Wednesday, 25 July 2012

4 June 2012 - bahagian tiga -

Detik-detik cemas bermula apabila dengan segeranya, aku dibawa ke bilik bersalin jam 8 malam. Pada mulanya aku membayangkan sebuah bilik yang besar dipenuhi dengan  alatan pembedahan, tetapi rupanya bilik bersalin itu hanya sebuah bilik kecil sahaja. Aku ditempatkan di bilik bersalin 2 yang berdekatan dengan kaunter dan menjadi tempat lalu lalang doktor dan jururawat. Bermungkinan kerana kes aku yang dikategorikan sebagai kritikal.

Aku yang masih lagi dalam keadaan blur dan tidak bersedia pun untuk bersalin hanya mampu memandang jururawat yang bertugas memasang mesin memeriksa tekanan darah di lengan kananku. Selepas itu, jururawat tersebut memasang beberapa wayar di pergelangan tangan kiriku. Beberapa minit kemudian, datanglah doktor pakar (mujurlah perempuan)  untuk mengukur bukaan faraj. hehehe, ngeri giler....masa tu, bukaannya baru 4cm.

Kes aku ni dipantau oleh doktor lelaki berbangsa Cina yang sentiasa duduk di hujung kakiku sambil mengambil bacaan tekanan darahku setiap lima ke sepuluh minit. Mujurlah ada jururawat  yang sama-sama menemaniku di dalam bilik bersalin. Aku cuba berbual-bual kosong dengan jururawat itu bagi mengelakkan seram sejuk yang da makin meningkat. Awalnya tekanan darahku seolah tidak mahu bekerjasama...bacaannya makin meningkat seiring dengan ketakutan yang melanda diriku.

Aku disuruh makan  ubat darah tinggi untuk menurunkan tekanan. Disamping itu, aku mula melelapkan mata bagi mengurangkan seram sejuk, namun tidak berjaya kerana akalku aku pula mula berfikir yang bukan-bukan. Mujurlah aku teringatkan pesanan kak Noreha agar sentiasa membaca potongan ayat , "La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minas solehin". Jadi aku mula membacanya berterusan di dalam hati. Alhamdulillah, tindakanku ini berjaya mengurangkan ketakutan, seram sejuk dan tekanan darah tinggi.

Doktor pakar, dan beberapa orang doktor yang lain serta bos mereka mula masuk ke dalam bilik ini. Aku disuruh bertenang kerana doktor ingin memecahkan air ketuban menggunakan  sebatang besi tajam yang pada pandanganku sungguh mengerikan....

Bos mereka memberitahuku, pukul 12 pagi nanti aku akan disuntik bius epidural dan jam 2:30 pagi aku akan bersalin secara normal. Aku mula menarik nafas lega kerana kesengsaraanku ini sudah nampak penghujungnya.

sekali bersambung daaaaaaaaaaaaaaa..... ^_^

4 June 2012 - bahagian dua -

sambungan...

Ketakutan aku makin bertambah apabila bos kepada doktor itu mula mencadangkan suntikan epidural.....namun ketakutan itu aku sorokkan dalam hati kerana otak mula bercelaru apabila dalam sekelip mata aku dikejutkan dengan beberapa istilah perubatan yang aku tak faham maksudnya.

Aku dan suami mula meng "google" untuk mencari maksud istilah-istilah tersebut apabila diberikan kesempatan untuk memaklumkan kepada sang suami tentang hal ini.

Praeklampsia itu boleh menyebabkan aku sawan atau kejang semasa proses kelahiran nanti akibat tekanan darah yang tinggi. Paling kurang pun aku akan koma, lumpuh....dan dasyatnya, mungkin akan meragut nyawaku....Terkedu aku setelah membacanya....rupa-rupanya tanda seperti bengkak kaki tangan, kenaikan berat badan yang cepat selama ini ada kaitan dengan praeklampsia. Patutlah berat bayi dalam kandunganku ini dalam 2.5kg je...rupa-rupanya, selama ini praeklampsia mengurangkan aliran darah ke plasenta yang boleh menyekat tumbesaran bayi. Tetapi kenapa selama ini doktor di klinik ibu anak itu tidak perasan?? walaupun aku selalu bertanya kenapa kakiku bengkak...kenapa perut aku ini kecil je...kenapa bayiku kecil....walaupun aku da makan vitamin, minum susu tanpa culas....ada jururawat yang menegur aku kerana dia berpendapat aku diet dan tak makan banyak....siap cakap, kasihan bayi dalam kandunganku itu kecil sahaja...gara-gara ibu diet. ekkkk elllehhh....habis tu kenapa berat aku naik 0.5kg setiap minggu kalau aku ni berdiet....

Epidural pula adalah suntikan bius untuk mengurangkan kesakitan bersalin. tambahan pula aku bersalin anak pertama..jadi darjah kesakitannya amat tinggi...ditambah pula dengan darah tinggi...doktor kata kesakitan yang melampau akan membuatkan tekanan darahku meningkat....dan menyebabkan praeklampsia... Jadi epidural ini akan disuntik melalui celahan tulang belakang pada bahagian pinggang.

Secara teorinya, memang nampak mudahkan....tetapi kejadian sebenar yang berlaku sebaliknya....seakan membuatkan aku menjadi takut untuk mengandung lagi.....jeng-jeng-jeng..

eh, bersambung lagiiiiiiiiiii....kui4x



 

Tuesday, 24 July 2012

4 June 2012

Akhirnya hari itu tiba juga, setelah hampir sembilan bulan sepuluh hari aku menghitung-mengira-mencongak kedatangan 4 June 2012 seperti yang tercatat pada buku merah jambu yang wajib kuusung ke mana-mana.

Namun aku berasa pelik kerana seperti tiada apa-apa tanda kesakitan major untuk menunjukkan si kecil di dalam kandunganku ini ingin melihat dunia. Oleh yang demikian, aku mengambil keputusan untuk pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk bertanyakan serta meminta nasihat daripada jururawat/doktor di sana. Tambahan pula, ini adalah pengalaman pertamaku, walaupun banyak cerita kisah yang kudengar daripada rakan-rakan yang bergelar ibu, namun manakan sama dengan pengalaman yang dialami sendiri.

Aku melangkah masuk ke Hospital Kuala Lumpur jam 5:30 petang setelah menunaikan keinginan selera yang mengidam makan di Kenny Rogers. Pada mulanya, aku menjangkakan doktor akan berkata , "Puan boleh balik rumah dan tunggu tanda-tanda bersalin seperti kontraksi yang berturutan, pecah air ketuban,,,bla-bla-bla..."

Namun sebaliknya yang berlaku, aku dikejutkan dengan bacaan tekanan darahku yang melambung tinggi dan juga bacaan urine test yang meragukan....erkkk, adakah ini akibat tekanan perasaan yang takut untuk bersalin??? atau disebabkan apa yang aku makan tadi di Kenny Rogers??  jeng-jeng-jeng....tapi secara jujurnya, aku memang takut...tersangat takut..bukan apa...sebab aku tidak dapat membayangkan langsung suasana di dalam kamar bersalin...yang selalu aku tonton dalam drama melayu tu macam menakutkan aje....dengan pelakon wanita yang terjerit-jerit-melolong-lolong kesakitan sambil meneran-neran apabila mendengar orang di sekitarnya menjerit, "Push...push..push.." ....menyeramkan aje..

Pengalaman ngeriku bermula apabila doktor memeriksa semula tekanan darah secara manual dan mula menyebut perkataan "pra eklampsia"....Erkkkk apa benda tu?? kemudian, doktor itu mula menghubungi bosnya pula....Erkkk serius ke pra eklampsia tu??  Aku mula berdebar-debar.....Tadi takut nak beranak...ni makinlah bertambah-tambah takut.....tapi kejap..kejap...sejak bila pula aku da ada perasaan takut ni??? Bukankah sejak dulu aku kategori berani??? hahaha, apabila mengandung...hati besar pun makin jadi kecil....

bersambung......hehehe

 



 

Saturday, 2 June 2012

Warkah Untuk Abah

Semalam 1 Jun....maknanya sudah 6 tahun arwah abahku meninggalkan dunia yang fana ini....tetapi aku masih merasakan abahku tetap dekat dengan jiwaku....mungkin kerana itu, aku terpaut dengan suamiku ini yang kurasakan mempunyai sebahagian ciri-ciri arwah abahku.....walaupun sang suami sendiri ragu-ragu dengan jawapan aku....apabila ditanya mengapa aku memilihnya dan mahu hidup bersamanya....nampak macam klise kan...biasalah anak perempuan akan cenderung memilih suami yang tegas, garang, sabar, tak banyak cakap seperti abahnya....anak lelaki pula sebaliknya akan memilih isteri yang lemah lembut, penyabar, pandai masak seperti ibunya.....

warkah ini kutulis khas untuk abah....

Ke hadapan ayahandaku yang sememangnya sangat jauh  di mata....namun tetap kekal dekat di hati kami sekeluarga...semoga roh abah sentiasa dalam rahmat Ilahi....bertemankan doa yang tidak putus-putus daripada kami. buat diri kami di dunia ini, janganlah dibimbangkan...kami masih meneruskan kehidupan seadanya.

ayahanda yang sangat dirindui,

entah mengapa setelah enam tahun, tiba-tiba tersangat ringan tangan ini untuk mengutuskan warkah kepadamu abah...mungkin kerana ingin menceritakan betapa payahnya hidup kami selepas peninggalan abah menemui sang pencipta yang esa. secara fizikal di mata orang, hidup kami selesa...orang masih lagi mengukur kebahagiaan itu menggunakan material semata-mata..

sebenarnya abah, hati kami sangat terguris....rentetan demi rentetan peristiwa yang berlaku kepada anak-anak abah....ye, kami diuji sebenarnya...dan sudah tentulah kami inginkan sokongan daripada semua pihak..tambahan pula kami tidak berbapa lagi...namun malangnya hidup kami ini..apabila hanya mendapat umpat keji....mereka tidak mahu memahami mengapa sesuatu kejadian itu berlaku...malahan mereka lebih cenderung untuk menghukum kami...maklumlah..kami dah tiada abah...kami hanya ada mama yang sangat tabah dan sabar itu..

jadi, mereka lebih seronok untuk menjadikan kehidupan kami ini sebagai bahan umpatan dari mulut ke mulut....berbanding datang bertanya dan mengambil berat....mereka kelihatan sangat seronok apabila melihat kami adik beradik berpecah belah....mereka amat seronok melihat kami adik beradik merayu-rayu meminta bantuan daripada mereka.

entahlah abah...kadang-kadang terdetak juga di dalam hati..adakah kami akan menghadapi situasi yang sama jika abah masih ada lagi di dunia ini.....namun begitu, abah janganlah bimbang...hubungan kami adik beradik makin utuh...walaupun kami terpisah hutan batu dan konkrit keras....

jika difikirkan kesedihan ini...memanglah...tapi apa nak buat....mama kata kami kena tabah...kami kena sabar....kami wajib belajar untuk menjadi orang sabar dan tabah sementara mama masih ada ini..kerana kata mama....esok lusa entah siapa yang tahu....bagaimana pula nasib kami...abah, ketahuilah yang anak-anak abah ini tidak jahat...masih lagi waras...masih lagi ingat ibu bapanya....cuma kami ini suka mencuba...suka mengambil risiko...itu sahaja...kami inginkan nasihat..bukannya umpat keji....eh, bukankah itu seperti memakan daging saudara sendiri?? nauzubillah....

sampai di sini sahaja nukilan anakmu ini, abah....semoga tenang hidup di sana. kami juga akan sampai ke sana...hanya masa yang menentukan...salam rindu salam kasih daripada kami empat beradik...Selamat Hari Bapa...kami sayang abah.

sekian.

Cinta VS Kahwin

Cinta itu indah....sangat mengasyikkan.....semuanya nampak suci....kelihatan manis-manis sahaja...seolah-olah diri kita terawang-awang di angkasa lepas memetik bintang yang berkelipan....owhhh, dasyat giler...hahahaha tapi itulah cinta...walaupun putus cinta berkali-kali.....ditinggalkan...dikecewakan.....didua-tiga-empatkan.....kita tetap tidak serik-serik untuk meneguk kenikmatan dan kemanisan cinta itu......

percayalah...jika hari ini, kamu menangis-meleleh air mata-tak lalu makan-mengoyak-ngoyak/membakar/mendelete segala gambar kenangan bersama si dia.....esok lusa, akan datang si cinta yang lain mengetuk pintu hati kamu....dan lama kelamaan, kamu secara tidak sedar akan melupakan kisah cinta luka yang lama itu..

entah mengapa semenjak dua menjak ini, aku asyik membaca ayat-ayat cinta di laman FB murid-muridku....owh, tanpa aku sedar...mereka sudah dewasa....mereka bukan lagi anak didikku di tahun 3 atau di tahun 6 yang boleh aku marah-marah....rotan-rotan (hehehe)..maafkan cikgumu ini...cikgu juga seperti ibu bapamu yang tetap menganggap kalian itu insan yang comel...manja....tetap kecil selamanya..ahaks..

sememangnya fitrah manusia, untuk mencintai dan dicintai....tetapi..sesungguhnya alam percintaan itu amatlah berbeda 360 darjah daripada alam perkahwinan......sangat-sangat berbeza....

1. apabila di alam percintaan....kita cenderung melakukan dosa kering...dosa basah....tanpa kita sedar..ataupun memang sengaja kita lakukan....sebenarnya terasa sangat rugi apabila kita menyerahkan 100% hati perasaan kita kepada yang dicintai....kerana itu hanyalah perkara sia-sia....ye lah si dia itu bukannya ada ikatan pun...bila-bila masa sahaja...kita boleh ditinggalkan tanpa notis.....hurmmm, pengalaman banyak mengajar diriku....dan jika boleh diputarkan masa...aku nak kahwin selepas SPM ja...hahahaha {tiba2 teringat saat dingurat di pasar borong, abg tu siap ajak kahwin....tapi masa tu, sombong n siap cakap...maaf sy nak sambung belajar hingga universiti}

tetapi apabila sesudah ijab kabul....segalanya menjadi halal..tiada dosa...buat apa pun terus menjadi pahala....2 in 1....hati senang n dapat pahala....eh, x nak ke? hahaha <provokasi melampau> tapi itulah...macam da terlewat pula...rugikan?? bukan senang nak kumpul pahala di zaman iman lebih nipis daripada kulit bawang ni....malahan hati menjadi lebih tenang....secara semula jadi....hurmmm susah nak diperjelaskan perasaan ini...

2. alam perkahwinan ini membuatkan kita menjadi lebih bertanggungjawab....tambahan pula apabila dikurniakan cahaya mata...kita akan lebih fokus dalam meneruskan kehidupan....hidup kita menjadi lebih tenang...walaupun sebenarnya gelombang hidup suami isteri ini lebih berombak...sangat mencabar...tetapi itulah....sikap kebertanggungjawaban akan membantu kita mengatasi segala rintangan....di samping kesabaran yang tinggi....kerana amat berbaloi untuk kita bertahan dan mempertahankan ikatan yang telah tersimpul ini.....

Jadi, jika berlaku sedikit perselisihan+pertengkaran+ketidakpuasanhati, kita perlulah duduk berbincang....atau mungkin mengalah...atau bertenang dan bersabar kerana perkahwinan itu sebuah tanggungjawab....bukan lagi percintaan semata-mata yang boleh sesuka hati meninggalkan, mendua-tiga-empatkan pasangan.....

mengambil semangat lagu nyanyian P Ramlee dan Saloma;

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

nota kaki: aku mungkin sudah matang dan berpengalaman dalam percintaan...tetapi aku diumpamakan <budak baru belajar> yang sedang menempuhi alam perkahwinan..... 

Monday, 21 May 2012

Checklist tanda-tanda awal


18 Mei tempoh hari...berlari-lari aku ke hospital...ingatkan dah nak bersalin sangat...disebabkan sakit perut yang mengeras-ngeras sepanjang malam...tambahan pula, memang nak sangat tarikh tu, supaya senang sang anak merayakan hari lahir bersama-sama abahnya....

malangnya, itu hanyalah tanda-tanda palsu huhuhu <manalah kutahu...ni kan pengalaman pertama> berpenat lelah sahaja membuang masa di bahagian kecemasan wad bersalin HKL...tambahan pula, kes ibu mengandung sulung macam aku ni tidak dilayankan sangat....para jururawat dan doktor lebih menumpukan kepada kes ibu-ibu yang sudah mempunyai dua atau lebih anak....

aku ni, hanya disuruh duduk menunggu...menunggu...menunggu dan terus menunggu...hingga aku dan ibu-ibu yang senasib dengan aku ni berasa sangat stress..bosan...dan daripada rasa nak beranak..terus tak jadi..maka sudah tentulah..aku pun disuruh pulang selepas menjalani beberapa sesi ujian....

rasanya, bukankah lebih mudah guna kaedah '1st come 1st serve'...tambahan pula, bukannya lama mana pun pemeriksaan tersebut....yang lamanya apabila disuruh menunggu.....sampaikan aku serik nak ke hospital lagi...seboleh-bolehnya aku cuba untuk membuang mentaliti pemikiran "alaaa, hospital kerajaan, memang macam tu"...

berkaitan tanda-tanda awal bersalin ini...mungkin setiap ibu mengalami tanda yang berlainan..macam aku ni, memang sejak dari kandungan lima bulan lagi, kakiku da bengkak....saiz kasut bertukar daripada saiz 7 kepada saiz 9....bukan itu sahaj, muka dan jari jemari pun bengkak-bengkak juga.... cuma sekarang ni apabila sudah mencecah kandungan 9 bulan..segala yang bengkak itu sudah mulai surut..apakah?? ^__^

selain itu, sekarang ni, aku rasa perutku makin ringan pula...jururawat kata, baby sudah turun ke bawah dan bila-bila masa sahaja...baby boleh keluar....jadi segala barang baby dan aku sudah tersimpan dalam kereta...dan sekarang ni aku sik rasa perut memulas-mulas....asyik kentut dan buang air besar....adakah???

dek kerana jahil...dan duduk sorang-sorang di kawasan perumahan ini macam kera sumbang..maka aku hanya mampu google aje la....

berikut adalah tanda-tanda yang aku 'siasat' di internet...


Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:


1. sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
2. kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
3. sakit perut, memulas
4. kerap buang air besar
5. kerap terkentut
tanda yang pertama je tak rasa sangat . 4 tanda lagi tu je rasa . tambah-tambah kerap berak dengan kentut .


Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu


mak bidan cakap lendir pekat tu makanan baby . mak aku pun cakap gitu jugak .


Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.


Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.


Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.


p/s : mak aku cakap mungkin baby ni nak kuar pada tarikh 1 Jun pula....bersempena tarikh pemergian arwah abahku 6 tahun lepas....entahlah...

Saturday, 19 May 2012

Aku Wanita Biasa

Tajuk post hari ini selaras dengan tajuk lagu di blog ini....Rasa berjuta-juta lagu yang ada di dunia ni....aku terpanggil untuk meletakkan lagu ni..tapi mengapa?? dah sah sebab aku ni pun kategori wanita biasa juga....yang ada perasaan sayang...yang ada perasaan ingin disayangi....uhhh, tapi ini bukan nak cerita tentang kisah cinta aku yang dulu-dulu itu yek...bagi aku barang yang lepas jangan dikenang...itu hanyalah tinggal sejarah...walaupun cukup memberikan pengalaman yang sangat berharga dalam hidup aku....

Perasaan sayang bagi aku...amatlah pelik dan aneh..suka-suka hati aje perasaan sayang itu akan terbit dari dalam hati...dan kadang-kadang tanpa sedar...eh, sayang itu sudah hilang dari hati...huhuhuhu....tentu kalian juga pernah mengalaminya kan..kan...kannnn....

ok, berbalik kepada tajuk entry "aku wanita biasa" ni....aku nak sesuaikan dengan tahap kondisi aku pada masa ini yang sarat mengandung 9 bulan 1 minggu 5 hari....hurmm, bunyi macam perut aku da terboyot-boyot....dan jalan pun da terkedek-kedek aje kan....hahaha..tapi tanyala rakan sejawatku, aku masih lagi boleh memakai baju kurung....malahan, sebenarnya........aku tak pernah beli dan pakai pun baju mengandung....yang ada pun hanyalah jubah je...

"aku wanita biasa"...jadi aku akui yang aku agak gerun rupanya nak pergi ke hospital....dan makin aku tontoni video ibu bersalin di youtube itu, membuatkan aku makin takut nak beranak..hahaha....pelikkan? lagilah pelik bagi rakan-rakanku yang memang tahu kebrutalan... keganasan....keselambaan...kelasakan aku selama ini...huhuhu, pe nak buat...<aku wanita biasa...rupanya> walaupun dulu-dulu tu tahap memikul M16 berjalan kaki..tidur di hutan..eh, tak takut pulak yerkkkk...

faktanya, aku mana lah pernah sakit hingga tahap lepak di wad melainkan bulan April tempoh hari akibat keracunan makanan...itupun perasaan aku da tahap syahdu air mata berlinangan....duduk wad tanpa ada tetamu yang datang melawat membawa buah tangan...roti....air soya...hukhukhuk... .melainkan suami aku sorang aje yang setia menanti....

dek kerana aku ini <wanita biasa> aku mohon doakanlah kesihatan..keselamatan...aku dan bayiku ini...sepanjang tempoh aku mengandung hingga saat melahirkan bayiku....aku ingin memohon ampun maaf kepada semua pembaca blogku....mungkin terdiri daripada saudara maraku, sahabat handaiku, rakan sekerjaku, anak-anak didikku...sesiapa sahaja yang mengenali diriku ini agar memaafkan segala kesalahan tutur kata dan perbuatan yang telah mengguris dan menyinggung hati kalian...sesungguhnya, aku ni wanita biasa....segala yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk-buruk itu memanglah silapku sendiri.....sekian...


INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...