Sunday, 26 June 2011

Cinta...........Oh...........Cinta............

oh, alangkah indahnya apabila dilamun cinta......semuanya manis belaka, semuanya cantik tiada cacat cela....... apa sahaja kekurangan diri si dia, dapat diterima dengan senang hati.....~lalalalla~.......bak kata moyang kita, "mandi dah tak basah.....makan dah tak kenyang....tidur pun da tak lena....semuanya kerana si dia yang asyik bermain-main di minda.......

antara ciri-ciri yang ANDA sedang asyik dilamun cinta ialah:

1. anda sering ditegur begini, " eh, makin berseri-serilah muka awak ni!".....ini disebabkan anda asyik tersenyum sorang-sorang sambil membaca pesanan ringkas menerusi telefon bimbit......malah telefon anda sentiasa berdering-dering menandakan sms yang tidak putus-putus masuk....


2. anda tiba-tiba menjadi pekerja yang paling bersemangat......datang awal....dan menyiapkan segala kerja yang diberikan lebih awal daripada tarikh tutup penghantaran.......ini pula sebab anda nak balik awal.....kerana sudah berjanji temu dengan si dia...


3. anda berpakaian sangat kemas....berwangi-wangian......dan kelihatan amat cantik dan kacak.....ya lah, tak kan lah anda ingin kelihatan hodoh dan selekeh di hadapan si dia......


4. anda sering dilihat bercakap berbisik-bisik di telefon di celah-celah pintu atau di balik-balik tiang.....tidak kiralah walaupun pada masa itu, anda sedang menghadiri mesyuarat yang penting.....


5. anda sudah tiada masa untuk bersantai bersama-sama sahabat dan keluarga anda....."fully booked" oleh yang  tersayang.....malah, anda juga sudah tidak sempat untuk bertanyakan khabar ahli keluarga......

Cinta ini memang pelik....kita boleh mengambil masa sesaat sahaja untuk jatuh cinta......malah cinta ini tidak mengenal darjat......tidak mengenal usia......tidak mengenal bangsa dan juga agama.....

kerasionalan fikiran hampir menjadi sifar semasa seseorang itu asyik masyuk bercinta.....semuanya telah diambil alih oleh hati dan perasaan.......dan juga nafsu...........

aku?? pernah bercinta.....bukan sekali....tapi berkali-kali......pernah berasa sangat   bahagia dan pernah juga mengalami zaman kepedihan  kelukaan.....namun, pengalaman itu amat penting.....mengajar hati ini erti kedewasaan.....kematangan.....

apa yang penting dalam percintaan?? 

1. kejujuran
2. kesabaran
3. toleransi
4. rasional
5. keserasian

bagi aku....ciri-ciri ini amat penting......jika terkurang satu....pincanglah ia.....pasangan bercinta ini datangnya daripada dua individu yang berbeza......lain cara hidupnya, berbeza cara dibesarkan.....oleh itu, tentulah sukar untuk mencari titik keserasian.....melainkan dengan sikap sabar.....sentiasa jujur kepada pasangan.....boleh bertolak ansur.......dan juga berfikir secara rasional dalam menangani masalah hati dan perasaan ini.......

jadi, kepada pasangan yang bercinta di luar sana......selamat berbahagia......semoga selamat hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya dikurniakan anak-anak  soleh dan solehah yang dapat mendoakan ayah dan ibunya nanti....insya'Allah.........................







Saturday, 18 June 2011

MATI.......itu pasti......

Tiga jam menunggu jenazah rakanku yang kemalangan kereta dimandikan dan dikapankan benar-benar menginsafkan dan mengingatkan diriku bahawa hidup ini hanyalah satu  persinggahan.......MATI itu sangat pasti....tiada seorang hamba Allah pun yang dapat melarikan diri daripadanya.....MATI itu datang menghampiri kita tanpa mengenal status kita sama ada kita merupakan seorang ibu kepada anak-anak yang masih kecil.....seorang bapa kepada sang isteri yang sarat mengandung anak sulong....seorang anak yang padanya ditumpahkan sepenuh tanggungjawab menjaga ibu bapanya yang sudah tua dan uzur......Mati itu datang tepat pada masanya....tidak tercepat mahu pun terlambat walaupun sedetik.......Astaghfirullahalazim.....maha suci Allah........


Apabila MATI itu datang....tinggallah semuanya....tinggallah harta benda wang ringgit yang kita bersusah payah bersengkang mata mencarinya setiap hari.....tinggalah keluarga yang sentiasa kita jaga hatinya....tinggallah kekasih hati yang kita sanggup sehidup semati....tinggallah semua.......Perginya kita dari dunia ini dan tak akan kembali lagi...........kerana kita ada kehidupan yang lebih penting selepas mati........Ya, kehidupan di alam barzah.....kehidupan yang tiada garis penghujungnya.......kehidupan yang menanggung segala kelakuan dan perbuatan  kita semasa di dunia dahulu......

 Jadi, apakah bekalan kita di alam itu? bolehkah kita membawa kereta kebanggaan kita yang harganya beratus-ribu itu? atau kita bawa wang ringgit kita yang berjuta-juta itu????
Memetik sebuah hadis, Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali kerana tiga hal;
(1) Sedekah jariah,
(2) Ilmu yang bermanfaat
(3) Anak saleh yang mendoakannya

Sebenarnya, hanya tiga bekalan sahaja yang kita bawa.........tetapi itu pun jika kita sempat sediakan semasa hidup dahulu......renung-renungkan.....fikir-fikirkanlah......kita tidak tahu bilakah ajal kita.......ingat, MATI itu pasti!


Sunday, 15 May 2011

Hidupku Seorang Guru

Jujur aku katakan yang bergelar GURU itu bukanlah yang aku impikan....langsung aku tidak inginkan...malah semasa di bangku sekolah rendah dahulu, aku dengan bangga mengatakan "cita-cita saya ialah ingin menjadi polis.....atau askar....".

namun seperti kata orang, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan......aku kini seorang guru....seperti yang ibu bapaku inginkan.....ya, sejak kecil lagi ibu bapa aku selalu kata...."kakyong, nanti jadi cikgu ye"...mereka tidak pernah berhenti mengharap......sekarang aku berasa sangat bersyukur kerana aku dapat merealisasikan impian ibu bapaku....(sekolah sepelaung aje dari rumah).

Kehidupan sebagai seorang guru sangat mencabar.....dulu aku ingat jadi cikgu ni kerja senang....mengajar, tanda buku...marah2 murid.....sebab tulah aku x mau jadi cikgu.....aku nak jadi polis..hehehe (naif sungguh pemikiran masa tu)....setelah beberapa tahun bergelar guru, aku baru tahu....cikgu itu ialah:

1. pendidik, penasihat, pembimbing, fasilitator.....( ni memang kerja cikgu...)
2. doktor/jururawat ( budak2 sekolah rendah suka main kejar2...pastu jatuh....berdarah.....)
3. polis/peguam/hakim/pendakwaraya ( kes disiplin la ni....ada yang mencuri....membuli....bergaduh..)
4. kerani....juruwang....( bila awal tahun nak kutip yuran.....huhuhu)
5. pereka bentuk hiasan dalaman....( ni bila nak kemas kelas...cat....maklumla nak menang pertandingan
    keceriaan & kebersihan kelas hahaha)
6.ahli sukan, jurulatih ( biasalah tu.....cikgu kena pandai/menguasai semua jenis sukan tau......lau x tau pun,
   tetap kena buat2 tahu ^_^ )
7. pelukis, penyanyi, penari dsb...( hahaha, walaupun suara x sedap,lukisan x cantik....menari  
    sumbang...murid2 akan tetap puji cikgu mereka.....seronok kan? )

bagi aku, walaupun bidang tugas guru ini sangat luas....aku semakin suka menjadi guru....setiap hari merupakan hari pembelajaran untuk aku....oleh itu, jika anda ingin menjadi guru......anda mestilah:

1. berfikiran terbuka

tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini....kita akan sentiasa buat kesilapan....oleh itu, kita perlu menerima dan membetulkan kesilapan kita...suatu perkara biasa jika anak murid kita akan menegur kesilapan kita.....

2. jangan terlalu berkira..

ermmm....buat apalah jadi guru jika terlalu berkira dengan murid.....bukankah niat kita utk melihat kejayaan murid2 kita?? jadi apa salahnya korbankan masa untuk mengajar murid di kelas2 tuisyen...janganlah selalu menyalahkan murid itu tidak pandai......tapi kalau budak tu pandai bijaksana mcm profesor...buat apalah mak ayah dia hantar g sekolah kan?? fikir2kanlah...tambahan pula, ada murid yang bernasib tidak baik, seperti ibu bapa bercerai.....ayah penagih dadah.....dsb....kasihan mereka jika tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya....

3.gunakan bahasa yang baik

kita ni guru.....model kepada murid....amat tidak elok jika menggunakan bahasa yang kesat.....ingatlah murid2 ini amat memerlukan tunjuk ajar dan doa daripada kita.....oleh itu, kesabaran kita amat diperlukan semasa mengajar....


4. menguasai pelbagai cabang ilmu

melalui pembacaan.....jadi amat tidak patutlah kalau guru itu malas membaca....iskh..iskh....guru itu akan menghasilkan doktor, jurutera, peguam, perdana menteri dan sebagainya......janganlah jadi manusia yang jumud....dan mudah berpuas hati....

sebenarnya coretan ini lebih kepada untuk mengingatkan diri aku sendiri....kerana aku juga guru yang masih kekurangan.......guru yang masih belum banyak pengalaman........apa pun, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU.....ingatlah GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA......

Wednesday, 4 May 2011

kisah buah epal....

Kata sahibulhikayat, tinggallah seorang dara manis bersama ayahnya yang sering sakit-sakit di hujung kampung. walaupun si dara manis itu hidup dalam kesusahan dan keperitan hidup, dia sangat rajin mencari rezeki untuk mengubati penyakit ayahnya yang sangat misteri itu. adapun, si ayah pula selalu sakit-sakit badan.....sakit-sakit sendi......sakit-sakit hati.....menurut sang dukun kampung yang paling hebat itu, penyakit si ayah hanya boleh diubati dengan memakan sejenis buah yang berwarna hijau.....yang rasanya masam....yang bentuknya bulat tak bulat...yang tidak ditanam di dalam negara mereka iaitu, negara Astana Moda..

Adapun, pemerintah negara itu pula ada menanggung masalah berbeza...dek terlalu kaya raya, dan mempunyai wajah kacak bergaya, Raja Arjuna masih belum berumahtangga....Baginda mengalami masalah mencari calon pemaisuri....semua puteri dan anak orang kaya yang datang menghimpit itu hanya plastik perangainya....bukan itu saja, muka mereka pun juga plastik....

Raja Arjuna mengimpikan pemaisuri yang baik budi pekerti, tidak meninggi diri dan cantik di mata serta di hati...tapi di manakah pemaisuri impian itu??....Bingung juga mamak bendahara dan seisi pegawai istana memikirnya keinginan Raja Arjuna itu.

Tiba-tiba ditakdirkan Ilahi, Raja Arjuna mendapat ilham untuk mencari pemaisuri impiannya di kampung-kampung. Maka, baginda bersama-sama mamak bendahara telah menyamar sebagai pedagang berjalan masuk ke kampung dan desa.

Mereka menjual buah-buahan yang sangat pelik, epal namanya...warnanya hijau dan sedap rasanya. akan tetapi epalnya tersebut dijual kepada anak-anak gadis sahaja. dan yang peliknya, si gadis boleh membeli buah tersebut dengan sampah yang ada di rumahnya.



Syahadan, berduyun-duyunlah datang si anak gadis membawa sampah sarap yang ada di rumah mereka...ada yang datang dengan berkampit-kampit sampah.....ada yang datang dengan berbakul-bakul sampah. kesemua gadis itu ingin merasai buah ajaib, yang bernama epal itu.

berpeluh-peluh Raja Arjuna dan mamak bendahara mengumpulkan sampah sarap. rupa-rupanya ramai sungguh anak-anak gadis yang malas menyapu sampah, mengemas rumah....iskh...iskh.... Berita jualan epal itu sampai ke telinga si dara manis, maka kelam-kabutlah dia menyapu dan mengumpulkan sampah. malangnya rumah si dara manis tiada sampah. rumahnya sangat bersih, dan berkilat berkat kerajinannya. si dara manis hanya dapat mengumpulkan secubit sampah. dia berasa sduka nestapa, kerana buah epal itulah satu-satunya penawar penyakit misteri ayahnya.

namun, si dara manis tetap pergi mencuba nasib, moga-moga diberikan sebiji epal pun sudah memadai. Raja Arjuna dan mamak bendahara tersenyum gembira apabila mendengar kisah si dara manis. akhirnya, mereka berjaya menemui  pemaisuri impian yang jujur, rajin dan cantik jelita.

si dara manis segera dipinang dan ditabalkan menjadi pemaisuri. Raja Arjuna dan Pemaisuri Dara Manis hidup aman bahagia menerajui negara. Manakala si ayah pula sudah sihat wal afiat kerana dapat makan epal hijau setiap hari.

begitulah ceritanya....... ;-) hehe




Putus Asa....

kelelahan mengejar segala dateline....alhamdulillah, semua tugas dapat dilaksanakan....begitulah dalam hidup ini,  kita selalu mengejar kejayaan....tidak ada orang yang impikan kegagalan....namun, dalam setiap keputusan, pasti ada yang tersenyum kemenangan dan akan ada yang menangis kegagalan......

cuma pesan saya, biarpun kita ditakdirkan gagal...pastikan kegagalan itu merupakan kunci kepada pintu kejayaan......jangan sekali-kali hidup dalam berputus asa.....sikap putus asa ini ibarat api dalam sekam...lama kelamaan akan membunuh jiwa kita sendiri....

ada kisah sahabat, yang menganggap dirinya gagal dalam hidup...dia gagal mendapat kerja yang baik, dia gagal memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarganya.....akibatnya dia menjadi seorang yang berputus asa....dia mula menyalahkan takdir.....dan dia juga mula meninggalkan solat.....kerana dia marahkan Penciptanya yang menjadikan hidupnya gagal....

mungkin kisah sebegini pernah terjadi kepada anda, pesan saya....renungilah hidup kita ini....hidup kita tidak panjang. saya masih teringat nasihat guru saya. katanya, "kadang-kala kesabaran amat bermakna dan penting daripada kebijaksanaan". Sabar itu kunci kepada segala kesulitan , kesengsaraan, kesusahan, kesempitan dan kemelaratan hidup yang kita alami.

Segala ujian yang menimpa diri kita itu diumpamakan seperti ukiran-ukiran pada sebatang kayu. Memang sakit, memang pedih, tetapi akhirnya kayu tadi akan menjelma menjadi sebuah patung ukiran yang sangat cantik.. begitulah juga dengan hidup kita...segala ujian yang mendatang itu akhirnya membawa kepada kebahagiaan dan kesenangan yang tidak diduga....Percayalah, segala yang berlaku ada hikmahnya....Hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya....seperti firman-NYA dalam surah al-Baqarah:216, mafhumnya         " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui; sedang kamu tidak mengetahui."


Sunday, 3 April 2011

Selamat Datang April...

Masa sangat pantas berlari....sedar x sedar kita da sampai ke bulan April....cepat kan? tiga bulan pertama tahun 2011 sudah tamat....erkk, adakah aku sudah capai azam / perancangan utk tahun ni?.....ermmmm....belum lagi la....anyway, aku nak warwarkan yg bulan April ni merupakan bulan hari lahir ahli keluarga aku...arwah abah (miss u abah) mama , anak sedaraku ; umar arrayyan, n adik bongsuku lahir dalam bulan ni.....

arwah abahku (6 April 1953 - 1 Jun 2006) al-Fatihah


mama kesayanganku, 10 April 1950 (bilalah aku dapat menghadiahkannya seorang menantu ea ahaks)


adikku, anwar , 25 April n anak buahku, Umar, 24 April



Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Ilahi.....semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan.......amin.....saya sayang kalian....

Saturday, 26 March 2011

GEMUK???? X mauuuu.....part two

wah, entry tajuk ni da sampai part two....hohoho.....


ok, aku mgaku..aku sangat susah hati....ye la, dulu aku slim.... kurus..... (rasa diri pun cun......ahaks)...


tp la ni...da bertambah berat badan.....mau x susah hati....makan pun makin laju aje.....sik lapau aje....huuhu....orang kata ubat susah hati ialah makan...n..makan....pastu tidur.....zzzZZZZ...kui3x


namun, hasil aku jenjalan n sembang2 ngan pokcik Google....aku terus kira BMI aku secara online....nak juga tau, adakah berat badan ni ideal atau tidak.......adakah aku masih dalam kategori kurus......atau obesiti...(minta jauhkanla)......


so, hasil kiraan BMI........taaaaadaaaaaaaaaaaaaaaa........


selepas darab bahagi......kiraan BMI aku ialah 23.....normal, yaahoooo!!!


hahahaha..aku suka...aku suka.....tp kenapa walaupun berat aku dah cecah 70kg masih dlm kategori normal????knapa? kenapa????


hah, tu ar korang.....lupa ke...aku kan tinggi lampai orangnya......ala2 nasha aziz gitu ( sempat perasan lagi tu)... wahai, korang semua....ketinggian aku ialah 173 cm ler....


ok, bagaimana nak mgira BMI????


begini caranya.....


           berat (kg)
___________________
tinggi (cm) X tinggi ( cm)


atau lebih mudah lau korang semua kira secara online di http://www.nutriweb.org.my


jadi, ada berannnn???? 


sedikit info:


jika BMI anda kurang 18.5, tu tandanya anda kurus kering....tak normal tu, elok la makan banyak2....tambah nasi.... ;-)


jika BMI anda kurang daripada 25, tu berat badan ideal tu...tahniah....mcm aku ni, dapat 23....hahahaha...


jika BMI anda 25-30, tu tandanya anda da terrrr lebih berat, bawa2lah bako lemak tu....kita bako...kita bako....


jka BMI anda 30 dan ke atas, tu menunjukkan anda sudah obesiti....pagi2, sebelum subuh, kena niat puasa...petang2 g joging....malam sebelum tidur kena sapu losyen pecah lemak.....




satu lagi informasi, utk mengetahui berat badan ideal.....


darabkan 23 ( ni BMI paling ideal ) dgn tinggi anda (dlm meter)


contohnya; tinggi aku 1.73m


23 x 1.73 x 1.73 = 68.8kg


bermaksud, berat paling sesuai utk aku ialah, 68.8kg....


owh, aku kena kurangkan 2 kg lemak dlm badan aku ni.....




yok, joging......kita bako...kita bako...lemak ni...hehe


adios amigos ^_^



INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...