Saturday 18 June 2011

MATI.......itu pasti......

Tiga jam menunggu jenazah rakanku yang kemalangan kereta dimandikan dan dikapankan benar-benar menginsafkan dan mengingatkan diriku bahawa hidup ini hanyalah satu  persinggahan.......MATI itu sangat pasti....tiada seorang hamba Allah pun yang dapat melarikan diri daripadanya.....MATI itu datang menghampiri kita tanpa mengenal status kita sama ada kita merupakan seorang ibu kepada anak-anak yang masih kecil.....seorang bapa kepada sang isteri yang sarat mengandung anak sulong....seorang anak yang padanya ditumpahkan sepenuh tanggungjawab menjaga ibu bapanya yang sudah tua dan uzur......Mati itu datang tepat pada masanya....tidak tercepat mahu pun terlambat walaupun sedetik.......Astaghfirullahalazim.....maha suci Allah........


Apabila MATI itu datang....tinggallah semuanya....tinggallah harta benda wang ringgit yang kita bersusah payah bersengkang mata mencarinya setiap hari.....tinggalah keluarga yang sentiasa kita jaga hatinya....tinggallah kekasih hati yang kita sanggup sehidup semati....tinggallah semua.......Perginya kita dari dunia ini dan tak akan kembali lagi...........kerana kita ada kehidupan yang lebih penting selepas mati........Ya, kehidupan di alam barzah.....kehidupan yang tiada garis penghujungnya.......kehidupan yang menanggung segala kelakuan dan perbuatan  kita semasa di dunia dahulu......

 Jadi, apakah bekalan kita di alam itu? bolehkah kita membawa kereta kebanggaan kita yang harganya beratus-ribu itu? atau kita bawa wang ringgit kita yang berjuta-juta itu????
Memetik sebuah hadis, Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali kerana tiga hal;
(1) Sedekah jariah,
(2) Ilmu yang bermanfaat
(3) Anak saleh yang mendoakannya

Sebenarnya, hanya tiga bekalan sahaja yang kita bawa.........tetapi itu pun jika kita sempat sediakan semasa hidup dahulu......renung-renungkan.....fikir-fikirkanlah......kita tidak tahu bilakah ajal kita.......ingat, MATI itu pasti!


No comments:

Post a Comment

INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...