Friday 12 December 2014

TUKAR DARAH!

Assalamualaikum,

Hari ini mood menaip sedang mengembang-ngembang...jari-jemari pun dah tak sabar nak menari-nari atas papan kekunci...

Apa kata, saya ceritakan pengalaman ILMY ANNUHA tukar darah....ye, si budak comel tu kena tukar darah akibat jaundis yang terlalu tinggi...menurut pakar kanak-kanak di Hospital Ampang, ini dalam sejarah bacaan jaundis yang paling tinggi...563.

Baby Ilmy dilahirkan secara normal...bersalin pukul 11 malam (24 Jun 2014) dan discharge dari hospital keesokan paginya, 11 pagi...semuanya nampak normal kecuali doktor bagi temujanji fisioterapi sebab baby Ilmy ada masalah tidak mahu meluruskan kakinya...Kedua-dua kakinya berlipat  seperti berada dalam kandungan...(rujuk gambar)




Ketika umur baby Ilmy 3 hari, sudah nampak kuning/jaundis...maka pelbagai usaha terus dibuat untuk mengelakkan jaundis itu makin teruk...segala petua yang digoogle, sy cuba...daripada mandi air daun yang dibeli di kedai sensei, beri titisan air anggur hitam, jemur bawah matahari, kerap beri susu badan...malah sy sendiri minum susu kambing 2 botol setiap hari....tetapi semakin hari baby Ilmy semakin kuning...

Jadi, sy teruslah membawa baby Ilmy ke klinik yang berdekatan...doktor yang merawat terus menulis surat dan meminta pergi ke bahagian kecemasan hospital sebab pada masa itu, mata baby Ilmy pun sudah menguning....


Umur baby Ilmy pada masa itu, baru 5 hari...bacaan jaundis sudah 24...apalagi, berlarilah sy ke hospital ampang...baby Ilmy mendapat laluan khas...terus dibawa ke bahagian ICU kanak-kanak...
doktor yang ada, terus membuka baju, seluar dan pampers..baby ilmy terus dimasukkan dalam bekas..sebanyak 4 lampu fototerapi digunakan...atas bawah kiri kanan....

Darah baby Ilmy diambil untuk semakan bacaan...walaupun sudah berada di bawah lampu biru, bacaan jaundis makin meningkat...doktor terus merujuk pakar untuk TUKAR DARAH...

Pada masa itu, sebagai seorang ibu...sy memang mantain tenang...walaupun ada seorang ibu di situ menjerit menangis melihat anaknya juga diperlakukan seperti baby Ilmy...anak lelakinya jaundis juga dan doktor menasihatinya untuk tukar darah...tetapi bacaan jaundis anaknya kurang daripada baby Ilmy...dalam 18-20...

Sy cuba mendapatkan informasi daripada doktor tentang buruk baik tukar darah..dan bagaimana cara proses penukaran darah....sy cuba menjadi manusia yang tenang dan boleh berfikir tanpa emosi...alhamdulillah, sy mula memahami proses tukar darah dan terus menandatangani surat kebenaran....

Jam 10.30 malam, baby Ilmy menjalani proses tukar darah...sy hanya memantau dari luar tingkap..tetapi seorang pakar datang memujuk saya agar berehat dan bertawakkal kepada Allah sahaja.

Alhamdulillah, esok paginya...baby Ilmy menunjukkan kesan yang positif...bacaan jaundis turun kepada 128 sahaja....syukur kepada tuhan.

Nota:
1. proses tukar darah itu melalui pusat...ada 2 saluran di pusat...1 untuk keluarkan darah baby, dan 1 lagi untuk masukkan darah baru. Darah yang dikeluarkan itu bukan lah sekaligus. setiap 20 ml darah keluar akan digantikan 20 ml darah baharu....total tukar darah, hampir setengah liter...

2. darah baharu itu diambil daripada bank darah negara setelah doktor mengenal pasti jenis darah baby Ilmy.

3.baby Ilmy hanya betul2 bebas jaundis selepas berumur sebulan...

4. semasa berumur 3 bulan, baby Ilmy perlu menjalani pemeriksaan telinga, otak, mata...untuk memastikan semuanya berfungsi seperti kanak-kanak normal.....alhamdulillah, baby Ilmy lulus.


p/s: semoga baby Ilmy dapat membaca post ini apabila besar nanti. Insya Allah...

13 comments:

  1. berapa umur anak puan sekarang ini?
    bagaimana keadaan anak setelah tukar darah dari tahun ke tahun?
    ada sy mendengar dari orang bila dah tukar darah,setiap tahun anak kena ke hospital utk tukar darah yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, sekarang 6 tahun. takde dah sesi tukar darah. itu yang pertama dan terakhir.

      Delete
  2. berapa umur anak puan sekarang ini?
    bagaimana keadaan anak setelah tukar darah dari tahun ke tahun?
    ada sy mendengar dari orang bila dah tukar darah,setiap tahun anak kena ke hospital utk tukar darah yang lain.

    ReplyDelete
  3. boleh sy tau perkembangan ank puan. kes sy sm dgn puan. boleh kita contact

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saya sihat sahaja selepas sebulan proses tukar darah hinggalah sekarang.

      Delete
  4. Ank sy pom smpai tukar darah, bacaan kuning dia 440 dlm mase 3hari, skng baby sy dh masuk 3 bulan, tp ragamnya bleh tahan, asyik menangis jer smpai hbis usha tukar susu semuanya, mintak2 baby sy ok mcm baby awk, amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah, yang baik-baik sahaja untuk anak anda.

      Delete
  5. baby sy baru melaluinya.. Doakn baby sy sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasaan seorang ibu pada masa itu, susah nak digambarkan. saya doakan baby anda terus membesar dengan sihat. amin.

      Delete
  6. Salam puan.tq atas perkongsian.moga baby saya sihat seperti sedia kala

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. sama-sama. semoga ibu yang menghadapi masalah seperti ini akan lebih positif dan tabah melaluinya. Didoakan anak puan sihat dan aktif. amin.

      Delete
  7. Baby saya baru mengalami keadaan yang sama.. Doakan 3bulan akan datang baby sy lulus dgn sihat pemeriksaan otak mata dan telinga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya result anak puan cemerlang ya dan membesar dengan sihat dan aktif.

      Delete

INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...