Saturday, 31 March 2012

Selamat Datang April...

dulu-dulu masa zaman sekolah 1 April ni sgt dinantikan..terutama apabila tinggal di asrama...apa lagi, inilah masanya untuk mengenakan rakan-rakan....tanpa rasa bersalah.....hehehe....rakan-rakan yang sedang tidur akan dijadikan mangsa.....disolekkan dengan solekan yang sudah tentulah tidak menarik...malahan menakutkan huhuhu.....

apabila diri semakin dewasa, barulah saya mengerti.....mengapa ada orang yang menyambut dan meraikan 1 April....hurmmmm,

sejarahnya bermula begini,

Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah

 menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol 

terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian.


Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka 


tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan 

menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri 

pergi menyiasat adakah berita itu benar.Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-

ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari 

tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan 

menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang 

Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada 

tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati 

kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang 

mengaitkan April Fool dengan orang Islam. Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh 

sesetengah umat Islam di seluruh dunia. Banyak sejarah April Fool yang dipaparkan di dalam internet 

hingga ke akhbar untuk mengingatkan umat Islam bahawa April Fool ini tidak digalakkan dalam 

Islam.Sejak dari dahulu lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya April Fool ini 

sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April, ramailah yang menjadi 

mangsa dari sambutan April Fool.

Friday, 30 March 2012

Hidup Ini Satu Perjalanan.....

adakah hidup ini satu perjalanan? mungkin juga satu perjuangan....kita akan menempuh halangan setiap hari tidak kiralah sama ada kita bersedia atau tidak...bagi aku, hidup aku ini sangat mencabar....rintangan itu datang dari pelbagai arah....ada yang dapat aku tepis..ada yang dapat aku elak....namun ada juga yang aku terpaksa menerimanya dengan pasrah.

kadangkala aku sangat cemburu melihat kehidupan mereka yang lain....hidup aman bahagia...macam tiada apa-apa masalah yang mendatang....mengapa aku terpilih untuk menerima dugaan demi dugaan...adakah kerana aku ini makhluk yang penyabar....mungkinkah kerana Allah itu amat sayangkan aku???

aku pernah terbaca satu petikan yang mengatakan......dugaan, kesulitan, halangan yang datang itu ibaratnya seperti ukiran pada sebatang kayu.....rasanya memanglah menyakitkan......tetapi apabila dilihat hasilnya kemudian hari, kayu tersebut akan menjadi sebuah ukiran yang cantik.

sebenarnya, petikan inilah yang membantu aku untuk bangun dan terus melawan serta menempuhi segala halangan yang datang..aku sangat percaya suatu hari nanti, aku akan berasa segala kesulitan dan halangan yang aku hadapi ini amat berbaloi.

malahan sekarang ini pun, aku sudah dapat merasai bahawa dugaan yang aku tempuh selama ini telah menjadikan aku seorang insan yang kuat semangat, tidak lagi takut dengan apa-apa masalah....aku juga menjadi semakin dewasa dan matang serta berdikari.....

maafkan aku kerana tidak dapat menghuraikan segala permasalahan yang telah aku hadapi.....hanya yang benar-benar mengenaliku sahaja yang mengetahuimya.....tapi percayalah.....setiap hari aku hanya mampu menangis di dalam hati sahaja....biarkanlah orang di sekelilingku melihat senyuman manisku....

terima kasih kerana membaca...

Sunday, 25 March 2012

Hidupku Bertambah Maju...hehe

hehe, nak tergelak pulak dengan tajuk pilihanku ini...<hidupku bertambah maju> kui3...entah apalah yang majunya...mungkin disebabkan aku berani menukar kebiasaanku yang bertahun-tahun...tinggal di desa kepada tinggal di bandar raya....atau mungkin perubahan status...daripada anak mama kepada isteri seseorang....hurmm mungkin perubahan fizikalku...daripada kurus slim kepada badan berisi akibat kehamilan???

kalau itulah dinamakan kemajuan dalam hidup...mungkin....tapi jika difikirkan..aku mungkin telah kehilangan sesuatu akibat proses kemajuan ini.....cuma bergantung kepada diriku sendiri sekarang....adakah perubahan di awal 2012 ini berbaloi?? wallahu a'lam....aku akan cuba sedaya upaya untuk hidup bahagia...dengan caraku sendiri.....

29 MINGGU SUDAH

pejam celik...pejam lagi....nasib masih celik....alhamdulillah....sudah 29 minggu, hampir 7 bulan...insya'allah bulan Mei nanti, akan lahirlah cahaya mata yang kunanti-nantikan selama ini...aku sangat bersyukur kerana aku diberi peluang merasai nikmat bergelar seorang ibu....aku berpeluang mengalami proses kehamilan....

cuma di dalam hati ini, terasa goyah apabila memikirkan saat bersalin yang bakal tiba kelak...eh, bukan sahaja goyah...hati ini berdebar-debar...makin bertambah bulan kehamilan..makin bertambah ketakutannya....selalu juga aku termimpi-mimpi saat proses kelahiran....

aku cuba untuk hilangkan perasaan gementar ini dengan memikirkan si bayi yang bakal lahir...setelah menjalani beberapa kali imbasan...insya'allah....bayi pertamaku nanti ialah "putera naga"....hurmmmm.....saat ini, si putera naga menendang-nendang perutku....kadang-kala, dia bergerak-gerak ke kanan dan ke kiri...sungguh ajaib nikmat yang Allah berikan ini....di dalam perutku ada makhluk-NYA yang sudah berdenyut jantungnya...sudah boleh bergerak-gerak...masya'allah.......

kepada pembaca,

doakanlah kesihatan dan keselamatanku ini....semoga aku diberikan umur yang panjang untuk melihat dan mendidik anak-anakku.....insya'allah.....

Monday, 5 December 2011

tersalah langkah........

pandangan mataku terus menjadi gelap.....fikiranku berpusing-pusing.....langkahan kakiku menjadi kian longlai...tapi pada siapa dapatku adukan permasalahan ini....aku yang bersalah...aku yang tersalah langkah...maka selayaknya akulah yang menerima padah.......

apabila ditimpa musibah begini....barulah aku merangkak-rangkak mencari tuhan pencipta alam ini....barulah aku teresak-esak menangis keinsafan....tapi.....nasi itu sudah menjadi bubur.....masa tidak dapat diundur....cuma perbuatan silam sahaja yang kerap diulang tayang di minda ini....

Ya Allah.....tuhanku.....aku malu akan segala perbuatanku ini......apa yang perlu aku lakukan??? bantulah hambaMU ini...tunjukkan aku cara yang paling sesuai untuk aku menangani musibah ini...agar tiada hati yang tercalar...tiada muka yang terconteng....dan tiada sesiapa yang menderita....

aku akui kelemahan diriku ini...aku insafi kekuranganku ini.....aku kesali kejahilanku ini....moga Allah menerima taubatku ini....



Saturday, 5 November 2011

Korban

Salam Aidiladha...Selamat Hari Raya Haji...Selamat Hari Raya Korban....

Terasa syahdu apabila bangun sahaja di awal Subuh, kedengaran suara bilal mengalunkan takbir...Beberapa jam lagi umat Islam di sini akan memulakan ibadah korban...Namun yang membuatkan aku terfikir, apakah pengorbanan yang paling besar yang sering dilakukan oleh kita? 

Penyembelihan lembu, kambing ataupun unta merupakan acara wajib bagi Aidiladha ini. Di sana sini, kelihatan meriah dengan upacara menyembelih sang lembu, cik kambing dan dak unta. Sebenarnya bagi aku, perkara yang sangat sukar dikorbankan ialah nafsu sendiri. Kemampuan kita bermujahadah melawan bisikan nafsu.

Bolehkah kita korbankan nafsu kita ini dan hidup secara zuhud?? Hurm...dalam diri kita ini ada TUJUH tingkat nafsu....Untuk makluman, nafsu kita ini ada jenis baik dan ada jenis jahat...

1. * Nafsu ammarah – Nama ini diambil daripada ayat al-Quran yang menceritakan mengenai pengakuan Zulaikha (Imratulaziz) atas kesalahan dan kesediaannya membuat pengakuan yang Yusuf bersih daripada sebarang keburukan dan kesalahan.
Ia adalah nama bagi nafsu di tahap paling rendah. Diri di tahap ini disifatkan al-Quran sebagai yang menyuruh kepada keburukan dan kejahatan. Jika melakukan kebaikan sekalipun hanya sebagai topeng untuk kejahatan.
Maksudnya diri manusia dikuasai sepenuhnya oleh unsur kejahatan sehingga manusia menjadi hamba nafsu, bahkan menjadikan nafsu sebagai Tuhan yang ditaati.
Manusia yang memiliki akhlak serendah ini nilai baik dan buruk tidak bermakna dan tidak penting.
Cuma yang penting baginya ialah yang dapat memenuhi kehendak nafsunya saja. Manusia yang sedemikian akan mendabik dada, kerana berbangga dengan kejahatan yang dilakukan.
Diri dalam peringkat terendah inilah yang diistilahkan oleh ahli kerohanian Islam sebagai ‘nafsu’.
Nafsu ammarah ini mengandungi sifat hina dan tercela, sifat kehaiwanan, syaitan dan bangga diri yang hanya layak bagi Tuhan, seperti sifat takbur, memperhambakan manusia, suka disanjung dan dipuja.
Sifat yang nyata pada diri di tahap ini ialah sentiasa bergelora dengan seribu satu macam keinginan nafsu, sesuai dengan sifat semula jadi nafsu rendahnya seperti terburu nafsu, lalai, tamak dan jahil.
Malah untuk menunaikan keinginan yang sentiasa bergelora tanpa puas manusia akan menjadi alat dan hamba nafsu menyebabkan mereka dalam sentiasa dalam keadaan sengsara. 
Nafsu ammarah merupakan tangga paling rendah yang mengakibatkan diri selalu diselubungi keburukan dan maksiat.
2. # Nafsu lawwamah – Nama ini diambil daripada al-Quran, sebagaimana pada ayat 2 dari surah al-Qiyamah, maksudnya: “Dan aku bersumpah dengan an-nafsul-lawwaamah (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati).”

Diri pada tahap ini meningkat sedikit, berbanding diri yang dikuasai nafsu ammarah.
Jika pada tahap nafsu ammarah diri tidak terkilan dengan kesalahan dilakukan, bahkan megah dengan dosa, tetapi pada tahap ini diri kesal atas keterlanjuran dan kekurangannya menunaikan kewajipan.
Di dalam diri terasa seperti ada sesuatu yang mencelanya. Tetapi dengan adanya suara celaan dari dalam diri itu menunjukkan ia masih hidup. Walaupun berpenyakit masih belum parah.

3. # Nafsu mulhimah – Sesetengah ulama tidak memasukkan tahap ini dalam peringkat sifat yang dilalui diri manusia. Tetapi ramai juga dari kalangan ulama terutama ahli sufi yang memasukkan peringkat ini seperti diisyaratkan al-Quran, maksudnya: “Serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan dan ketakwaan.” (as-Syams:8)
Nas terbabit pada amnya menjelaskan manusia boleh menerima suatu saranan di dalam dirinya sama ada berunsur kejahatan atau kebaikan. Ini juga menunjukkan diri seseorang sentiasa diilhamkan dua unsur; kejahatan dan kebaikan.
Berdasarkan nas dan sejarah hidup manusia sepanjang zaman membuktikan di dalam diri manusia ada satu daripada dua unsur itu, seperti suatu alat yang dapat mengesan gelombang suara dari alam ghaib.
Fenomena ini adalah realiti yang diakui tanpa diragui. Dalam bidang ilmu, fenomena ini dikaji ahli psikologi.
Pelbagai pendapat dan istilah dikemukakan, namun semua kajian menyakini fenomena terbabit sekalipun berbeza dari segi penafsirannya.
4. # Nafsu muthmainnah – Nafsu di tahap ini lebih sempurna, dari sudut usaha menyucikan (tazkiyah) dan melakukan jihad (mujahadah) terhadap nafsunya.
Hasil dari jihad nafsu yang tabiatnya sentiasa bergelora dan membara tanpa ada batas kepuasan, berpandukan syariat Allah dan jauh daripada maksiat, zahir dan batin, menjadikan diri mencapai ketenangan.
Peringkat ini tidak dapat dirasakan melainkan selepas diri merasakan damai terhadap hukum Allah dan manhajnya, ketentuan qada dan qadar (takdir), mengingati Allah dan khusyuk dalam ibadat.
Malah, diri tenang menghayati konsep kehambaan diri kepada Allah, sentiasa kembali kepada Allah dan hatinya pula sejahtera daripada segala penyakit.
Diri dalam peringkat ini akan mudah terasa dengan kesalahan dan dosa manakala ukuran dan timbangan terhadap sesuatu amal kebaikan semakin cermat.
Kedamaiannya dinikmati oleh diri dan oleh orang sekelilingnya, bahkan kadangkala menjadi penaung kepada mereka yang diburu kerisauan dan keresahan hidup.
Diri di peringkat inilah yang mendapat panggilan Ilahi sebagai hamba-Ku (ibadi) dan tentunya akan mendapat ganjaran syurga.
5. # Nafsu radiyah – Diri di tahap ini dapat mendiamkan syaitan dari dalam dirinya. Allah menurunkan ketenangan ke dalam hatinya.
Diri akan menghayati sifat reda dan menjadi maqamnya (tahap kedudukan), namun diri ini masih bimbang dan berasa belum diterima Allah.
6. # Nafsu mardiyah – Diri di tahap ini diredai Allah. Diri yang mencapai peringkat ini akan dapat merasakan maqamnya (tahap kedudukan) diterima Allah.
Tetapi rasaan ini bukanlah suatu yang dibuat-buat dan sekadar satu dakwaan sedangkan sebenarnya tidak ada pada batin dirinya.
Rasaan itu adalah pemberian Allah sebagai ‘busyra’ (khabar gembira) dari Allah kepada hamba-Nya yang diredai ketika mereka masih lagi hidup di dunia.
Istilah pada diri di tahap ini diilhamkan dari al-Quran. Tahap ini yang dihayati serta dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan keazaman oleh tokoh kerohanian Islam seperti ahli sufi.
Bagi kita yang bukan ahlinya dan tidak menempuhinya, selayaknya kita menerimanya selaras dengan anjuran al-Quran.
“Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu melainkan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka; maka bertanyalah kamu kepada ahlu’dz-dzikri jika kamu tidak mengetahui.” (al-Anbiyaa’:7)
7) NAFSU KAMALIYAH - Tingkat nafsu ini adalah tingkat yang terakhir dan yang tertinggi sekali. Tingkat ini jarang dicapai oleh jiwa-jiwa seperti kita. Tingkat ini biasanya dicapai oleh para Rasul, Nabi-Nabi, para Sahabat dan wali-wali besar sahaja. Golongan ini akan meningkat dari darjat fana(binasa) kepada baqa(kekal) dengan Allah Taala sentiasa. Di tahap ini seseorang itu tidak perlu bersusah payah dengan bermujahadah dan berusaha melawani desakan hawa nafsu dan syaitan, kerana sifat kesempurnaan telah mendarah daging dan bersebati dengannya.
Firman Allah: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan. (Yusuf: 53)

Musuh kita yang paling jahat ialah nafsu kita yang berada di antara dua lambung kita. Kejahatan nafsu melebihi kejahatan syaitan atau iblis. Jadi permusuhan kita dengan nafsu kita sendiri melebihi permusuhan kita dengan syaitan. Namun, syaitan dapat menguasai diri kita melalui nafsu yang berada pada diri kita. Dengan kata lain, nafsu merupakan talibarut atau suruhan syaitan untuk menerangi kita.


Oleh yang demikian, tepuklah dada dan tanyalah iman dalam diri kita ini...sanggupkah kita korbankan nafsu  kita ini...wallahu a'lam.

~kredit kepada http://naklempang.blogspot.com/2011/08/7-tingkat-nafsu.html & http://ahmadzaki.wordpress.com/2009/10/11/tingkat-tingkat-nafsu-manusia/

Monday, 19 September 2011

hatiku terluka..........

owh....aku sering menyangka bahawa hati aku ini dibuat daripada besi keluli...tahan karat...tahan lasak....boleh menerima apa sahaja hentaman.....namun aku terlupa, bahawa aku ini hanya insan biasa....ciptaan Allah taala...berdatukkan Adam dan bernenekkan Hawa...aku ini manusia......berasal daripada tanah sahaja.....

jadi, tidak salah jika aku mengaku kalah....mengangkat bendera putih.....mengatakan...ya, hatiku telah terluka.....sakitnya sangat menikam dan menusuk di jiwa....

cuma aku berharap....luka yang ini tidaklah sedalam mana....aku masih boleh bangkit....menghadapi cabaran yang tiba...kerana....itulah adat dunia...tidaklah semuanya indah-indah...seperti yang diidam-idamkan....

semoga hari kejayaan akan datang kepadaku.....insya-ALLAH...............

INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...