Tuesday 24 July 2012

4 June 2012

Akhirnya hari itu tiba juga, setelah hampir sembilan bulan sepuluh hari aku menghitung-mengira-mencongak kedatangan 4 June 2012 seperti yang tercatat pada buku merah jambu yang wajib kuusung ke mana-mana.

Namun aku berasa pelik kerana seperti tiada apa-apa tanda kesakitan major untuk menunjukkan si kecil di dalam kandunganku ini ingin melihat dunia. Oleh yang demikian, aku mengambil keputusan untuk pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk bertanyakan serta meminta nasihat daripada jururawat/doktor di sana. Tambahan pula, ini adalah pengalaman pertamaku, walaupun banyak cerita kisah yang kudengar daripada rakan-rakan yang bergelar ibu, namun manakan sama dengan pengalaman yang dialami sendiri.

Aku melangkah masuk ke Hospital Kuala Lumpur jam 5:30 petang setelah menunaikan keinginan selera yang mengidam makan di Kenny Rogers. Pada mulanya, aku menjangkakan doktor akan berkata , "Puan boleh balik rumah dan tunggu tanda-tanda bersalin seperti kontraksi yang berturutan, pecah air ketuban,,,bla-bla-bla..."

Namun sebaliknya yang berlaku, aku dikejutkan dengan bacaan tekanan darahku yang melambung tinggi dan juga bacaan urine test yang meragukan....erkkk, adakah ini akibat tekanan perasaan yang takut untuk bersalin??? atau disebabkan apa yang aku makan tadi di Kenny Rogers??  jeng-jeng-jeng....tapi secara jujurnya, aku memang takut...tersangat takut..bukan apa...sebab aku tidak dapat membayangkan langsung suasana di dalam kamar bersalin...yang selalu aku tonton dalam drama melayu tu macam menakutkan aje....dengan pelakon wanita yang terjerit-jerit-melolong-lolong kesakitan sambil meneran-neran apabila mendengar orang di sekitarnya menjerit, "Push...push..push.." ....menyeramkan aje..

Pengalaman ngeriku bermula apabila doktor memeriksa semula tekanan darah secara manual dan mula menyebut perkataan "pra eklampsia"....Erkkkk apa benda tu?? kemudian, doktor itu mula menghubungi bosnya pula....Erkkk serius ke pra eklampsia tu??  Aku mula berdebar-debar.....Tadi takut nak beranak...ni makinlah bertambah-tambah takut.....tapi kejap..kejap...sejak bila pula aku da ada perasaan takut ni??? Bukankah sejak dulu aku kategori berani??? hahaha, apabila mengandung...hati besar pun makin jadi kecil....

bersambung......hehehe

 



 

No comments:

Post a Comment

INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...