Wednesday 25 July 2012

4 June 2012 - bahagian tiga -

Detik-detik cemas bermula apabila dengan segeranya, aku dibawa ke bilik bersalin jam 8 malam. Pada mulanya aku membayangkan sebuah bilik yang besar dipenuhi dengan  alatan pembedahan, tetapi rupanya bilik bersalin itu hanya sebuah bilik kecil sahaja. Aku ditempatkan di bilik bersalin 2 yang berdekatan dengan kaunter dan menjadi tempat lalu lalang doktor dan jururawat. Bermungkinan kerana kes aku yang dikategorikan sebagai kritikal.

Aku yang masih lagi dalam keadaan blur dan tidak bersedia pun untuk bersalin hanya mampu memandang jururawat yang bertugas memasang mesin memeriksa tekanan darah di lengan kananku. Selepas itu, jururawat tersebut memasang beberapa wayar di pergelangan tangan kiriku. Beberapa minit kemudian, datanglah doktor pakar (mujurlah perempuan)  untuk mengukur bukaan faraj. hehehe, ngeri giler....masa tu, bukaannya baru 4cm.

Kes aku ni dipantau oleh doktor lelaki berbangsa Cina yang sentiasa duduk di hujung kakiku sambil mengambil bacaan tekanan darahku setiap lima ke sepuluh minit. Mujurlah ada jururawat  yang sama-sama menemaniku di dalam bilik bersalin. Aku cuba berbual-bual kosong dengan jururawat itu bagi mengelakkan seram sejuk yang da makin meningkat. Awalnya tekanan darahku seolah tidak mahu bekerjasama...bacaannya makin meningkat seiring dengan ketakutan yang melanda diriku.

Aku disuruh makan  ubat darah tinggi untuk menurunkan tekanan. Disamping itu, aku mula melelapkan mata bagi mengurangkan seram sejuk, namun tidak berjaya kerana akalku aku pula mula berfikir yang bukan-bukan. Mujurlah aku teringatkan pesanan kak Noreha agar sentiasa membaca potongan ayat , "La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minas solehin". Jadi aku mula membacanya berterusan di dalam hati. Alhamdulillah, tindakanku ini berjaya mengurangkan ketakutan, seram sejuk dan tekanan darah tinggi.

Doktor pakar, dan beberapa orang doktor yang lain serta bos mereka mula masuk ke dalam bilik ini. Aku disuruh bertenang kerana doktor ingin memecahkan air ketuban menggunakan  sebatang besi tajam yang pada pandanganku sungguh mengerikan....

Bos mereka memberitahuku, pukul 12 pagi nanti aku akan disuntik bius epidural dan jam 2:30 pagi aku akan bersalin secara normal. Aku mula menarik nafas lega kerana kesengsaraanku ini sudah nampak penghujungnya.

sekali bersambung daaaaaaaaaaaaaaa..... ^_^

4 June 2012 - bahagian dua -

sambungan...

Ketakutan aku makin bertambah apabila bos kepada doktor itu mula mencadangkan suntikan epidural.....namun ketakutan itu aku sorokkan dalam hati kerana otak mula bercelaru apabila dalam sekelip mata aku dikejutkan dengan beberapa istilah perubatan yang aku tak faham maksudnya.

Aku dan suami mula meng "google" untuk mencari maksud istilah-istilah tersebut apabila diberikan kesempatan untuk memaklumkan kepada sang suami tentang hal ini.

Praeklampsia itu boleh menyebabkan aku sawan atau kejang semasa proses kelahiran nanti akibat tekanan darah yang tinggi. Paling kurang pun aku akan koma, lumpuh....dan dasyatnya, mungkin akan meragut nyawaku....Terkedu aku setelah membacanya....rupa-rupanya tanda seperti bengkak kaki tangan, kenaikan berat badan yang cepat selama ini ada kaitan dengan praeklampsia. Patutlah berat bayi dalam kandunganku ini dalam 2.5kg je...rupa-rupanya, selama ini praeklampsia mengurangkan aliran darah ke plasenta yang boleh menyekat tumbesaran bayi. Tetapi kenapa selama ini doktor di klinik ibu anak itu tidak perasan?? walaupun aku selalu bertanya kenapa kakiku bengkak...kenapa perut aku ini kecil je...kenapa bayiku kecil....walaupun aku da makan vitamin, minum susu tanpa culas....ada jururawat yang menegur aku kerana dia berpendapat aku diet dan tak makan banyak....siap cakap, kasihan bayi dalam kandunganku itu kecil sahaja...gara-gara ibu diet. ekkkk elllehhh....habis tu kenapa berat aku naik 0.5kg setiap minggu kalau aku ni berdiet....

Epidural pula adalah suntikan bius untuk mengurangkan kesakitan bersalin. tambahan pula aku bersalin anak pertama..jadi darjah kesakitannya amat tinggi...ditambah pula dengan darah tinggi...doktor kata kesakitan yang melampau akan membuatkan tekanan darahku meningkat....dan menyebabkan praeklampsia... Jadi epidural ini akan disuntik melalui celahan tulang belakang pada bahagian pinggang.

Secara teorinya, memang nampak mudahkan....tetapi kejadian sebenar yang berlaku sebaliknya....seakan membuatkan aku menjadi takut untuk mengandung lagi.....jeng-jeng-jeng..

eh, bersambung lagiiiiiiiiiii....kui4x



 

Tuesday 24 July 2012

4 June 2012

Akhirnya hari itu tiba juga, setelah hampir sembilan bulan sepuluh hari aku menghitung-mengira-mencongak kedatangan 4 June 2012 seperti yang tercatat pada buku merah jambu yang wajib kuusung ke mana-mana.

Namun aku berasa pelik kerana seperti tiada apa-apa tanda kesakitan major untuk menunjukkan si kecil di dalam kandunganku ini ingin melihat dunia. Oleh yang demikian, aku mengambil keputusan untuk pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk bertanyakan serta meminta nasihat daripada jururawat/doktor di sana. Tambahan pula, ini adalah pengalaman pertamaku, walaupun banyak cerita kisah yang kudengar daripada rakan-rakan yang bergelar ibu, namun manakan sama dengan pengalaman yang dialami sendiri.

Aku melangkah masuk ke Hospital Kuala Lumpur jam 5:30 petang setelah menunaikan keinginan selera yang mengidam makan di Kenny Rogers. Pada mulanya, aku menjangkakan doktor akan berkata , "Puan boleh balik rumah dan tunggu tanda-tanda bersalin seperti kontraksi yang berturutan, pecah air ketuban,,,bla-bla-bla..."

Namun sebaliknya yang berlaku, aku dikejutkan dengan bacaan tekanan darahku yang melambung tinggi dan juga bacaan urine test yang meragukan....erkkk, adakah ini akibat tekanan perasaan yang takut untuk bersalin??? atau disebabkan apa yang aku makan tadi di Kenny Rogers??  jeng-jeng-jeng....tapi secara jujurnya, aku memang takut...tersangat takut..bukan apa...sebab aku tidak dapat membayangkan langsung suasana di dalam kamar bersalin...yang selalu aku tonton dalam drama melayu tu macam menakutkan aje....dengan pelakon wanita yang terjerit-jerit-melolong-lolong kesakitan sambil meneran-neran apabila mendengar orang di sekitarnya menjerit, "Push...push..push.." ....menyeramkan aje..

Pengalaman ngeriku bermula apabila doktor memeriksa semula tekanan darah secara manual dan mula menyebut perkataan "pra eklampsia"....Erkkkk apa benda tu?? kemudian, doktor itu mula menghubungi bosnya pula....Erkkk serius ke pra eklampsia tu??  Aku mula berdebar-debar.....Tadi takut nak beranak...ni makinlah bertambah-tambah takut.....tapi kejap..kejap...sejak bila pula aku da ada perasaan takut ni??? Bukankah sejak dulu aku kategori berani??? hahaha, apabila mengandung...hati besar pun makin jadi kecil....

bersambung......hehehe

 



 

INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...