Thursday, 3 May 2012

Owh anakku Sazali...

apabila semakin menghampiri tarikh jangkaan bersalin...hati aku mula berdebar2...macam-macam kata tanya..kata kerja...kata seruan yang berlegar-legar dalam benakku ini...antaranya ialah...bagaimana cara nak membesar, mengasuh dan mendidik anak-anak...

aku percaya, zaman teknologi yang semakin maju dan canggih ini banyak mempengaruhi cara dan teknik pendidikan anak....selain itu, latar belakang pendidikan ibu bapa serta kerjaya juga amat membantu proses membesarkan anak-anak..

seorang rakan sekerjaku ada menyatakan bahawa anak ini akan mengikut kebaikan ayahnya dan kejahatan ibunya....mula2 terkedu juga aku mendengarnya...tetapi apabila sudah diperhalusi maksudnya..barulah aku memahaminya....sebenarnya seorang ibu sangat cenderung untuk menyayangi, memanjakan dan memihak anaknya walaupun terang-terangan pada suatu ketika sang anak itu telah melakukan kesilapan....berbeza dengan ayah....yang lebih cenderung menghukum anak agar tidak lagi mengulangi kesilapan/kesalahan.....

aku sangat-sangat bersetuju....tidak salah menunjukkan sayang kepada anak...tidak salah melimpahkan kemewahan kepada anak-anak...tetapi perlulah berpada-pada...kerana perjalanan sang anak itu masih jauh lagi...berikan peluang kepadanya untuk belajar dan berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan hidupnya...

janganlah jadi ibu bapa yang terlalu mendengar kata-kata dan rengekan anak-anak...sebagai ibu bapa, kita perlu tegas kerana segala asuhan kita pada hari ini akan dapat dilihat kesannya pada masa depan...jangan ulangi cerita <anakku Sazali> itu...terdapat juga ibu bapa yang sanggup datang menyerang sekolah untuk memaki guru-guru, mengugut guru besar atas dakwaan memukul dan memarahi anak mereka...

sikap begini sangat menyedihkan kerana guru di sekolah itu telah menjalani kursus dan latihan serta amat berpengalaman untuk mengajar dan mendidik anak-anak bangsa untuk menjadi insan yang cemerlang....adatlah jika terdapat anak-anak yang nakal didenda atau dinasihati dek kedegilan dan kemalasan tidak menyiapkan kerja yang diberikan guru...

hal ini sangat berbeza dengan zaman dahulu kala....ibu bapa zaman itu sangat mementingkan ilmu dan memuliakan guru....mereka sendiri mengizinkan guru untuk memukul anak mereka dengan harapan sang anak menjadi insan berguna....ibu bapa pada zaman itu sangat sedar hanya ilmu pengetahuan sahajalah yang akan membantu anak mereka berjaya pada masa hadapan...

namun, yang peliknya, apabila anak itu sudah berjaya sekarang..mengapa tidak mengamalkan teknik mendidik begitu, agar generasi zaman terdahulu tetap kekal berjaya....

entahlah.....apa yang aku lontarkan ini semata-mata untuk mengingatkan diriku sendiri untuk menjadi jenis ibu bapa yang bagaimana.....terima kasih kerana membaca...sekian, terima kasih...

Tuesday, 1 May 2012

Hidup Mestilah Berdikari...

BERDIKARI???? cikgu aku kata, maksudnya...berdiri di atas kaki sendiri....jadi bermula pertengahan Januari tahun ini...aku telah mula berdiri di atas kaki aku sendiri....aku sudah tidak meminjam kaki orang lain untuk aku berpijak...(dalam makna tu)

aku telah mula hidup berjauhan daripada kaum keluarga kecilku....sanak saudara dan rakan-rakan yang selama ini sangat membantuku daripada segi nasihat....kata-kata semangat...material dan wang ringgit. pada mulanya memanglah sangat berat untuk melaksanakan keputusan yang telah diambil...tetapi, HIDUP MESTI TERUS.....jadi aku pun mulalah melangkah walaupun perlahan....masih tertoleh-toleh ke belakang...

hidup di tempat orang memanglah sangat aneh rasanya...walaupun aku tidaklah berhijrah jauh berjuta-juta batu..namun masih ada perbezaannya...maklumlah 10 tahun hidup di kampung...sudah terbiasa bangun pagi hasil kejutan sang jalak yang berkokok di tepi bilik...sudah terbiasa disapa mesra oleh penduduk kampung ketika keluar membeli lauk-pauk....

di sini...manusia kota sangat ramai...padat dan sesak...tetapi mengapa aku rasa macam duduk di dalam hutan??? sangat kurang patah perkataan yang keluar daripada mulutku ini....malahan jiran kiri kananku ini pun masih lagi aku tak kenal...setakat berbalas-balas senyuman ketika keluar bekerja sahaja...

adakah kediaman/ rumah di sini sekadar tempat persingahan untuk melepas kelelahan bekerja? rata-ratanya keluar awal untuk ke tempat kerja...ada yang sebelum Subuh sudah bergerak keluar mengusung anak bini dari rumah....mereka pulang ke rumah sesudah matahari melabuhkan tirainya...

tinggal di rumah berasingan daripada keluarga juga merupakan suatu perkara baru bagi aku....macam-macam yang perlu aku hadapi..terutama kerenah tuan rumah...berbelit-belit arahan dan maklumat yang tuan rumah sampaikan.....walaupun rasa bengang bercampur geram, aku tetap cuba memahami mengapa sikap tuan rumah begitu...mungkin dia takut ditipu oleh penyewa...mungkin juga dia takut aku tidak membayar duit sewaan....huhuhuhu.....sabar3....tuan rumah itu tidak tahu yang aku ni dan bergolok bergadai meminjam sana-sini demi menyediakan wang deposit...wang sewaan..wang perjanjian..dan entah apa-apa lagi la....

sehinggakan rumah sewaanku ini masih lagi dalam keadaan padang jarak padang tekukur kerana belum ada perabot rumah....hukhukhuk, sedih juga..tetapi itulah...hidup ini perlukan sikap keberdikarian......

Monday, 30 April 2012

Berapakah peratus sayang?

hahahaha.....jawab dalam hati ea pembaca blogku ini....kadang-kala terfikir juga di benakku ini...sebenarnya berapa peratus agihan kasih-sayang kita kepada insan-insan penting di sekeliling kita? adakah agihan itu sama rata...atau ada yang dapat lebih..ada yang dapat kurang?

kalau agihannya berbeza...siapa yang layak dapat lebih...dan siapa pulak layak dapat kurang?? hurmmmm...makin keliru pulak pemikiran aku ini....hahahaha

aku pernah dinasihati oleh seorang kawan....katanya <JANGAN BERIKAN CINTA KITA KEPADA SESEORANG DENGAN  SEPENUH HATI, KELAK HIDUP KITA JUGA AKAN MERANA>

pada mulanya, aku membantah nasihat tersebut...tetapi apabila ditakdirkan hati aku terluka...barulah aku sedar akan kebenaran kata-kata nasihat itu.... sangat sukar untuk bangkit daripada kekecewaan yang dialami....mujurlah ada rakan taulan dan keluarga yang membantu memulihkan kesedihan hati...

oleh itu, sekarang...aku mula menetapkan hati perasaan aku ini agar tidak memberikan 100% sayang..cinta...kasih kepada seseorang....yang layak mendapat 100% sayangku ini hanyalah Allah dan rasul-NYA.....barulah hidup kita ini sentiasa dirahmati dan diberkati.....insya'allah..


Untuk Hidup...Mesti Positif..

berfikiran positif ini sangat penting jika kita inginkan kelansungan hidup yang tenang dan baik-baik sahaja.....sebenarnya, jika kita terlalu sangat berfikir.....menyiasat...mencari salah silap orang.....hidup kita juga nanti yang akan menjadi kucar-kacir...

dalam Islam, kita dituntut untuk 'berbaik sangka'.....kenapa? sebab jika kita membuka pintu hati dan fikiran kita untuk berfikiran negatif....buruk sangka....akan datanglah syaitan yang direjam itu menyusup masuk ke dalam minda....hinggakan segala kebaikan nanti akan dilihat sebagai keburukan....

aku sentiasa mengajar fikiranku ini untuk berfikir yang baik-baik sahaja.....sentiasa belajar untuk tersenyum.....tanpa perlu kata apa-apa....walaupun mungkin masalah....dugaan....kesukaran yang datang menghentam aku ini lebih dasyat daripada ombak tsunami...

aku sentiasa berdoa agar kepercayaanku kepada Allah yang esa tidak akan goyah.....apa sahaja yang berlaku itu sebagai tanda...betapa Allah sayangkan diriku ini......sepatutnya aku berbangga kerana hidup aku ini sentiasa terkeluar daripada zon selesa.....hanya dengan ini barulah dapat menambah pengalaman hidup aku....

kepada yang rakan-rakan yang mengenali...menyelusuri....masalah demi masalah yang aku dan keluargaku hadapi....mereka tahu betapa survivalnya kami.....semakin perit masalah yang dihadapi...semakin kuatlah kekuatan dalaman dan kesatuan keluarga kami.....

untuk berfikiran positif....kita mestilah menggunakan ayat-ayat yang positif dalam kehidupan seharian kita....antaranya, kurangkan perkataan "TIDAK"....contohnya, "betul tak?".....tukarkan kpd, "adakah betul?" atau "betulkah?"....

selain itu, kita juga perlu bersihkan minda kita.....positifkan minda kita....janganlah selalu berfikir yang bukan-bukan tentang orang lain....kita perlu berfikiran lebih terbuka...barulah hidup kita menjadi lebih tenang.....

yang akhir sekali, kita perlulah berada dalam kalangan orang yang positif pemikirannya....jika kita terhumban dalam golongan yang suka mengadu-domba...suka menjaja kisah orang lain, suka buruk sangka terhadap kebaikan orang lain, suka mengumpat..menghina....dan sewaktu dengannya...itu tandanya, kita perlu berhijrah....memanglah seronok mendengar dan bercakap hal dalam kain orang lain...tapi.....bukankah itu seperti memakan daging saudara sendiri??

owh, rasanya post kali ini, aku sudah terlebih taip...huhuhu....sebelum mengundur diri.....terimalah pesanan daripada pihak penaja.....<UNTUK HIDUP SENTIASA BERCAHAYA....POSITIFKAN MINDA, FIKIRAN, PERKATAAN & PERBUATAN KITA>

Monday, 16 April 2012

Janganlah Ganggu Hidupku Lagi...

kepada kamu....

Saya sangatlah memohon agar jangan ganggu ketenangan hidup saya ini...Yang sudah itu...sudahlah....janganlah membawa cerita hingga tahap menfitnah diri saya ini...

saya sedar saya ini manusia yang lemah...tidak lepas daripada melakukan dosa.....tapi saya masih ingin mencari syurga Allah.....Oleh itu, janganlah ganggu hidup saya ini...

berikanlah peluang untuk saya hidup bahagia seperti kamu juga.....bukankah itu lebih bagus dan berpahala?? saya sangat kecewa kerana pernah mengenali diri kamu itu.....namun, saya juga memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana saya sudah tidak perlu lagi menjadi kenalan kamu....

ingatlah kamu, fitnah itu sangat dasyat...lebih teruk kesannya daripada membunuh....kerana lidah itu sangat tajam berbanding mata pedang.....sejak dahulu lagi, saya tidak pernah bercerita apa-apa pun tentang kamu...walaupun kamu itu sering menegakkan benang yang basah dengan bercerita tentang keburukan diri saya yang kamu reka itu....

saya di sini hanya berdiam diri sahaja kerana diam itu tidak beerti saya kalah...diam juga tidak menunjukkan saya lemah....malahan diam juga tidak menggambarkan saya ini pasrah....sebaliknya saya memilih untuk diam kerana itulah tindakan yang wajar, waras, dan bermoral apabila berhadapan dengan makhluk seperti kamu itu...

saya tetap mendoakan kebahagiaan kamu sekeluarga.....dan saya mohon berhentilah menfitnah diri saya ini....sekian...

Thursday, 12 April 2012

Hidupku Sebagai Isteri

Sungguh....aku memang tak pernah bayangkan kehidupan aku akan berubah 100% apabila berpindah dan benar2 bergelar seorang isteri......kini segala-galanya aku wajib lakukan dan patut aku tanggung sendiri.....


namun aku sangat bersyukur kerana mama dan arwah abahku serta kehidupanku masa lalu banyak memberikank ilmu dan pengajaran...malahan siapakah aku pada hari ini, adalah bermula dengan asuhan keluarga, ilmu didikan sepanjang persekolahank dahulu dan juga pengalaman...


antara tugas yang wajib seorang isteri lakukan ialah;


1. patuh dan taat kepada suami - ini la bab yang paling sukar/susah.....sebab sejak kecil aku telah diberikan kebebasan ntk membuat keputusan....termasuklah tentang persekolahan, pekerjaan dsb....malahan kdgkala aku yg akan buat kputusan utk ibu bapa dan adik-adikku....tapi sekarang sudah berubah..huhhuuu.....


2.kesetiaan kepada suami - hurmmm...sgt subjektif...tapi kesemua arahan, nasihat suami akan diutamakan...selepas itu barulah segala pandangan daripada kaum keluarga....


3. melayan kehendak suami - owh, yang ni x payah la nak hurai panjang hehehe


4. mengurus rumahtangga - daripada memasak, mengemas, menyapu, mengemop, membasuh baju, dan segala-galanya.........pe nak wat, nak upah bibik, aku x mampu hhhhuuu


5. menjaga maruah diri, suami, keluarga - insya'allah...yang ini akanku laksanakan tanpa alasan!


6.menyenangkan hati suami - si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami. gulp.....aku tersalah rasanya....g kerja kot yang terhias sewajarnya hhuhu, maafkanku wahai suamiku...


7.  pendorong dan pemberi semangat kepada sang suami - sentiasa berbincang, mendengar keluhan, masalah dan cerita.....tanamkan nilai kejujuran dalam diri masing2 wlau pun mungkin akan myakitkan hati sebelah pihak..sentiasa percayakan pasangan...maafkan pasangan sebelum tidur......


kesimpulannya, kehidupan sebagai isteri memang amat mencabar....jadi doakanlah aku agar sentiasa istiqamah menjalankan amanah Allah ini.....insya'allah..

Tuesday, 3 April 2012

DOSA....

Apabila bangun tidur, tanya kepada diri kita. "KENAPA Allah masih HIDUPKAN aku pada hari ini?".

Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali ialah "kerana DOSAKU terlalu banyak. ALLAH masih izinkan (MEMBERI MASA) aku untuk BERTAUBAT.."


Dosa...oh..dosa....setiap makhluk di dunia ni pasti tidak lekang daripada melakukan kesalahan...ada secara sengaja dan ramai yang tidak sengaja.....mungkin kerana kita ini hanyalah insan...yang sering lupa...


setiap hari kita berdoa agar dipanjangkan umur..dengan harapan untuk berubah menjadi yang lebih baik...yang lebih soleh/solehah.....begitu jugalah saya.....yang bukannya maqsum...sentiasa melakukan kesilapan....tapi sangat takutkan api neraka.....dan tahu tidak layak untuk masuk ke syurga Allah yang indah itu...


jadi, marilah kita sama-sama berdoa agar diberikan istiqamah untuk melawan segala hasutan dan bisikan sang syaitan yang direjam itu...semoga kita tabah dan sabar menempuhi pancaroba hidup masa kini yang kian lama kian meruncing...yang kadang kala mampu menggoyahkan keimanan kita yang hanya lebih nipis daripada kulit bawang ini...


memetik hadis :
✿ Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." (HR Tirmizi)✿ Sabda Rasulullah S.A.W. “Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,” (Riwayat Abu Daud)
✿ Ketahuilah, bahawa pertolongan itu datang sesudah kesabaran; kelapangan datang sesudah kesulitan; dan kemudahan datang sesudah kesulitan (Al-Hadis)



kita sebenarnya telah lengkap dibekali panduan hidup bagi melangsungi kehidupan ini...Allah dan Nabi Muhammad telah membekalkan al-Quran dan hadis sebagai pedoman...cuma kita sahaja yang terlupa....


pesanan ini untuk diri saya sendiri yang sentiasa melakukan dosa......


terima kasih kerana membaca....

INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...