Wednesday, 29 August 2012

Irfan Aisy Zulyaszam

pejam celik....akhirnya hampir habis cuti tiga bulan yang diambil untuk menguruskan si kecil ini. Sempat juga berpuasa, berhari raya dan menyambut ulangtahun kemerdekaan dalam tiga bulan yang ini.

Kelahiran si kecil ini bagaikan seribu rahmat dalam keluarga. semua yang melihatnya terus jatuh sayang dan kasih. maka tidak hairanlah dalam usia baru mencecah tiga bulan ini...wang sedekah untuknya sudah menjangkau empat digit.

ramai juga yang bertanyakan maksud nama <IRFAN AISY> ini...sebenarnya nama ini telah dipilih apabila disahkan dalam kandungan itu bayi lelaki. Aku inginkan nama yang ringkas dan sedap disebut, di samping itu membawa maksud yang elok. <IRFAN> itu adalah daripada kata dasar < ain ra fa> bermaksud 'pengetahuan'...manakala <AISY> pula bermaksud 'kemakmuran hidup'... oleh itu, didoakan semoga si kecil ini membesar seiring dengan maksud namanya ini...insya'Allah...


Wednesday, 1 August 2012

5 June 2012

Aku hanya mampu berdoa dan berzikir sambil mataku menatap jam di dinding kini tepat pukul 2.30 pagi...namun kelibat doktor pakar bius masih belum kelihatan. kontraksi tanda kelahiran sudah mula aku rasai....makin lama makin sakit....perut sangat-sangat memulas.....hatiku mula dilanda kebimbangan....

akhirnya doktor yang ditunggu-tunggu itu muncul juga di depanku bersama peralatannya. Beliau menerangkan kepadaku tentang Epidural dan kesan jika tersalah cucuk...aku mula berbelah bahagi sama ada ingin dibius atau tidak....akhirnya aku bertawakal dengan menandatangi surat perakuan kesediaan dibius epidural...aku kasihankan bayi yang dalam perutku ini.....dalam fikiranku, biarlah bayiku ini dapat melihat dunia.....

jam empat pagi, doktor yang memantau tahap kesihatan aku mula memeriksa sama ada aku sudah bersedia untuk bersalin secara normal atau tidak....Beliau mngatakan bukaan vagina hanya 4cm...dan ditakuti bayi dalam kandunganku lemas kerana air ketuban telah dipecahkan terlebih dahulu..beliau mencadangkan aku menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi. aku agak terkejut kerana kontraksi kelahiran semakin kerap dalam tiga ke lima minit sekali....

mujurlah bos doktor itu muncul lalu memeriksaku...katanya bukaan sudah 8cm dan aku mesti bersalin sekarang....hurmmmm...pelik bin ajaib sungguh....tapi aku terus mengangguk dan bersedia untuk mengeluarkan si kecil secara normal...

setelah tiga kali teran...akhirnya tepat pukul lima pagi...lahirlah seorang bayi lelaki yang sangat kecil dan comel..... inilah pengalaman pertamaku melahirkan bayi.... ^___^





p/s: kecil je kan...baju pun dah boleh jadi jubah....stoking kaki dah macam kasut hehehe

Wednesday, 25 July 2012

4 June 2012 - bahagian tiga -

Detik-detik cemas bermula apabila dengan segeranya, aku dibawa ke bilik bersalin jam 8 malam. Pada mulanya aku membayangkan sebuah bilik yang besar dipenuhi dengan  alatan pembedahan, tetapi rupanya bilik bersalin itu hanya sebuah bilik kecil sahaja. Aku ditempatkan di bilik bersalin 2 yang berdekatan dengan kaunter dan menjadi tempat lalu lalang doktor dan jururawat. Bermungkinan kerana kes aku yang dikategorikan sebagai kritikal.

Aku yang masih lagi dalam keadaan blur dan tidak bersedia pun untuk bersalin hanya mampu memandang jururawat yang bertugas memasang mesin memeriksa tekanan darah di lengan kananku. Selepas itu, jururawat tersebut memasang beberapa wayar di pergelangan tangan kiriku. Beberapa minit kemudian, datanglah doktor pakar (mujurlah perempuan)  untuk mengukur bukaan faraj. hehehe, ngeri giler....masa tu, bukaannya baru 4cm.

Kes aku ni dipantau oleh doktor lelaki berbangsa Cina yang sentiasa duduk di hujung kakiku sambil mengambil bacaan tekanan darahku setiap lima ke sepuluh minit. Mujurlah ada jururawat  yang sama-sama menemaniku di dalam bilik bersalin. Aku cuba berbual-bual kosong dengan jururawat itu bagi mengelakkan seram sejuk yang da makin meningkat. Awalnya tekanan darahku seolah tidak mahu bekerjasama...bacaannya makin meningkat seiring dengan ketakutan yang melanda diriku.

Aku disuruh makan  ubat darah tinggi untuk menurunkan tekanan. Disamping itu, aku mula melelapkan mata bagi mengurangkan seram sejuk, namun tidak berjaya kerana akalku aku pula mula berfikir yang bukan-bukan. Mujurlah aku teringatkan pesanan kak Noreha agar sentiasa membaca potongan ayat , "La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minas solehin". Jadi aku mula membacanya berterusan di dalam hati. Alhamdulillah, tindakanku ini berjaya mengurangkan ketakutan, seram sejuk dan tekanan darah tinggi.

Doktor pakar, dan beberapa orang doktor yang lain serta bos mereka mula masuk ke dalam bilik ini. Aku disuruh bertenang kerana doktor ingin memecahkan air ketuban menggunakan  sebatang besi tajam yang pada pandanganku sungguh mengerikan....

Bos mereka memberitahuku, pukul 12 pagi nanti aku akan disuntik bius epidural dan jam 2:30 pagi aku akan bersalin secara normal. Aku mula menarik nafas lega kerana kesengsaraanku ini sudah nampak penghujungnya.

sekali bersambung daaaaaaaaaaaaaaa..... ^_^

4 June 2012 - bahagian dua -

sambungan...

Ketakutan aku makin bertambah apabila bos kepada doktor itu mula mencadangkan suntikan epidural.....namun ketakutan itu aku sorokkan dalam hati kerana otak mula bercelaru apabila dalam sekelip mata aku dikejutkan dengan beberapa istilah perubatan yang aku tak faham maksudnya.

Aku dan suami mula meng "google" untuk mencari maksud istilah-istilah tersebut apabila diberikan kesempatan untuk memaklumkan kepada sang suami tentang hal ini.

Praeklampsia itu boleh menyebabkan aku sawan atau kejang semasa proses kelahiran nanti akibat tekanan darah yang tinggi. Paling kurang pun aku akan koma, lumpuh....dan dasyatnya, mungkin akan meragut nyawaku....Terkedu aku setelah membacanya....rupa-rupanya tanda seperti bengkak kaki tangan, kenaikan berat badan yang cepat selama ini ada kaitan dengan praeklampsia. Patutlah berat bayi dalam kandunganku ini dalam 2.5kg je...rupa-rupanya, selama ini praeklampsia mengurangkan aliran darah ke plasenta yang boleh menyekat tumbesaran bayi. Tetapi kenapa selama ini doktor di klinik ibu anak itu tidak perasan?? walaupun aku selalu bertanya kenapa kakiku bengkak...kenapa perut aku ini kecil je...kenapa bayiku kecil....walaupun aku da makan vitamin, minum susu tanpa culas....ada jururawat yang menegur aku kerana dia berpendapat aku diet dan tak makan banyak....siap cakap, kasihan bayi dalam kandunganku itu kecil sahaja...gara-gara ibu diet. ekkkk elllehhh....habis tu kenapa berat aku naik 0.5kg setiap minggu kalau aku ni berdiet....

Epidural pula adalah suntikan bius untuk mengurangkan kesakitan bersalin. tambahan pula aku bersalin anak pertama..jadi darjah kesakitannya amat tinggi...ditambah pula dengan darah tinggi...doktor kata kesakitan yang melampau akan membuatkan tekanan darahku meningkat....dan menyebabkan praeklampsia... Jadi epidural ini akan disuntik melalui celahan tulang belakang pada bahagian pinggang.

Secara teorinya, memang nampak mudahkan....tetapi kejadian sebenar yang berlaku sebaliknya....seakan membuatkan aku menjadi takut untuk mengandung lagi.....jeng-jeng-jeng..

eh, bersambung lagiiiiiiiiiii....kui4x



 

Tuesday, 24 July 2012

4 June 2012

Akhirnya hari itu tiba juga, setelah hampir sembilan bulan sepuluh hari aku menghitung-mengira-mencongak kedatangan 4 June 2012 seperti yang tercatat pada buku merah jambu yang wajib kuusung ke mana-mana.

Namun aku berasa pelik kerana seperti tiada apa-apa tanda kesakitan major untuk menunjukkan si kecil di dalam kandunganku ini ingin melihat dunia. Oleh yang demikian, aku mengambil keputusan untuk pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk bertanyakan serta meminta nasihat daripada jururawat/doktor di sana. Tambahan pula, ini adalah pengalaman pertamaku, walaupun banyak cerita kisah yang kudengar daripada rakan-rakan yang bergelar ibu, namun manakan sama dengan pengalaman yang dialami sendiri.

Aku melangkah masuk ke Hospital Kuala Lumpur jam 5:30 petang setelah menunaikan keinginan selera yang mengidam makan di Kenny Rogers. Pada mulanya, aku menjangkakan doktor akan berkata , "Puan boleh balik rumah dan tunggu tanda-tanda bersalin seperti kontraksi yang berturutan, pecah air ketuban,,,bla-bla-bla..."

Namun sebaliknya yang berlaku, aku dikejutkan dengan bacaan tekanan darahku yang melambung tinggi dan juga bacaan urine test yang meragukan....erkkk, adakah ini akibat tekanan perasaan yang takut untuk bersalin??? atau disebabkan apa yang aku makan tadi di Kenny Rogers??  jeng-jeng-jeng....tapi secara jujurnya, aku memang takut...tersangat takut..bukan apa...sebab aku tidak dapat membayangkan langsung suasana di dalam kamar bersalin...yang selalu aku tonton dalam drama melayu tu macam menakutkan aje....dengan pelakon wanita yang terjerit-jerit-melolong-lolong kesakitan sambil meneran-neran apabila mendengar orang di sekitarnya menjerit, "Push...push..push.." ....menyeramkan aje..

Pengalaman ngeriku bermula apabila doktor memeriksa semula tekanan darah secara manual dan mula menyebut perkataan "pra eklampsia"....Erkkkk apa benda tu?? kemudian, doktor itu mula menghubungi bosnya pula....Erkkk serius ke pra eklampsia tu??  Aku mula berdebar-debar.....Tadi takut nak beranak...ni makinlah bertambah-tambah takut.....tapi kejap..kejap...sejak bila pula aku da ada perasaan takut ni??? Bukankah sejak dulu aku kategori berani??? hahaha, apabila mengandung...hati besar pun makin jadi kecil....

bersambung......hehehe

 



 

Saturday, 2 June 2012

Warkah Untuk Abah

Semalam 1 Jun....maknanya sudah 6 tahun arwah abahku meninggalkan dunia yang fana ini....tetapi aku masih merasakan abahku tetap dekat dengan jiwaku....mungkin kerana itu, aku terpaut dengan suamiku ini yang kurasakan mempunyai sebahagian ciri-ciri arwah abahku.....walaupun sang suami sendiri ragu-ragu dengan jawapan aku....apabila ditanya mengapa aku memilihnya dan mahu hidup bersamanya....nampak macam klise kan...biasalah anak perempuan akan cenderung memilih suami yang tegas, garang, sabar, tak banyak cakap seperti abahnya....anak lelaki pula sebaliknya akan memilih isteri yang lemah lembut, penyabar, pandai masak seperti ibunya.....

warkah ini kutulis khas untuk abah....

Ke hadapan ayahandaku yang sememangnya sangat jauh  di mata....namun tetap kekal dekat di hati kami sekeluarga...semoga roh abah sentiasa dalam rahmat Ilahi....bertemankan doa yang tidak putus-putus daripada kami. buat diri kami di dunia ini, janganlah dibimbangkan...kami masih meneruskan kehidupan seadanya.

ayahanda yang sangat dirindui,

entah mengapa setelah enam tahun, tiba-tiba tersangat ringan tangan ini untuk mengutuskan warkah kepadamu abah...mungkin kerana ingin menceritakan betapa payahnya hidup kami selepas peninggalan abah menemui sang pencipta yang esa. secara fizikal di mata orang, hidup kami selesa...orang masih lagi mengukur kebahagiaan itu menggunakan material semata-mata..

sebenarnya abah, hati kami sangat terguris....rentetan demi rentetan peristiwa yang berlaku kepada anak-anak abah....ye, kami diuji sebenarnya...dan sudah tentulah kami inginkan sokongan daripada semua pihak..tambahan pula kami tidak berbapa lagi...namun malangnya hidup kami ini..apabila hanya mendapat umpat keji....mereka tidak mahu memahami mengapa sesuatu kejadian itu berlaku...malahan mereka lebih cenderung untuk menghukum kami...maklumlah..kami dah tiada abah...kami hanya ada mama yang sangat tabah dan sabar itu..

jadi, mereka lebih seronok untuk menjadikan kehidupan kami ini sebagai bahan umpatan dari mulut ke mulut....berbanding datang bertanya dan mengambil berat....mereka kelihatan sangat seronok apabila melihat kami adik beradik berpecah belah....mereka amat seronok melihat kami adik beradik merayu-rayu meminta bantuan daripada mereka.

entahlah abah...kadang-kadang terdetak juga di dalam hati..adakah kami akan menghadapi situasi yang sama jika abah masih ada lagi di dunia ini.....namun begitu, abah janganlah bimbang...hubungan kami adik beradik makin utuh...walaupun kami terpisah hutan batu dan konkrit keras....

jika difikirkan kesedihan ini...memanglah...tapi apa nak buat....mama kata kami kena tabah...kami kena sabar....kami wajib belajar untuk menjadi orang sabar dan tabah sementara mama masih ada ini..kerana kata mama....esok lusa entah siapa yang tahu....bagaimana pula nasib kami...abah, ketahuilah yang anak-anak abah ini tidak jahat...masih lagi waras...masih lagi ingat ibu bapanya....cuma kami ini suka mencuba...suka mengambil risiko...itu sahaja...kami inginkan nasihat..bukannya umpat keji....eh, bukankah itu seperti memakan daging saudara sendiri?? nauzubillah....

sampai di sini sahaja nukilan anakmu ini, abah....semoga tenang hidup di sana. kami juga akan sampai ke sana...hanya masa yang menentukan...salam rindu salam kasih daripada kami empat beradik...Selamat Hari Bapa...kami sayang abah.

sekian.

Cinta VS Kahwin

Cinta itu indah....sangat mengasyikkan.....semuanya nampak suci....kelihatan manis-manis sahaja...seolah-olah diri kita terawang-awang di angkasa lepas memetik bintang yang berkelipan....owhhh, dasyat giler...hahahaha tapi itulah cinta...walaupun putus cinta berkali-kali.....ditinggalkan...dikecewakan.....didua-tiga-empatkan.....kita tetap tidak serik-serik untuk meneguk kenikmatan dan kemanisan cinta itu......

percayalah...jika hari ini, kamu menangis-meleleh air mata-tak lalu makan-mengoyak-ngoyak/membakar/mendelete segala gambar kenangan bersama si dia.....esok lusa, akan datang si cinta yang lain mengetuk pintu hati kamu....dan lama kelamaan, kamu secara tidak sedar akan melupakan kisah cinta luka yang lama itu..

entah mengapa semenjak dua menjak ini, aku asyik membaca ayat-ayat cinta di laman FB murid-muridku....owh, tanpa aku sedar...mereka sudah dewasa....mereka bukan lagi anak didikku di tahun 3 atau di tahun 6 yang boleh aku marah-marah....rotan-rotan (hehehe)..maafkan cikgumu ini...cikgu juga seperti ibu bapamu yang tetap menganggap kalian itu insan yang comel...manja....tetap kecil selamanya..ahaks..

sememangnya fitrah manusia, untuk mencintai dan dicintai....tetapi..sesungguhnya alam percintaan itu amatlah berbeda 360 darjah daripada alam perkahwinan......sangat-sangat berbeza....

1. apabila di alam percintaan....kita cenderung melakukan dosa kering...dosa basah....tanpa kita sedar..ataupun memang sengaja kita lakukan....sebenarnya terasa sangat rugi apabila kita menyerahkan 100% hati perasaan kita kepada yang dicintai....kerana itu hanyalah perkara sia-sia....ye lah si dia itu bukannya ada ikatan pun...bila-bila masa sahaja...kita boleh ditinggalkan tanpa notis.....hurmmm, pengalaman banyak mengajar diriku....dan jika boleh diputarkan masa...aku nak kahwin selepas SPM ja...hahahaha {tiba2 teringat saat dingurat di pasar borong, abg tu siap ajak kahwin....tapi masa tu, sombong n siap cakap...maaf sy nak sambung belajar hingga universiti}

tetapi apabila sesudah ijab kabul....segalanya menjadi halal..tiada dosa...buat apa pun terus menjadi pahala....2 in 1....hati senang n dapat pahala....eh, x nak ke? hahaha <provokasi melampau> tapi itulah...macam da terlewat pula...rugikan?? bukan senang nak kumpul pahala di zaman iman lebih nipis daripada kulit bawang ni....malahan hati menjadi lebih tenang....secara semula jadi....hurmmm susah nak diperjelaskan perasaan ini...

2. alam perkahwinan ini membuatkan kita menjadi lebih bertanggungjawab....tambahan pula apabila dikurniakan cahaya mata...kita akan lebih fokus dalam meneruskan kehidupan....hidup kita menjadi lebih tenang...walaupun sebenarnya gelombang hidup suami isteri ini lebih berombak...sangat mencabar...tetapi itulah....sikap kebertanggungjawaban akan membantu kita mengatasi segala rintangan....di samping kesabaran yang tinggi....kerana amat berbaloi untuk kita bertahan dan mempertahankan ikatan yang telah tersimpul ini.....

Jadi, jika berlaku sedikit perselisihan+pertengkaran+ketidakpuasanhati, kita perlulah duduk berbincang....atau mungkin mengalah...atau bertenang dan bersabar kerana perkahwinan itu sebuah tanggungjawab....bukan lagi percintaan semata-mata yang boleh sesuka hati meninggalkan, mendua-tiga-empatkan pasangan.....

mengambil semangat lagu nyanyian P Ramlee dan Saloma;

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

nota kaki: aku mungkin sudah matang dan berpengalaman dalam percintaan...tetapi aku diumpamakan <budak baru belajar> yang sedang menempuhi alam perkahwinan..... 

INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...