Detik-detik cemas bermula apabila dengan segeranya, aku dibawa ke bilik bersalin jam 8 malam. Pada mulanya aku membayangkan sebuah bilik yang besar dipenuhi dengan alatan pembedahan, tetapi rupanya bilik bersalin itu hanya sebuah bilik kecil sahaja. Aku ditempatkan di bilik bersalin 2 yang berdekatan dengan kaunter dan menjadi tempat lalu lalang doktor dan jururawat. Bermungkinan kerana kes aku yang dikategorikan sebagai kritikal.
Aku yang masih lagi dalam keadaan blur dan tidak bersedia pun untuk bersalin hanya mampu memandang jururawat yang bertugas memasang mesin memeriksa tekanan darah di lengan kananku. Selepas itu, jururawat tersebut memasang beberapa wayar di pergelangan tangan kiriku. Beberapa minit kemudian, datanglah doktor pakar (mujurlah perempuan) untuk mengukur bukaan faraj. hehehe, ngeri giler....masa tu, bukaannya baru 4cm.
Kes aku ni dipantau oleh doktor lelaki berbangsa Cina yang sentiasa duduk di hujung kakiku sambil mengambil bacaan tekanan darahku setiap lima ke sepuluh minit. Mujurlah ada jururawat yang sama-sama menemaniku di dalam bilik bersalin. Aku cuba berbual-bual kosong dengan jururawat itu bagi mengelakkan seram sejuk yang da makin meningkat. Awalnya tekanan darahku seolah tidak mahu bekerjasama...bacaannya makin meningkat seiring dengan ketakutan yang melanda diriku.
Aku disuruh makan ubat darah tinggi untuk menurunkan tekanan. Disamping itu, aku mula melelapkan mata bagi mengurangkan seram sejuk, namun tidak berjaya kerana akalku aku pula mula berfikir yang bukan-bukan. Mujurlah aku teringatkan pesanan kak Noreha agar sentiasa membaca potongan ayat , "La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minas solehin". Jadi aku mula membacanya berterusan di dalam hati. Alhamdulillah, tindakanku ini berjaya mengurangkan ketakutan, seram sejuk dan tekanan darah tinggi.
Doktor pakar, dan beberapa orang doktor yang lain serta bos mereka mula masuk ke dalam bilik ini. Aku disuruh bertenang kerana doktor ingin memecahkan air ketuban menggunakan sebatang besi tajam yang pada pandanganku sungguh mengerikan....
Bos mereka memberitahuku, pukul 12 pagi nanti aku akan disuntik bius epidural dan jam 2:30 pagi aku akan bersalin secara normal. Aku mula menarik nafas lega kerana kesengsaraanku ini sudah nampak penghujungnya.
sekali bersambung daaaaaaaaaaaaaaa..... ^_^

No comments:
Post a Comment