Wednesday 4 May 2011

kisah buah epal....

Kata sahibulhikayat, tinggallah seorang dara manis bersama ayahnya yang sering sakit-sakit di hujung kampung. walaupun si dara manis itu hidup dalam kesusahan dan keperitan hidup, dia sangat rajin mencari rezeki untuk mengubati penyakit ayahnya yang sangat misteri itu. adapun, si ayah pula selalu sakit-sakit badan.....sakit-sakit sendi......sakit-sakit hati.....menurut sang dukun kampung yang paling hebat itu, penyakit si ayah hanya boleh diubati dengan memakan sejenis buah yang berwarna hijau.....yang rasanya masam....yang bentuknya bulat tak bulat...yang tidak ditanam di dalam negara mereka iaitu, negara Astana Moda..

Adapun, pemerintah negara itu pula ada menanggung masalah berbeza...dek terlalu kaya raya, dan mempunyai wajah kacak bergaya, Raja Arjuna masih belum berumahtangga....Baginda mengalami masalah mencari calon pemaisuri....semua puteri dan anak orang kaya yang datang menghimpit itu hanya plastik perangainya....bukan itu saja, muka mereka pun juga plastik....

Raja Arjuna mengimpikan pemaisuri yang baik budi pekerti, tidak meninggi diri dan cantik di mata serta di hati...tapi di manakah pemaisuri impian itu??....Bingung juga mamak bendahara dan seisi pegawai istana memikirnya keinginan Raja Arjuna itu.

Tiba-tiba ditakdirkan Ilahi, Raja Arjuna mendapat ilham untuk mencari pemaisuri impiannya di kampung-kampung. Maka, baginda bersama-sama mamak bendahara telah menyamar sebagai pedagang berjalan masuk ke kampung dan desa.

Mereka menjual buah-buahan yang sangat pelik, epal namanya...warnanya hijau dan sedap rasanya. akan tetapi epalnya tersebut dijual kepada anak-anak gadis sahaja. dan yang peliknya, si gadis boleh membeli buah tersebut dengan sampah yang ada di rumahnya.



Syahadan, berduyun-duyunlah datang si anak gadis membawa sampah sarap yang ada di rumah mereka...ada yang datang dengan berkampit-kampit sampah.....ada yang datang dengan berbakul-bakul sampah. kesemua gadis itu ingin merasai buah ajaib, yang bernama epal itu.

berpeluh-peluh Raja Arjuna dan mamak bendahara mengumpulkan sampah sarap. rupa-rupanya ramai sungguh anak-anak gadis yang malas menyapu sampah, mengemas rumah....iskh...iskh.... Berita jualan epal itu sampai ke telinga si dara manis, maka kelam-kabutlah dia menyapu dan mengumpulkan sampah. malangnya rumah si dara manis tiada sampah. rumahnya sangat bersih, dan berkilat berkat kerajinannya. si dara manis hanya dapat mengumpulkan secubit sampah. dia berasa sduka nestapa, kerana buah epal itulah satu-satunya penawar penyakit misteri ayahnya.

namun, si dara manis tetap pergi mencuba nasib, moga-moga diberikan sebiji epal pun sudah memadai. Raja Arjuna dan mamak bendahara tersenyum gembira apabila mendengar kisah si dara manis. akhirnya, mereka berjaya menemui  pemaisuri impian yang jujur, rajin dan cantik jelita.

si dara manis segera dipinang dan ditabalkan menjadi pemaisuri. Raja Arjuna dan Pemaisuri Dara Manis hidup aman bahagia menerajui negara. Manakala si ayah pula sudah sihat wal afiat kerana dapat makan epal hijau setiap hari.

begitulah ceritanya....... ;-) hehe




No comments:

Post a Comment

INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...