Saturday 2 June 2012

Warkah Untuk Abah

Semalam 1 Jun....maknanya sudah 6 tahun arwah abahku meninggalkan dunia yang fana ini....tetapi aku masih merasakan abahku tetap dekat dengan jiwaku....mungkin kerana itu, aku terpaut dengan suamiku ini yang kurasakan mempunyai sebahagian ciri-ciri arwah abahku.....walaupun sang suami sendiri ragu-ragu dengan jawapan aku....apabila ditanya mengapa aku memilihnya dan mahu hidup bersamanya....nampak macam klise kan...biasalah anak perempuan akan cenderung memilih suami yang tegas, garang, sabar, tak banyak cakap seperti abahnya....anak lelaki pula sebaliknya akan memilih isteri yang lemah lembut, penyabar, pandai masak seperti ibunya.....

warkah ini kutulis khas untuk abah....

Ke hadapan ayahandaku yang sememangnya sangat jauh  di mata....namun tetap kekal dekat di hati kami sekeluarga...semoga roh abah sentiasa dalam rahmat Ilahi....bertemankan doa yang tidak putus-putus daripada kami. buat diri kami di dunia ini, janganlah dibimbangkan...kami masih meneruskan kehidupan seadanya.

ayahanda yang sangat dirindui,

entah mengapa setelah enam tahun, tiba-tiba tersangat ringan tangan ini untuk mengutuskan warkah kepadamu abah...mungkin kerana ingin menceritakan betapa payahnya hidup kami selepas peninggalan abah menemui sang pencipta yang esa. secara fizikal di mata orang, hidup kami selesa...orang masih lagi mengukur kebahagiaan itu menggunakan material semata-mata..

sebenarnya abah, hati kami sangat terguris....rentetan demi rentetan peristiwa yang berlaku kepada anak-anak abah....ye, kami diuji sebenarnya...dan sudah tentulah kami inginkan sokongan daripada semua pihak..tambahan pula kami tidak berbapa lagi...namun malangnya hidup kami ini..apabila hanya mendapat umpat keji....mereka tidak mahu memahami mengapa sesuatu kejadian itu berlaku...malahan mereka lebih cenderung untuk menghukum kami...maklumlah..kami dah tiada abah...kami hanya ada mama yang sangat tabah dan sabar itu..

jadi, mereka lebih seronok untuk menjadikan kehidupan kami ini sebagai bahan umpatan dari mulut ke mulut....berbanding datang bertanya dan mengambil berat....mereka kelihatan sangat seronok apabila melihat kami adik beradik berpecah belah....mereka amat seronok melihat kami adik beradik merayu-rayu meminta bantuan daripada mereka.

entahlah abah...kadang-kadang terdetak juga di dalam hati..adakah kami akan menghadapi situasi yang sama jika abah masih ada lagi di dunia ini.....namun begitu, abah janganlah bimbang...hubungan kami adik beradik makin utuh...walaupun kami terpisah hutan batu dan konkrit keras....

jika difikirkan kesedihan ini...memanglah...tapi apa nak buat....mama kata kami kena tabah...kami kena sabar....kami wajib belajar untuk menjadi orang sabar dan tabah sementara mama masih ada ini..kerana kata mama....esok lusa entah siapa yang tahu....bagaimana pula nasib kami...abah, ketahuilah yang anak-anak abah ini tidak jahat...masih lagi waras...masih lagi ingat ibu bapanya....cuma kami ini suka mencuba...suka mengambil risiko...itu sahaja...kami inginkan nasihat..bukannya umpat keji....eh, bukankah itu seperti memakan daging saudara sendiri?? nauzubillah....

sampai di sini sahaja nukilan anakmu ini, abah....semoga tenang hidup di sana. kami juga akan sampai ke sana...hanya masa yang menentukan...salam rindu salam kasih daripada kami empat beradik...Selamat Hari Bapa...kami sayang abah.

sekian.

No comments:

Post a Comment

INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...