Showing posts with label selamat hari guru. Show all posts
Showing posts with label selamat hari guru. Show all posts

Wednesday, 8 May 2013

Selamat Datang Mei..

Selamat datang Mei...Selamat datang kesibukan....terlalu sibuk hal keduniaan sehinggakan tak sempat update blog untuk April..apa apapun itu sudah tinggal sejarah..

so, apa yang menarik di bulan Mei ini??? yup 5 Mei 2013 yang lalu kita baru sahaja mengundi sempena PRU 13...owh, saya tak mau komen panjang-panjang tentang hal ini...yang penting, saya mengundi buat kali ketiga....dan sudah tentulah undi anda rahsia? tapi ada orang kata jika kita jawab, "undi itu rahsia" menandakan kita sokong parti dacing...betul ke? hahahaha.....tepuk dada tanyalah selera sendiri...

Bulan Mei ini bulan untuk memperingati jasa ibu...jasa guru... jasa jururawat..... terfikirkah kalian, mengapa kita memerlukan masa yang khusus untuk menghargai jasa orang lain kepada kita? Bukankah kita diajar dan diasuh untuk berterima kasih dan bersyukur setiap masa? Bagaimana pula tanda kesyukuran dan terima kasih yang wajar kita tunjukkan? adakah memadai dengan menghulurkan hadiah....memeluk dan mengucapkan terima kasih?

Yang paling molek, kita sentiasa menunjukkan perhargaan kepada mereka....sentiasa menghormati mereka...sentiasa mengamalkan segala nasihat dan ajaran mereka.....

Saya percaya bukan hadiah yang ditunggu-tunggu oleh sang ibu....para guru dan jururawat, tetapi sikap dan perhatian yang kita berikan itu yang menjadi keutamaan....

Jadi diucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di dunia ini...moga sentiasa senyum, sentiasa cantik....sentiasa masak sedap-sedap.. Kepada guru pula, teruskan usaha mendidik dan mentarbiah anak-anak agar menjadi insan yang kamil...yang tahu menghormati orang lain...yang boleh memimpin keluarga dan negara... Kepada jururawat, berbaktilah dengan memberikan perkhidmatan kelas pertama kepada pesakit...walaupun pesakit itu hanya layak di kelas ketiga ^_^

Sunday, 15 May 2011

Hidupku Seorang Guru

Jujur aku katakan yang bergelar GURU itu bukanlah yang aku impikan....langsung aku tidak inginkan...malah semasa di bangku sekolah rendah dahulu, aku dengan bangga mengatakan "cita-cita saya ialah ingin menjadi polis.....atau askar....".

namun seperti kata orang, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan......aku kini seorang guru....seperti yang ibu bapaku inginkan.....ya, sejak kecil lagi ibu bapa aku selalu kata...."kakyong, nanti jadi cikgu ye"...mereka tidak pernah berhenti mengharap......sekarang aku berasa sangat bersyukur kerana aku dapat merealisasikan impian ibu bapaku....(sekolah sepelaung aje dari rumah).

Kehidupan sebagai seorang guru sangat mencabar.....dulu aku ingat jadi cikgu ni kerja senang....mengajar, tanda buku...marah2 murid.....sebab tulah aku x mau jadi cikgu.....aku nak jadi polis..hehehe (naif sungguh pemikiran masa tu)....setelah beberapa tahun bergelar guru, aku baru tahu....cikgu itu ialah:

1. pendidik, penasihat, pembimbing, fasilitator.....( ni memang kerja cikgu...)
2. doktor/jururawat ( budak2 sekolah rendah suka main kejar2...pastu jatuh....berdarah.....)
3. polis/peguam/hakim/pendakwaraya ( kes disiplin la ni....ada yang mencuri....membuli....bergaduh..)
4. kerani....juruwang....( bila awal tahun nak kutip yuran.....huhuhu)
5. pereka bentuk hiasan dalaman....( ni bila nak kemas kelas...cat....maklumla nak menang pertandingan
    keceriaan & kebersihan kelas hahaha)
6.ahli sukan, jurulatih ( biasalah tu.....cikgu kena pandai/menguasai semua jenis sukan tau......lau x tau pun,
   tetap kena buat2 tahu ^_^ )
7. pelukis, penyanyi, penari dsb...( hahaha, walaupun suara x sedap,lukisan x cantik....menari  
    sumbang...murid2 akan tetap puji cikgu mereka.....seronok kan? )

bagi aku, walaupun bidang tugas guru ini sangat luas....aku semakin suka menjadi guru....setiap hari merupakan hari pembelajaran untuk aku....oleh itu, jika anda ingin menjadi guru......anda mestilah:

1. berfikiran terbuka

tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini....kita akan sentiasa buat kesilapan....oleh itu, kita perlu menerima dan membetulkan kesilapan kita...suatu perkara biasa jika anak murid kita akan menegur kesilapan kita.....

2. jangan terlalu berkira..

ermmm....buat apalah jadi guru jika terlalu berkira dengan murid.....bukankah niat kita utk melihat kejayaan murid2 kita?? jadi apa salahnya korbankan masa untuk mengajar murid di kelas2 tuisyen...janganlah selalu menyalahkan murid itu tidak pandai......tapi kalau budak tu pandai bijaksana mcm profesor...buat apalah mak ayah dia hantar g sekolah kan?? fikir2kanlah...tambahan pula, ada murid yang bernasib tidak baik, seperti ibu bapa bercerai.....ayah penagih dadah.....dsb....kasihan mereka jika tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya....

3.gunakan bahasa yang baik

kita ni guru.....model kepada murid....amat tidak elok jika menggunakan bahasa yang kesat.....ingatlah murid2 ini amat memerlukan tunjuk ajar dan doa daripada kita.....oleh itu, kesabaran kita amat diperlukan semasa mengajar....


4. menguasai pelbagai cabang ilmu

melalui pembacaan.....jadi amat tidak patutlah kalau guru itu malas membaca....iskh..iskh....guru itu akan menghasilkan doktor, jurutera, peguam, perdana menteri dan sebagainya......janganlah jadi manusia yang jumud....dan mudah berpuas hati....

sebenarnya coretan ini lebih kepada untuk mengingatkan diri aku sendiri....kerana aku juga guru yang masih kekurangan.......guru yang masih belum banyak pengalaman........apa pun, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU.....ingatlah GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA......

INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...