Sunday, 3 March 2013

Selamat Tinggal Sahabat...

Assalamualaikum....


Aku masih lagi berduka...apabila mendapat perkhabaran tentang pemergian rakan sahabatku yang dijemput pulang oleh Malaikat Izrail untuk menemui Yang Esa...Setiap tahun aku kehilangan rakan...yang terbaru ialah sahabat baikku semasa di SM JAIM Merlimau dahulu...allahyarhamah Tutti Hayati Mohd Salleh....aku baru sahaja menelefon arwah Januari lalu untuk bertanya khabar...pada masa itu, dia sedang sakit dan berada di hospital di Kuantan...aku hanya mendoakan agarnya cepat sembuh...Namun, kita hanya merancang...Allah penentu segala...sahabatku menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Jumaat, 22 Februari lalu....akibat kuman SLE yang sudah menjangkiti paru-paru...

Allahyarhamah seorang sahabat yang sangat baik, lemah lembut percakapannya, suka menolong dan menasihatiku.....dahulu kami bagaikan kembar kerana sama tinggi....


Aku doakan semoga arwah Tutti Hayati (sebelah kanan) berada dalam kalangan mereka yang dirahmati Allah...dan masuk syurga. Insha-Allah. al-Fatihah.

Kedua,

Seorang sahabatku yang bersama-sama belajar di Institut Pendidikan Perempuan Melayu Melaka iaitu, allahyarham Jambori Mikat juga telah dijemput untuk menemui Yang Esa akibat kemalangan jalan raya. Allahyarham seorang rakan yang suka bercerita, menasihati dan juga berjenaka...sudah tentu aku terasa kehilangannya kerana dia selalu memberi komen dalam setiap post di laman muka buku.


Ini ialah keratan akhbar tentang berita kemalangan arwah. Semoga arwah juga berada dalam kalangan mereka yang beriman. Insya-Allah. al-Fatihah..


Ketiga,

Sahabatku allahyarhamah Hazlinah Abu Samah yang selalu kutemui apabila menghadiri mesyuarat ketua panitia Bahasa Melayu semasa mengajar di Melaka dahulu. Kami sering bertukar-tukar cerita, pendapat dan kisah apabila berjumpa. Tambahan pula, kawan baik arwah juga merupakan kawan baikku semasa belajar di IPPM. Jadi makin lama hubungan kami makin erat. Namun arwah telah ditimpa kemalangan berdekatan kampung aku hingga meragut nyawanya. Aku sempat menziarahi jenazah arwah di Hospital Jasin.



Aku doakan allahyarhamah berada dalam kalangan mereka yang dirahmati Allah....insha-Allah. al-Fatihah....

Keempat,

Sahabatku allahyarhamah Noor Azfa binti Zainal Abidin...rakan sepengajian di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan juga UKM..Kami belajar dalam bidang yang sama iaitu Bahasa dan Kesusasteraan Arab...aku selalu menemani arwah ke HUKM untuk mendapatkan pemeriksaan doktor..pada masa itu, arwah menghidapi tiroid. arwah seorang rakan yang manja tetapi tegas..maklumlah arwah anak bongsu....berita pemergian arwah telah disampaikan oleh sahabat kami juga, Yati... Arwah meninggalkan dunia yang fana ini akibat sakit athma....


(Arwah berdiri di belakang kedua dari kanan)

Selamat Tinggal sahabat-sahabatku....insha-Allah suatu hari nanti aku juga akan pergi ke sana seperti kalian...kita tidak tahu apa yang akan berlaku  esok atau lusa...

sesungguhnya mengingati mati itu sunat...supaya kita sentiasa sedar diri dan bangkit daripada kealpaan duniawi. ingatlah mati itu pasti...bukan orang tua atau orang yang sakit tenat sahaja yang akan pergi tetapi sering berlaku yang muda lela...sihat sejahtera juga dijemput pulang oleh si malaikat maut.



Tesis Aku Lahhhhh...

Assalamualaikum..

Hari ini hari Ahad...masa berehat di samping kerja-kerja sekolah yang tidak pernah nak surut...aku sepatutnya menyiapkan Headcount untuk subjek yang aku ajar...tapi aku jadi agak malas hehehe...ye la, setiap hari aku bekerja...termasuklah Sabtu..kerana aku mengajar kelas tambahan untuk murid UPSR....jadi, aku rasa aku nak rehat sekejap daripada memikirkan hal sekolah....

Oleh itu, aku pun berjalan-jalan ke blog yang ada dalam internet ini....tiba-tiba....jeng..jeng...jeng...aku terkesima...terkejut...teruja....apabila melihat sebuah buku keluaran UKM...ye, aku ni graduan lepasan UKM laaaa....bidang pengajaran Arab dan Tamadun Islam lagi...cuma rezeki aku menjadi guru Bahasa Malaysia hehehe

Ok..Ok...Ok...kembali kepada tajuk....rupanya tesis aku telah dibukukan....oh lalalala.....cuba tengok ni;





hah, nampak tak..ada tajuk "al-Musamarah: Tokoh Penyair pada Zaman 'Abbasi" tu?? inilah tajuk tesis aku..ingat lagi, pada mulanya aku kena tulis tesis tu dalam bahasa Arab....pergh jenuh bersilat nak tulis...tetapi apabila aku bertukar pensyarah penyelia..aku kena terjemahkan semula kepada bahasa Malaysia...tapi lagi bertaekwondo la aku...sebab..kebanyakan buku rujukan semuanya dalam bahasa Arab... ^_^

Apa-apapun itu adalah pengalaman dan kenangan untuk aku.... sudah tentu aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk mempelajari bahasa Arab dengan mendalam...walaupun kerjaya aku sekarang berbeza. 

Aku pernah berkata kepada seorang senior aku dahulu yang aku berusaha untuk tidak melupakan ilmu bahasa Arab yang aku telah pelajari ini dengan mengamalkan membaca al-Quran....Namun selalunya aku sering terlupa....tak sempat....dan tentulah itu semuanya salah aku sendiri...

Jika aku berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana nanti...aku rasa aku ingin mendalami bidang Tamadun Islam. Insya-Allah ;-)

Wednesday, 30 January 2013

apabila...PERGI tak KEMBALI...

Assalamulaikum....

Minggu lepas hidupku dikejutkan oleh berita pemergian rakan seperjuanganku..yang sama-sama menuntut ilmu keguruan semasa di IPPM beberapa tahun lepas. 

Pada mulanya aku cuba untuk tidak percaya....tapi mati ini pasti...tidak akan cepat walau seminit...dan tidak akan lambat walau sesaat....Ya Allah...aku sangat insaf...Mati ini bukanlah untuk mereka yang sedang menderita sakit....bukan juga untuk mereka yang sudah bertahun-tahun terlantar di atas katil.....malahan, mati ini bukan juga pasti untuk mereka yang bergantung hidup menggunakan mesin bantuan pernafasan....

Allahyarham rakanku ini, sihat wal afiat...sentiasa bersukan...tapi dia telah dijemput Allah lebih awal...dia terlibat dalam kemalangan jalan raya....arwah menunggang motosikal..Kisah yang sama seperti 2 tahun lepas...rakan sekerjaya...sering berjumpa di mesyuarat dan kursus anjuran jabatan...telah kembali ke rahmatullah..akibat kemalangan...berdekatan kampung aku..

Sebagai hamba Allah yang percayakan takdir...redhakanlah pemergian mereka...kerana suatu hari nanti atau mungkin esok lusa...kita juga akan dijemput ke sana....





Adakah kita sudah bersedia untuk ke sana?? Sudah cukupkah bekalan kita?? 




 

Sunday, 13 January 2013

SALAHKAH NAFSU??

Assalam...

Nampaknya mood aku untuk menaip tiba-tiba muncul...Jari jemariku juga sangat bekerjasama dengan mood dan mindaku....

Ok, kita kembali kepada persoalan, "Salahkah nafsu?"... Aku sering terbaca di majalah, buku, blog dan di surat khabar...yang manusia ini sering menunding jari kepada nafsu apabila mereka tertangkap melakukan sesuatu kesilapan....

Jadi aku terfikir, adakah nafsu itu benar-benar bersalah??? memang benar kita ini diberikan nafsu...tetapi bukankah kita juga dikurniakan akal?? dan.... kita juga berusaha mempelajari ilmu pengetahuan untuk membantu akal berfikir.... malahan yang penting sekali, kita telah dibekali iman dalam diri...

Memang benar, aku juga bukanlah sesempurna mana..aku juga melakukan kesilapan...aku juga pernah berdosa.... tetapi kemusykilan aku ini ialah....mengapa kita salahkan nafsu jika kita sendiri sedar perbuatan itu berdosa?? Bukankah kita sendiri yang pilih untuk melakukannya????

Ada dalam kalangan manusia...yang sering menyalahkan nafsu...mengaku salah tapi masih lagi melakukan kesilapan.... mereka ini beranggapan diri mereka bersih dan baik...hanya nafsu itu yang salah...ketahuilah, apa akan jadi jika Allah tidak berikan nafsu kepada kita?...

Kesimpulannya, kita yang patut mengaku salah atas kesilapan diri kita....kita yang tidak pandai mengemudikan nafsu kita...kita sendiri yang tidak boleh menjaga iman yang kadangkala bertambah..dan kadangkala menurun ini...semuanya salah kita.....mengaku salah...dan berubah..itu lebih baik daripada kita menyalahkan nafsu....

Sekian.




Salam Tahun Baru Miladiah.... Harap tidak terlewat ucapan aku ini...Hidup aku di tahun ini masih belum stabil...agak terkejar-kejar ke sana ke mari...Mungkin itu punca blog aku ini tidak sempat dikemaskini...

Azam baru? Aku dah mula berazam baru ketika Tahun Baru Hijriah dulu....jadi azam aku masih sama.. Aku ingin berubah menjadi insan yang lebih baik...daripada pelbagai sudut...sama ada sebagai isteri...sebagai ibu...sebagai anak...sebagai guru...sebagai rakan sekerja...sebagai kakak...sebagai anak saudara....dan yang penting...aku ingin menjadi hamba Allah yang baik...Insya-Allah...semoga azam aku ini dipermudah oleh-Nya...

Selain itu, aku ingin bekerja dengan lebih keras...untuk mengumpul dan membayar hutang piutang yang ada ini...aku pun seperti kalian, tidak mahu roh aku tergantung antara langit dan bumi selepas aku meninggal dunia kelak....mati itu pasti....dan kita dituntut mengingati mati...hanya dengan mengingati mati sahaja, kita akan dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t....

Sebenarnya, banyak yang aku rancang untuk hidup aku ini...tetapi aku masih belum dapat membuat jadual yang jelas...semuanya masih bermain di minda...macam yang aku kata pada awal-awal tadi, hidup aku sekarang agak kelam kabut...masih terkejar-kejar...Namun, mujurlah Allah bukakan hati ibuku untuk datang tinggal sementara bersamaku...alhamdulillah...kita sebenarnya tidak tahu perancangan Allah....

Agak pelikkah dengan gaya bahasa dan penggunaan perkataan dalam teks aku ini?? ;-) ya, itu juga satu perubahan...sebagai guru Bahasa Malaysia...aku rasa ada sedikit tanggungjawab untuk mendaulatkan bahasa ini... Tambahan pula, aku sendiri agak kecewa jika membaca ayat-ayat yang ditaip oleh bekas anak muridku....terlalu banyak huruf 'w'...ejaannya,...bahasanya...semua sudah ke laut.....sedih kerana aku pernah mengajar mereka Bahasa Malaysia...dan mereka mendapat gred A...

Baiklah...aku malas hendak mengulas panjang lebar....kepada pembaca tegar...pembaca curi-curi blogku ini....SELAMAT TAHUN BARU...marilah kita berubah menjadi insan yang lebih baik...

Tuesday, 13 November 2012

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit....

Assalam...

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

okay, kalian pun tentu sudah seronok menyanyikan lagu ini....kita kembali kepada tajuk di atas... ini bukanlah entri untuk bercerita tentang hal pergaduhan kami suami isteri...ini tajuk yang universal...yang dialami oleh semua orang yang berumahtangga...

ingat ye, waktu bercinta dulu...tak ada pun nak tergigit-gigit lidah ni..kerana pada masa itu....lembut gigi daripada lidah...semuanya alahai manis dan indah-indah sahaja....semuanya sayang-sayang..rindu-rinduan....

dalam berumahtangga ini, yang paling penting ialah kesepakatan....semua mesti disepakati sebelum membeli atau membuat sesuatu....barulah matlamat perkongsian hidup itu tercapai.....

si isteri pula... jika dulu.. semasa bercinta... kelihatan wangi...slim....cantik...bergaya....tetapi apabila sudah bergelar isteri...dan ibu... mula akan bertambah-tambah..................................................................................

berserabut...gemuk....berbau bawang hahahaha.....sebab dibebani tugas mengemas rumah, menyapu, mengemop, memasak, membasuh baju, membersihkan bilik air, mencantikkan bilik tidur, membuang habuk pada kipas, melipat baju, menjaga anak, melayan anak dan suami.....sampaikan tiada masa untuk melihat diri sendiri....hukhukhuk

owh...seram pulak aku ni.... ;-) oleh itu kita perlukan kesepakatan....dengan suami, bahagi tugas masing-masing....supaya sama-sama merasa susah dan senang (seperti ikrar cinta dulu-dulu tu)

errr, bagaimana jika suami x mau buat?? semua tugas dilonggokkan kepada sang isteri yang sudah penat keluar bekerja itu??? 

jeng..jeng....jeng >>>bersambung daa

 

Salam Hijrah

Assalam semua,

Aku sangat sibuk...Entah apa yang aku sibukkan hingga langsung tidak berkesempatan untuk membuka blog aku sendiri. Yang sering aku kemaskini ialah laman FB aku je iaitu di https://www.facebook.com/nurly.nurlyssa (promosi huhuhu)...

Okay, bercerita tentang hijrah.... Apakah yang kalian ingin hijrahkan? Bagi diri aku...ermmmm <sambil menopang dagu dan memandang ke awan biru> hahhh... AKU INGIN BERUBAH!! tapi agak klise la pulak kan...semua akan berkata sedemikian....nak berubah daripada baik kepada lebih baik...tapi betul ke akan berubah??? kenalah tepuk dada tanya hati.....

Aku ingin keluar daripada kepompong kehidupan aku yang biasa ini. Tapi tidaklah bermakna aku akan berhenti menjadi cikgu. Tidak sama sekali. Aku ingin membuka kelas tuisyen. Rasanya aku sudah lama menjadi guru tuisyen milik orang lain. Jadi sempena pembukaan tahun baru Islam ini, aku juga ingin mengorak langkah ke hadapan dengan membuka kelas tuisyen sendiri.

Kejayaan atau kegagalan kelas tuisyen ini, hanya Allah sahaja yang tahu...dan sudah tentulah bergantung juga kepada semangat dan kerajinan aku ini. Oleh itu, kepada semua pembaca blog aku ini...Jika kalian ingin lakukan sesuatu....(yang baik ea) terus lakukan....pejamkan mata, pekakkan telinga...jangan tanya pendapat orang ramai...kerana ditakuti akan melemahkan semangat kalian nanti.

Yang penting, setiap tahun kita perlu ada perubahan...jika tidak banyak.memadailah sedikitpun.....belum cuba ...belum tahukan...bak kata pepatah....Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya....alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan...

sekian ^_^

INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...