud 'kemakmuran hidup'... oleh itu, didoakan semoga si kecil ini membesar seiring dengan maksud namanya ini...insya'Allah...


Wednesday 1 August 2012

5 June 2012

Aku hanya mampu berdoa dan berzikir sambil mataku menatap jam di dinding kini tepat pukul 2.30 pagi...namun kelibat doktor pakar bius masih belum kelihatan. kontraksi tanda kelahiran sudah mula aku rasai....makin lama makin sakit....perut sangat-sangat memulas.....hatiku mula dilanda kebimbangan....

akhirnya doktor yang ditunggu-tunggu itu muncul juga di depanku bersama peralatannya. Beliau menerangkan kepadaku tentang Epidural dan kesan jika tersalah cucuk...aku mula berbelah bahagi sama ada ingin dibius atau tidak....akhirnya aku bertawakal dengan menandatangi surat perakuan kesediaan dibius epidural...aku kasihankan bayi yang dalam perutku ini.....dalam fikiranku, biarlah bayiku ini dapat melihat dunia.....

jam empat pagi, doktor yang memantau tahap kesihatan aku mula memeriksa sama ada aku sudah bersedia untuk bersalin secara normal atau tidak....Beliau mngatakan bukaan vagina hanya 4cm...dan ditakuti bayi dalam kandunganku lemas kerana air ketuban telah dipecahkan terlebih dahulu..beliau mencadangkan aku menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi. aku agak terkejut kerana kontraksi kelahiran semakin kerap dalam tiga ke lima minit sekali....

mujurlah bos doktor itu muncul lalu memeriksaku...katanya bukaan sudah 8cm dan aku mesti bersalin sekarang....hurmmmm...pelik bin ajaib sungguh....tapi aku terus mengangguk dan bersedia untuk mengeluarkan si kecil secara normal...

setelah tiga kali teran...akhirnya tepat pukul lima pagi...lahirlah seorang bayi lelaki yang sangat kecil dan comel..... inilah pengalaman pertamaku melahirkan bayi.... ^___^





p/s: kecil je kan...baju pun dah boleh jadi jubah....stoking kaki dah macam kasut hehehe

Wednesday 25 July 2012

4 June 2012 - bahagian tiga -

Detik-detik cemas bermula apabila dengan segeranya, aku dibawa ke bilik bersalin jam 8 malam. Pada mulanya aku membayangkan sebuah bilik yang besar dipenuhi dengan  alatan pembedahan, tetapi rupanya bilik bersalin itu hanya sebuah bilik kecil sahaja. Aku ditempatkan di bilik bersalin 2 yang berdekatan dengan kaunter dan menjadi tempat lalu lalang doktor dan jururawat. Bermungkinan kerana kes aku yang dikategorikan sebagai kritikal.

Aku yang masih lagi dalam keadaan blur dan tidak bersedia pun untuk bersalin hanya mampu memandang jururawat yang bertugas memasang mesin memeriksa tekanan darah di lengan kananku. Selepas itu, jururawat tersebut memasang beberapa wayar di pergelangan tangan kiriku. Beberapa minit kemudian, datanglah doktor pakar (mujurlah perempuan)  untuk mengukur bukaan faraj. hehehe, ngeri giler....masa tu, bukaannya baru 4cm.

Kes aku ni dipantau oleh doktor lelaki berbangsa Cina yang sentiasa duduk di hujung kakiku sambil mengambil bacaan tekanan darahku setiap lima ke sepuluh minit. Mujurlah ada jururawat  yang sama-sama menemaniku di dalam bilik bersalin. Aku cuba berbual-bual kosong dengan jururawat itu bagi mengelakkan seram sejuk yang da makin meningkat. Awalnya tekanan darahku seolah tidak mahu bekerjasama...bacaannya makin meningkat seiring dengan ketakutan yang melanda diriku.

Aku disuruh makan  ubat darah tinggi untuk menurunkan tekanan. Disamping itu, aku mula melelapkan mata bagi mengurangkan seram sejuk, namun tidak berjaya kerana akalku aku pula mula berfikir yang bukan-bukan. Mujurlah aku teringatkan pesanan kak Noreha agar sentiasa membaca potongan ayat , "La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minas solehin". Jadi aku mula membacanya berterusan di dalam hati. Alhamdulillah, tindakanku ini berjaya mengurangkan ketakutan, seram sejuk dan tekanan darah tinggi.

Doktor pakar, dan beberapa orang doktor yang lain serta bos mereka mula masuk ke dalam bilik ini. Aku disuruh bertenang kerana doktor ingin memecahkan air ketuban menggunakan  sebatang besi tajam yang pada pandanganku sungguh mengerikan....

Bos mereka memberitahuku, pukul 12 pagi nanti aku akan disuntik bius epidural dan jam 2:30 pagi aku akan bersalin secara normal. Aku mula menarik nafas lega kerana kesengsaraanku ini sudah nampak penghujungnya.

sekali bersambung daaaaaaaaaaaaaaa..... ^_^

4 June 2012 - bahagian dua -

sambungan...

Ketakutan aku makin bertambah apabila bos kepada doktor itu mula mencadangkan suntikan epidural.....namun ketakutan itu aku sorokkan dalam hati kerana otak mula bercelaru apabila dalam sekelip mata aku dikejutkan dengan beberapa istilah perubatan yang aku tak faham maksudnya.

Aku dan suami mula meng "google" untuk mencari maksud istilah-istilah tersebut apabila diberikan kesempatan untuk memaklumkan kepada sang suami tentang hal ini.

Praeklampsia itu boleh menyebabkan aku sawan atau kejang semasa proses kelahiran nanti akibat tekanan darah yang tinggi. Paling kurang pun aku akan koma, lumpuh....dan dasyatnya, mungkin akan meragut nyawaku....Terkedu aku setelah membacanya....rupa-rupanya tanda seperti bengkak kaki tangan, kenaikan berat badan yang cepat selama ini ada kaitan dengan praeklampsia. Patutlah berat bayi dalam kandunganku ini dalam 2.5kg je...rupa-rupanya, selama ini praeklampsia mengurangkan aliran darah ke plasenta yang boleh menyekat tumbesaran bayi. Tetapi kenapa selama ini doktor di klinik ibu anak itu tidak perasan?? walaupun aku selalu bertanya kenapa kakiku bengkak...kenapa perut aku ini kecil je...kenapa bayiku kecil....walaupun aku da makan vitamin, minum susu tanpa culas....ada jururawat yang menegur aku kerana dia berpendapat aku diet dan tak makan banyak....siap cakap, kasihan bayi dalam kandunganku itu kecil sahaja...gara-gara ibu diet. ekkkk elllehhh....habis tu kenapa berat aku naik 0.5kg setiap minggu kalau aku ni berdiet....

Epidural pula adalah suntikan bius untuk mengurangkan kesakitan bersalin. tambahan pula aku bersalin anak pertama..jadi darjah kesakitannya amat tinggi...ditambah pula dengan darah tinggi...doktor kata kesakitan yang melampau akan membuatkan tekanan darahku meningkat....dan menyebabkan praeklampsia... Jadi epidural ini akan disuntik melalui celahan tulang belakang pada bahagian pinggang.

Secara teorinya, memang nampak mudahkan....tetapi kejadian sebenar yang berlaku sebaliknya....seakan membuatkan aku menjadi takut untuk mengandung lagi.....jeng-jeng-jeng..

eh, bersambung lagiiiiiiiiiii....kui4x



 

Tuesday 24 July 2012

4 June 2012

Akhirnya hari itu tiba juga, setelah hampir sembilan bulan sepuluh hari aku menghitung-mengira-mencongak kedatangan 4 June 2012 seperti yang tercatat pada buku merah jambu yang wajib kuusung ke mana-mana.

Namun aku berasa pelik kerana seperti tiada apa-apa tanda kesakitan major untuk menunjukkan si kecil di dalam kandunganku ini ingin melihat dunia. Oleh yang demikian, aku mengambil keputusan untuk pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk bertanyakan serta meminta nasihat daripada jururawat/doktor di sana. Tambahan pula, ini adalah pengalaman pertamaku, walaupun banyak cerita kisah yang kudengar daripada rakan-rakan yang bergelar ibu, namun manakan sama dengan pengalaman yang dialami sendiri.

Aku melangkah masuk ke Hospital Kuala Lumpur jam 5:30 petang setelah menunaikan keinginan selera yang mengidam makan di Kenny Rogers. Pada mulanya, aku menjangkakan doktor akan berkata , "Puan boleh balik rumah dan tunggu tanda-tanda bersalin seperti kontraksi yang berturutan, pecah air ketuban,,,bla-bla-bla..."

Namun sebaliknya yang berlaku, aku dikejutkan dengan bacaan tekanan darahku yang melambung tinggi dan juga bacaan urine test yang meragukan....erkkk, adakah ini akibat tekanan perasaan yang takut untuk bersalin??? atau disebabkan apa yang aku makan tadi di Kenny Rogers??  jeng-jeng-jeng....tapi secara jujurnya, aku memang takut...tersangat takut..bukan apa...sebab aku tidak dapat membayangkan langsung suasana di dalam kamar bersalin...yang selalu aku tonton dalam drama melayu tu macam menakutkan aje....dengan pelakon wanita yang terjerit-jerit-melolong-lolong kesakitan sambil meneran-neran apabila mendengar orang di sekitarnya menjerit, "Push...push..push.." ....menyeramkan aje..

Pengalaman ngeriku bermula apabila doktor memeriksa semula tekanan darah secara manual dan mula menyebut perkataan "pra eklampsia"....Erkkkk apa benda tu?? kemudian, doktor itu mula menghubungi bosnya pula....Erkkk serius ke pra eklampsia tu??  Aku mula berdebar-debar.....Tadi takut nak beranak...ni makinlah bertambah-tambah takut.....tapi kejap..kejap...sejak bila pula aku da ada perasaan takut ni??? Bukankah sejak dulu aku kategori berani??? hahaha, apabila mengandung...hati besar pun makin jadi kecil....

bersambung......hehehe

 



 

Saturday 2 June 2012

Warkah Untuk Abah

Semalam 1 Jun....maknanya sudah 6 tahun arwah abahku meninggalkan dunia yang fana ini....tetapi aku masih merasakan abahku tetap dekat dengan jiwaku....mungkin kerana itu, aku terpaut dengan suamiku ini yang kurasakan mempunyai sebahagian ciri-ciri arwah abahku.....walaupun sang suami sendiri ragu-ragu dengan jawapan aku....apabila ditanya mengapa aku memilihnya dan mahu hidup bersamanya....nampak macam klise kan...biasalah anak perempuan akan cenderung memilih suami yang tegas, garang, sabar, tak banyak cakap seperti abahnya....anak lelaki pula sebaliknya akan memilih isteri yang lemah lembut, penyabar, pandai masak seperti ibunya.....

warkah ini kutulis khas untuk abah....

Ke hadapan ayahandaku yang sememangnya sangat jauh  di mata....namun tetap kekal dekat di hati kami sekeluarga...semoga roh abah sentiasa dalam rahmat Ilahi....bertemankan doa yang tidak putus-putus daripada kami. buat diri kami di dunia ini, janganlah dibimbangkan...kami masih meneruskan kehidupan seadanya.

ayahanda yang sangat dirindui,

entah mengapa setelah enam tahun, tiba-tiba tersangat ringan tangan ini untuk mengutuskan warkah kepadamu abah...mungkin kerana ingin menceritakan betapa payahnya hidup kami selepas peninggalan abah menemui sang pencipta yang esa. secara fizikal di mata orang, hidup kami selesa...orang masih lagi mengukur kebahagiaan itu menggunakan material semata-mata..

sebenarnya abah, hati kami sangat terguris....rentetan demi rentetan peristiwa yang berlaku kepada anak-anak abah....ye, kami diuji sebenarnya...dan sudah tentulah kami inginkan sokongan daripada semua pihak..tambahan pula kami tidak berbapa lagi...namun malangnya hidup kami ini..apabila hanya mendapat umpat keji....mereka tidak mahu memahami mengapa sesuatu kejadian itu berlaku...malahan mereka lebih cenderung untuk menghukum kami...maklumlah..kami dah tiada abah...kami hanya ada mama yang sangat tabah dan sabar itu..

jadi, mereka lebih seronok untuk menjadikan kehidupan kami ini sebagai bahan umpatan dari mulut ke mulut....berbanding datang bertanya dan mengambil berat....mereka kelihatan sangat seronok apabila melihat kami adik beradik berpecah belah....mereka amat seronok melihat kami adik beradik merayu-rayu meminta bantuan daripada mereka.

entahlah abah...kadang-kadang terdetak juga di dalam hati..adakah kami akan menghadapi situasi yang sama jika abah masih ada lagi di dunia ini.....namun begitu, abah janganlah bimbang...hubungan kami adik beradik makin utuh...walaupun kami terpisah hutan batu dan konkrit keras....

jika difikirkan kesedihan ini...memanglah...tapi apa nak buat....mama kata kami kena tabah...kami kena sabar....kami wajib belajar untuk menjadi orang sabar dan tabah sementara mama masih ada ini..kerana kata mama....esok lusa entah siapa yang tahu....bagaimana pula nasib kami...abah, ketahuilah yang anak-anak abah ini tidak jahat...masih lagi waras...masih lagi ingat ibu bapanya....cuma kami ini suka mencuba...suka mengambil risiko...itu sahaja...kami inginkan nasihat..bukannya umpat keji....eh, bukankah itu seperti memakan daging saudara sendiri?? nauzubillah....

sampai di sini sahaja nukilan anakmu ini, abah....semoga tenang hidup di sana. kami juga akan sampai ke sana...hanya masa yang menentukan...salam rindu salam kasih daripada kami empat beradik...Selamat Hari Bapa...kami sayang abah.

sekian.

Cinta VS Kahwin

Cinta itu indah....sangat mengasyikkan.....semuanya nampak suci....kelihatan manis-manis sahaja...seolah-olah diri kita terawang-awang di angkasa lepas memetik bintang yang berkelipan....owhhh, dasyat giler...hahahaha tapi itulah cinta...walaupun putus cinta berkali-kali.....ditinggalkan...dikecewakan.....didua-tiga-empatkan.....kita tetap tidak serik-serik untuk meneguk kenikmatan dan kemanisan cinta itu......

percayalah...jika hari ini, kamu menangis-meleleh air mata-tak lalu makan-mengoyak-ngoyak/membakar/mendelete segala gambar kenangan bersama si dia.....esok lusa, akan datang si cinta yang lain mengetuk pintu hati kamu....dan lama kelamaan, kamu secara tidak sedar akan melupakan kisah cinta luka yang lama itu..

entah mengapa semenjak dua menjak ini, aku asyik membaca ayat-ayat cinta di laman FB murid-muridku....owh, tanpa aku sedar...mereka sudah dewasa....mereka bukan lagi anak didikku di tahun 3 atau di tahun 6 yang boleh aku marah-marah....rotan-rotan (hehehe)..maafkan cikgumu ini...cikgu juga seperti ibu bapamu yang tetap menganggap kalian itu insan yang comel...manja....tetap kecil selamanya..ahaks..

sememangnya fitrah manusia, untuk mencintai dan dicintai....tetapi..sesungguhnya alam percintaan itu amatlah berbeda 360 darjah daripada alam perkahwinan......sangat-sangat berbeza....

1. apabila di alam percintaan....kita cenderung melakukan dosa kering...dosa basah....tanpa kita sedar..ataupun memang sengaja kita lakukan....sebenarnya terasa sangat rugi apabila kita menyerahkan 100% hati perasaan kita kepada yang dicintai....kerana itu hanyalah perkara sia-sia....ye lah si dia itu bukannya ada ikatan pun...bila-bila masa sahaja...kita boleh ditinggalkan tanpa notis.....hurmmm, pengalaman banyak mengajar diriku....dan jika boleh diputarkan masa...aku nak kahwin selepas SPM ja...hahahaha {tiba2 teringat saat dingurat di pasar borong, abg tu siap ajak kahwin....tapi masa tu, sombong n siap cakap...maaf sy nak sambung belajar hingga universiti}

tetapi apabila sesudah ijab kabul....segalanya menjadi halal..tiada dosa...buat apa pun terus menjadi pahala....2 in 1....hati senang n dapat pahala....eh, x nak ke? hahaha <provokasi melampau> tapi itulah...macam da terlewat pula...rugikan?? bukan senang nak kumpul pahala di zaman iman lebih nipis daripada kulit bawang ni....malahan hati menjadi lebih tenang....secara semula jadi....hurmmm susah nak diperjelaskan perasaan ini...

2. alam perkahwinan ini membuatkan kita menjadi lebih bertanggungjawab....tambahan pula apabila dikurniakan cahaya mata...kita akan lebih fokus dalam meneruskan kehidupan....hidup kita menjadi lebih tenang...walaupun sebenarnya gelombang hidup suami isteri ini lebih berombak...sangat mencabar...tetapi itulah....sikap kebertanggungjawaban akan membantu kita mengatasi segala rintangan....di samping kesabaran yang tinggi....kerana amat berbaloi untuk kita bertahan dan mempertahankan ikatan yang telah tersimpul ini.....

Jadi, jika berlaku sedikit perselisihan+pertengkaran+ketidakpuasanhati, kita perlulah duduk berbincang....atau mungkin mengalah...atau bertenang dan bersabar kerana perkahwinan itu sebuah tanggungjawab....bukan lagi percintaan semata-mata yang boleh sesuka hati meninggalkan, mendua-tiga-empatkan pasangan.....

mengambil semangat lagu nyanyian P Ramlee dan Saloma;

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

nota kaki: aku mungkin sudah matang dan berpengalaman dalam percintaan...tetapi aku diumpamakan <budak baru belajar> yang sedang menempuhi alam perkahwinan..... 

Monday 21 May 2012

Checklist tanda-tanda awal


18 Mei tempoh hari...berlari-lari aku ke hospital...ingatkan dah nak bersalin sangat...disebabkan sakit perut yang mengeras-ngeras sepanjang malam...tambahan pula, memang nak sangat tarikh tu, supaya senang sang anak merayakan hari lahir bersama-sama abahnya....

malangnya, itu hanyalah tanda-tanda palsu huhuhu <manalah kutahu...ni kan pengalaman pertama> berpenat lelah sahaja membuang masa di bahagian kecemasan wad bersalin HKL...tambahan pula, kes ibu mengandung sulung macam aku ni tidak dilayankan sangat....para jururawat dan doktor lebih menumpukan kepada kes ibu-ibu yang sudah mempunyai dua atau lebih anak....

aku ni, hanya disuruh duduk menunggu...menunggu...menunggu dan terus menunggu...hingga aku dan ibu-ibu yang senasib dengan aku ni berasa sangat stress..bosan...dan daripada rasa nak beranak..terus tak jadi..maka sudah tentulah..aku pun disuruh pulang selepas menjalani beberapa sesi ujian....

rasanya, bukankah lebih mudah guna kaedah '1st come 1st serve'...tambahan pula, bukannya lama mana pun pemeriksaan tersebut....yang lamanya apabila disuruh menunggu.....sampaikan aku serik nak ke hospital lagi...seboleh-bolehnya aku cuba untuk membuang mentaliti pemikiran "alaaa, hospital kerajaan, memang macam tu"...

berkaitan tanda-tanda awal bersalin ini...mungkin setiap ibu mengalami tanda yang berlainan..macam aku ni, memang sejak dari kandungan lima bulan lagi, kakiku da bengkak....saiz kasut bertukar daripada saiz 7 kepada saiz 9....bukan itu sahaj, muka dan jari jemari pun bengkak-bengkak juga.... cuma sekarang ni apabila sudah mencecah kandungan 9 bulan..segala yang bengkak itu sudah mulai surut..apakah?? ^__^

selain itu, sekarang ni, aku rasa perutku makin ringan pula...jururawat kata, baby sudah turun ke bawah dan bila-bila masa sahaja...baby boleh keluar....jadi segala barang baby dan aku sudah tersimpan dalam kereta...dan sekarang ni aku sik rasa perut memulas-mulas....asyik kentut dan buang air besar....adakah???

dek kerana jahil...dan duduk sorang-sorang di kawasan perumahan ini macam kera sumbang..maka aku hanya mampu google aje la....

berikut adalah tanda-tanda yang aku 'siasat' di internet...


Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:


1. sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
2. kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
3. sakit perut, memulas
4. kerap buang air besar
5. kerap terkentut
tanda yang pertama je tak rasa sangat . 4 tanda lagi tu je rasa . tambah-tambah kerap berak dengan kentut .


Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu


mak bidan cakap lendir pekat tu makanan baby . mak aku pun cakap gitu jugak .


Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.


Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.


Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.


p/s : mak aku cakap mungkin baby ni nak kuar pada tarikh 1 Jun pula....bersempena tarikh pemergian arwah abahku 6 tahun lepas....entahlah...

Saturday 19 May 2012

Aku Wanita Biasa

Tajuk post hari ini selaras dengan tajuk lagu di blog ini....Rasa berjuta-juta lagu yang ada di dunia ni....aku terpanggil untuk meletakkan lagu ni..tapi mengapa?? dah sah sebab aku ni pun kategori wanita biasa juga....yang ada perasaan sayang...yang ada perasaan ingin disayangi....uhhh, tapi ini bukan nak cerita tentang kisah cinta aku yang dulu-dulu itu yek...bagi aku barang yang lepas jangan dikenang...itu hanyalah tinggal sejarah...walaupun cukup memberikan pengalaman yang sangat berharga dalam hidup aku....

Perasaan sayang bagi aku...amatlah pelik dan aneh..suka-suka hati aje perasaan sayang itu akan terbit dari dalam hati...dan kadang-kadang tanpa sedar...eh, sayang itu sudah hilang dari hati...huhuhuhu....tentu kalian juga pernah mengalaminya kan..kan...kannnn....

ok, berbalik kepada tajuk entry "aku wanita biasa" ni....aku nak sesuaikan dengan tahap kondisi aku pada masa ini yang sarat mengandung 9 bulan 1 minggu 5 hari....hurmm, bunyi macam perut aku da terboyot-boyot....dan jalan pun da terkedek-kedek aje kan....hahaha..tapi tanyala rakan sejawatku, aku masih lagi boleh memakai baju kurung....malahan, sebenarnya........aku tak pernah beli dan pakai pun baju mengandung....yang ada pun hanyalah jubah je...

"aku wanita biasa"...jadi aku akui yang aku agak gerun rupanya nak pergi ke hospital....dan makin aku tontoni video ibu bersalin di youtube itu, membuatkan aku makin takut nak beranak..hahaha....pelikkan? lagilah pelik bagi rakan-rakanku yang memang tahu kebrutalan... keganasan....keselambaan...kelasakan aku selama ini...huhuhu, pe nak buat...<aku wanita biasa...rupanya> walaupun dulu-dulu tu tahap memikul M16 berjalan kaki..tidur di hutan..eh, tak takut pulak yerkkkk...

faktanya, aku mana lah pernah sakit hingga tahap lepak di wad melainkan bulan April tempoh hari akibat keracunan makanan...itupun perasaan aku da tahap syahdu air mata berlinangan....duduk wad tanpa ada tetamu yang datang melawat membawa buah tangan...roti....air soya...hukhukhuk... .melainkan suami aku sorang aje yang setia menanti....

dek kerana aku ini <wanita biasa> aku mohon doakanlah kesihatan..keselamatan...aku dan bayiku ini...sepanjang tempoh aku mengandung hingga saat melahirkan bayiku....aku ingin memohon ampun maaf kepada semua pembaca blogku....mungkin terdiri daripada saudara maraku, sahabat handaiku, rakan sekerjaku, anak-anak didikku...sesiapa sahaja yang mengenali diriku ini agar memaafkan segala kesalahan tutur kata dan perbuatan yang telah mengguris dan menyinggung hati kalian...sesungguhnya, aku ni wanita biasa....segala yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk-buruk itu memanglah silapku sendiri.....sekian...


Monday 7 May 2012

Ho'oponopono???????

Minggu ini aku belajar satu ilmu baru...ilmu untuk mengubati penyakit hati dan minda yang sentiasa dalam tekanan...ilmu untuk merubah perlakuan dan tingkah laku akibat kecelaruan pemikiran...terima kasih kepada kaunselor sekolah saya yang menyebut perkataan ini <HO'PONOPONO>....

Apa benda tu??? ini merupakan satu teknik membantu melegakan stress yang terkenal sejak zaman Hawaian kuno lagi....dalam teknik ini ada EMPAT AYAT PENYEMBUH yang mesti disebut setiap hari.....iaitu:



 hurmmm, jika difikir-fikirkan....sebagai seorang insan...berapa kalikah dalam sehari kita BERANI untuk meminta maaf atas kesalahan kita??? adakah kita sanggup memohon kemaafan daripada mereka yang lebih rendah tarafnya daripada kita?? adakah seorang ketua akan meminta maaf daripada pekerjanya?? adakah seorang guru akan memohon maaf daripada anak muridnya?? adakah seorang suami akan meminta maaf daripada isterinya???  walaupun sudah terang lagi bersuluh yang memang kita bersalah...

begitu juga dengan ayat "saya sayang awak"....adakah ungkapan ini hanya untuk si kekasih hati sahaja?? bagaimana dengan ibu dan ayah yang sudah bertahun-tahun berada di samping kita menyaksikan jatuh bangun kita?? mereka yang menyayangi kita sepenuh hati....sebenarnya kita hanya BERANI menyatakan perasaan sayang terhadap ibu bapa semasa kita kecil sahaja..apabila tahun berganti tahun...kita menjadi semakin malu...dan hanya berharap mereka di sekeliling kita ini tahu sendiri bahawa kita sayangkan mereka.....owhhhh, sangat salah.......sayang itu hendaklah diungkapkan....tidak boleh hanya mampu berharap orang lain faham....

akhir sekali, perkataan "terima kasih"......ini tanda kesyukuran sebenarnya.....ucapkanlah 'terima kasih' sebagai tanda kita menghargai pengorbanan....kesetiaan....pemberian..pertolongan....kasih sayang....dan sebagainya....janganlah jadi insan yang tidak bersyukur.....

sebenarnya...segala ayat dalam teknik ini memang telah diajar dalam Islam.....ini untuk memutihkan kembali hati kita yang makin hari makin dipenuhi titik hitam....oleh itu, ajarkanlah perkataan ini kepada anak-anak kita yang baru mula mahu belajar bercakap itu...insya'allah..secara tidak langsung akan membentuk peribadi dan sahsiah mereka.....

terima kasih kerana membaca....maafkan saya jika ada tersalah bicara....saya sayang kalian...


Sunday 6 May 2012

Persoalan....Demi..Persoalan....

Tahun ini merupakan tahun artis-artis jelita mendirikan rumahtangga....bermula dengan si cantik berbakat Lisa Surihani mengahwini duda kaya dan kreatif, Yusri KRU (owh, sejak di bangku sekolah lagi aku memang ~peminat kipas mati~KRU).....kemudian diikuti pula dengan aktres jelita lagi sensasi tetapi lakonan tetap mantap <hahahaha> siapa lagi Fasha Sandha (aku peminat dia ea...lantaklah hangpa nak kutuk pa pun pasai dia...cheq x kesah) yang juga mengahwini si duda idaman rebutan Malaya <erkk> Jejai.....akhirnya semalam pula, si dara manis Scha al-Yahya selamat diijabkabulkan dengan si jejaka metroseksual...Awal Ashaari.....

hurmmm...kenapa pulak la muqadimah aku ini bermula dengan kisah artis??? kaitannya senang sahaja..hehehe.....aku ( yang x berapa nak jelita...sebab bukan artis, ahaks ) ni juga sudah selamat diijabkabulkan tahun lepas...tetapi aku faham + tahu + maklum bahawa pernikahanku ni lebih kontroversi berbanding sang artis...

ada kakak sepupuku menghantar emel bertanya, adakah aku bernikah dengan artis....ada juga yang meneka yang aku ini menjadi isteri sang datuk.....malahan tidak kurang juga yang bersokseksoksek mengatakan aku ni isteri kedua....jeng-jeng-jeng...barulah masuk tajuk <persoalan demi persoalan>..

ada yang lagi laser pula memberitahu mungkin suamiku ini ialah orang bunian....huhuhu, sadis kan....aku faham, orang di sekelilingku ini amat menyayangi diriku...mereka amat takut aku dilanda kekecewaan....ialah...semua tahu ombak rumahtangga ini amatlah dasyat..mengalahkan kisah ombak rindu yang popular itu...

aku memohon maaf kerana belum berkesempatan untuk menayangkan suamiku di khalayak ramai....Dia itu hanya rakyat marhaen juga seperti kalian....tiada apa-apa yang istimewa...cuma dia itu istimewa di hatiku...jadi kepada semua....harap bersabar.....tungguuu.... ^_^

Thursday 3 May 2012

Owh anakku Sazali...

apabila semakin menghampiri tarikh jangkaan bersalin...hati aku mula berdebar2...macam-macam kata tanya..kata kerja...kata seruan yang berlegar-legar dalam benakku ini...antaranya ialah...bagaimana cara nak membesar, mengasuh dan mendidik anak-anak...

aku percaya, zaman teknologi yang semakin maju dan canggih ini banyak mempengaruhi cara dan teknik pendidikan anak....selain itu, latar belakang pendidikan ibu bapa serta kerjaya juga amat membantu proses membesarkan anak-anak..

seorang rakan sekerjaku ada menyatakan bahawa anak ini akan mengikut kebaikan ayahnya dan kejahatan ibunya....mula2 terkedu juga aku mendengarnya...tetapi apabila sudah diperhalusi maksudnya..barulah aku memahaminya....sebenarnya seorang ibu sangat cenderung untuk menyayangi, memanjakan dan memihak anaknya walaupun terang-terangan pada suatu ketika sang anak itu telah melakukan kesilapan....berbeza dengan ayah....yang lebih cenderung menghukum anak agar tidak lagi mengulangi kesilapan/kesalahan.....

aku sangat-sangat bersetuju....tidak salah menunjukkan sayang kepada anak...tidak salah melimpahkan kemewahan kepada anak-anak...tetapi perlulah berpada-pada...kerana perjalanan sang anak itu masih jauh lagi...berikan peluang kepadanya untuk belajar dan berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan hidupnya...

janganlah jadi ibu bapa yang terlalu mendengar kata-kata dan rengekan anak-anak...sebagai ibu bapa, kita perlu tegas kerana segala asuhan kita pada hari ini akan dapat dilihat kesannya pada masa depan...jangan ulangi cerita <anakku Sazali> itu...terdapat juga ibu bapa yang sanggup datang menyerang sekolah untuk memaki guru-guru, mengugut guru besar atas dakwaan memukul dan memarahi anak mereka...

sikap begini sangat menyedihkan kerana guru di sekolah itu telah menjalani kursus dan latihan serta amat berpengalaman untuk mengajar dan mendidik anak-anak bangsa untuk menjadi insan yang cemerlang....adatlah jika terdapat anak-anak yang nakal didenda atau dinasihati dek kedegilan dan kemalasan tidak menyiapkan kerja yang diberikan guru...

hal ini sangat berbeza dengan zaman dahulu kala....ibu bapa zaman itu sangat mementingkan ilmu dan memuliakan guru....mereka sendiri mengizinkan guru untuk memukul anak mereka dengan harapan sang anak menjadi insan berguna....ibu bapa pada zaman itu sangat sedar hanya ilmu pengetahuan sahajalah yang akan membantu anak mereka berjaya pada masa hadapan...

namun, yang peliknya, apabila anak itu sudah berjaya sekarang..mengapa tidak mengamalkan teknik mendidik begitu, agar generasi zaman terdahulu tetap kekal berjaya....

entahlah.....apa yang aku lontarkan ini semata-mata untuk mengingatkan diriku sendiri untuk menjadi jenis ibu bapa yang bagaimana.....terima kasih kerana membaca...sekian, terima kasih...

Tuesday 1 May 2012

Hidup Mestilah Berdikari...

BERDIKARI???? cikgu aku kata, maksudnya...berdiri di atas kaki sendiri....jadi bermula pertengahan Januari tahun ini...aku telah mula berdiri di atas kaki aku sendiri....aku sudah tidak meminjam kaki orang lain untuk aku berpijak...(dalam makna tu)

aku telah mula hidup berjauhan daripada kaum keluarga kecilku....sanak saudara dan rakan-rakan yang selama ini sangat membantuku daripada segi nasihat....kata-kata semangat...material dan wang ringgit. pada mulanya memanglah sangat berat untuk melaksanakan keputusan yang telah diambil...tetapi, HIDUP MESTI TERUS.....jadi aku pun mulalah melangkah walaupun perlahan....masih tertoleh-toleh ke belakang...

hidup di tempat orang memanglah sangat aneh rasanya...walaupun aku tidaklah berhijrah jauh berjuta-juta batu..namun masih ada perbezaannya...maklumlah 10 tahun hidup di kampung...sudah terbiasa bangun pagi hasil kejutan sang jalak yang berkokok di tepi bilik...sudah terbiasa disapa mesra oleh penduduk kampung ketika keluar membeli lauk-pauk....

di sini...manusia kota sangat ramai...padat dan sesak...tetapi mengapa aku rasa macam duduk di dalam hutan??? sangat kurang patah perkataan yang keluar daripada mulutku ini....malahan jiran kiri kananku ini pun masih lagi aku tak kenal...setakat berbalas-balas senyuman ketika keluar bekerja sahaja...

adakah kediaman/ rumah di sini sekadar tempat persingahan untuk melepas kelelahan bekerja? rata-ratanya keluar awal untuk ke tempat kerja...ada yang sebelum Subuh sudah bergerak keluar mengusung anak bini dari rumah....mereka pulang ke rumah sesudah matahari melabuhkan tirainya...

tinggal di rumah berasingan daripada keluarga juga merupakan suatu perkara baru bagi aku....macam-macam yang perlu aku hadapi..terutama kerenah tuan rumah...berbelit-belit arahan dan maklumat yang tuan rumah sampaikan.....walaupun rasa bengang bercampur geram, aku tetap cuba memahami mengapa sikap tuan rumah begitu...mungkin dia takut ditipu oleh penyewa...mungkin juga dia takut aku tidak membayar duit sewaan....huhuhuhu.....sabar3....tuan rumah itu tidak tahu yang aku ni dan bergolok bergadai meminjam sana-sini demi menyediakan wang deposit...wang sewaan..wang perjanjian..dan entah apa-apa lagi la....

sehinggakan rumah sewaanku ini masih lagi dalam keadaan padang jarak padang tekukur kerana belum ada perabot rumah....hukhukhuk, sedih juga..tetapi itulah...hidup ini perlukan sikap keberdikarian......

Monday 30 April 2012

Berapakah peratus sayang?

hahahaha.....jawab dalam hati ea pembaca blogku ini....kadang-kala terfikir juga di benakku ini...sebenarnya berapa peratus agihan kasih-sayang kita kepada insan-insan penting di sekeliling kita? adakah agihan itu sama rata...atau ada yang dapat lebih..ada yang dapat kurang?

kalau agihannya berbeza...siapa yang layak dapat lebih...dan siapa pulak layak dapat kurang?? hurmmmm...makin keliru pulak pemikiran aku ini....hahahaha

aku pernah dinasihati oleh seorang kawan....katanya <JANGAN BERIKAN CINTA KITA KEPADA SESEORANG DENGAN  SEPENUH HATI, KELAK HIDUP KITA JUGA AKAN MERANA>

pada mulanya, aku membantah nasihat tersebut...tetapi apabila ditakdirkan hati aku terluka...barulah aku sedar akan kebenaran kata-kata nasihat itu.... sangat sukar untuk bangkit daripada kekecewaan yang dialami....mujurlah ada rakan taulan dan keluarga yang membantu memulihkan kesedihan hati...

oleh itu, sekarang...aku mula menetapkan hati perasaan aku ini agar tidak memberikan 100% sayang..cinta...kasih kepada seseorang....yang layak mendapat 100% sayangku ini hanyalah Allah dan rasul-NYA.....barulah hidup kita ini sentiasa dirahmati dan diberkati.....insya'allah..


Untuk Hidup...Mesti Positif..

berfikiran positif ini sangat penting jika kita inginkan kelansungan hidup yang tenang dan baik-baik sahaja.....sebenarnya, jika kita terlalu sangat berfikir.....menyiasat...mencari salah silap orang.....hidup kita juga nanti yang akan menjadi kucar-kacir...

dalam Islam, kita dituntut untuk 'berbaik sangka'.....kenapa? sebab jika kita membuka pintu hati dan fikiran kita untuk berfikiran negatif....buruk sangka....akan datanglah syaitan yang direjam itu menyusup masuk ke dalam minda....hinggakan segala kebaikan nanti akan dilihat sebagai keburukan....

aku sentiasa mengajar fikiranku ini untuk berfikir yang baik-baik sahaja.....sentiasa belajar untuk tersenyum.....tanpa perlu kata apa-apa....walaupun mungkin masalah....dugaan....kesukaran yang datang menghentam aku ini lebih dasyat daripada ombak tsunami...

aku sentiasa berdoa agar kepercayaanku kepada Allah yang esa tidak akan goyah.....apa sahaja yang berlaku itu sebagai tanda...betapa Allah sayangkan diriku ini......sepatutnya aku berbangga kerana hidup aku ini sentiasa terkeluar daripada zon selesa.....hanya dengan ini barulah dapat menambah pengalaman hidup aku....

kepada yang rakan-rakan yang mengenali...menyelusuri....masalah demi masalah yang aku dan keluargaku hadapi....mereka tahu betapa survivalnya kami.....semakin perit masalah yang dihadapi...semakin kuatlah kekuatan dalaman dan kesatuan keluarga kami.....

untuk berfikiran positif....kita mestilah menggunakan ayat-ayat yang positif dalam kehidupan seharian kita....antaranya, kurangkan perkataan "TIDAK"....contohnya, "betul tak?".....tukarkan kpd, "adakah betul?" atau "betulkah?"....

selain itu, kita juga perlu bersihkan minda kita.....positifkan minda kita....janganlah selalu berfikir yang bukan-bukan tentang orang lain....kita perlu berfikiran lebih terbuka...barulah hidup kita menjadi lebih tenang.....

yang akhir sekali, kita perlulah berada dalam kalangan orang yang positif pemikirannya....jika kita terhumban dalam golongan yang suka mengadu-domba...suka menjaja kisah orang lain, suka buruk sangka terhadap kebaikan orang lain, suka mengumpat..menghina....dan sewaktu dengannya...itu tandanya, kita perlu berhijrah....memanglah seronok mendengar dan bercakap hal dalam kain orang lain...tapi.....bukankah itu seperti memakan daging saudara sendiri??

owh, rasanya post kali ini, aku sudah terlebih taip...huhuhu....sebelum mengundur diri.....terimalah pesanan daripada pihak penaja.....<UNTUK HIDUP SENTIASA BERCAHAYA....POSITIFKAN MINDA, FIKIRAN, PERKATAAN & PERBUATAN KITA>

Monday 16 April 2012

Janganlah Ganggu Hidupku Lagi...

kepada kamu....

Saya sangatlah memohon agar jangan ganggu ketenangan hidup saya ini...Yang sudah itu...sudahlah....janganlah membawa cerita hingga tahap menfitnah diri saya ini...

saya sedar saya ini manusia yang lemah...tidak lepas daripada melakukan dosa.....tapi saya masih ingin mencari syurga Allah.....Oleh itu, janganlah ganggu hidup saya ini...

berikanlah peluang untuk saya hidup bahagia seperti kamu juga.....bukankah itu lebih bagus dan berpahala?? saya sangat kecewa kerana pernah mengenali diri kamu itu.....namun, saya juga memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana saya sudah tidak perlu lagi menjadi kenalan kamu....

ingatlah kamu, fitnah itu sangat dasyat...lebih teruk kesannya daripada membunuh....kerana lidah itu sangat tajam berbanding mata pedang.....sejak dahulu lagi, saya tidak pernah bercerita apa-apa pun tentang kamu...walaupun kamu itu sering menegakkan benang yang basah dengan bercerita tentang keburukan diri saya yang kamu reka itu....

saya di sini hanya berdiam diri sahaja kerana diam itu tidak beerti saya kalah...diam juga tidak menunjukkan saya lemah....malahan diam juga tidak menggambarkan saya ini pasrah....sebaliknya saya memilih untuk diam kerana itulah tindakan yang wajar, waras, dan bermoral apabila berhadapan dengan makhluk seperti kamu itu...

saya tetap mendoakan kebahagiaan kamu sekeluarga.....dan saya mohon berhentilah menfitnah diri saya ini....sekian...

Thursday 12 April 2012

Hidupku Sebagai Isteri

Sungguh....aku memang tak pernah bayangkan kehidupan aku akan berubah 100% apabila berpindah dan benar2 bergelar seorang isteri......kini segala-galanya aku wajib lakukan dan patut aku tanggung sendiri.....


namun aku sangat bersyukur kerana mama dan arwah abahku serta kehidupanku masa lalu banyak memberikank ilmu dan pengajaran...malahan siapakah aku pada hari ini, adalah bermula dengan asuhan keluarga, ilmu didikan sepanjang persekolahank dahulu dan juga pengalaman...


antara tugas yang wajib seorang isteri lakukan ialah;


1. patuh dan taat kepada suami - ini la bab yang paling sukar/susah.....sebab sejak kecil aku telah diberikan kebebasan ntk membuat keputusan....termasuklah tentang persekolahan, pekerjaan dsb....malahan kdgkala aku yg akan buat kputusan utk ibu bapa dan adik-adikku....tapi sekarang sudah berubah..huhhuuu.....


2.kesetiaan kepada suami - hurmmm...sgt subjektif...tapi kesemua arahan, nasihat suami akan diutamakan...selepas itu barulah segala pandangan daripada kaum keluarga....


3. melayan kehendak suami - owh, yang ni x payah la nak hurai panjang hehehe


4. mengurus rumahtangga - daripada memasak, mengemas, menyapu, mengemop, membasuh baju, dan segala-galanya.........pe nak wat, nak upah bibik, aku x mampu hhhhuuu


5. menjaga maruah diri, suami, keluarga - insya'allah...yang ini akanku laksanakan tanpa alasan!


6.menyenangkan hati suami - si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami. gulp.....aku tersalah rasanya....g kerja kot yang terhias sewajarnya hhuhu, maafkanku wahai suamiku...


7.  pendorong dan pemberi semangat kepada sang suami - sentiasa berbincang, mendengar keluhan, masalah dan cerita.....tanamkan nilai kejujuran dalam diri masing2 wlau pun mungkin akan myakitkan hati sebelah pihak..sentiasa percayakan pasangan...maafkan pasangan sebelum tidur......


kesimpulannya, kehidupan sebagai isteri memang amat mencabar....jadi doakanlah aku agar sentiasa istiqamah menjalankan amanah Allah ini.....insya'allah..

INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...