Showing posts with label hidup bercahaya. Show all posts
Showing posts with label hidup bercahaya. Show all posts

Friday, 20 November 2020

INARA AISYA




Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setelah dua minggu berturut-turut warded akibat tekanan darah tinggi. Masa itu, tiba sahaja di pintu utama hospital, pandangan mata ibu menjadi kabur. Ibu beranggapan mungkin kesan lapar belum bersarapan. Segera ibu ke kedai membeli roti jagung dan air mineral. Ibu duduk sebentar untuk melegakan pandangan dan bersarapan. Langkah ini tidak berhasil, pandangan makin kabur disertai sakit kepala berdenyut-denyut. Maka segeralah ibu khabarkan perkara ini kepada doktor. junior yang sibuk menaip data di komputer. Cepat-cepat ibu dibawa berjumpa  doktor pakar. Setelah pemeriksaan, ibu dikejarkan ke dewan bersalin. Inara Aisya perlu dikeluarkan dengan segera. Perut ibu perlu dibedah. Mujurlah pada warded kedua tempoh hari, telah disuntik ubat Dexa untuk mematangkan paru-paru Inara. Pada masa itu, ibu pun blur dan hanya bersetuju dengan segala keputusan doktor pakar. 

Semasa berada di dalam sebuah bilik di dewan bersalin, ada juga pakar yang lain datang untuk melihat kalau boleh dilakukan proses kelahiran secara normal. Namun sia-sia sahaja. Dari jam 9 pagi setelah ditolak ke dewan bersalin hinggalah jam 5 petang, ibu dipuasakan. Dalam pada itu, datang pakar yang lain mengatakan bacaan  platlet darah ibu makin menurun. Minggu dalam wad, bacaannya 200 tapi sekarang hanya 17. Maka perlu menunggu lima peket platlet darah (warna putih) dari Pusat Darah Negara. 

Apabila waktu pembedahan tiba, dengan pantas jururawat bertugas memasukkan platlet darah, menukarkan pakaian kepada jubah biru dan menolak ke dewan pembedahan. Tempat tersebut agak menyeramkan. Kawasannya luas dan sejuk. Banyak katil tetapi tiada pesakit. Katil ibu segera ditolak ke tengah-tengah dewan. Entah kenapa tiba-tiba rasa mengelentar seluruh badan. Mungkin disebabkan sejuk atau besar kemungkinan kerana takut. Tak pernah sekalipun dalam hidup ini dibedah. 

Bersambung (ikut mood 😅)

Monday, 30 April 2012

Untuk Hidup...Mesti Positif..

berfikiran positif ini sangat penting jika kita inginkan kelansungan hidup yang tenang dan baik-baik sahaja.....sebenarnya, jika kita terlalu sangat berfikir.....menyiasat...mencari salah silap orang.....hidup kita juga nanti yang akan menjadi kucar-kacir...

dalam Islam, kita dituntut untuk 'berbaik sangka'.....kenapa? sebab jika kita membuka pintu hati dan fikiran kita untuk berfikiran negatif....buruk sangka....akan datanglah syaitan yang direjam itu menyusup masuk ke dalam minda....hinggakan segala kebaikan nanti akan dilihat sebagai keburukan....

aku sentiasa mengajar fikiranku ini untuk berfikir yang baik-baik sahaja.....sentiasa belajar untuk tersenyum.....tanpa perlu kata apa-apa....walaupun mungkin masalah....dugaan....kesukaran yang datang menghentam aku ini lebih dasyat daripada ombak tsunami...

aku sentiasa berdoa agar kepercayaanku kepada Allah yang esa tidak akan goyah.....apa sahaja yang berlaku itu sebagai tanda...betapa Allah sayangkan diriku ini......sepatutnya aku berbangga kerana hidup aku ini sentiasa terkeluar daripada zon selesa.....hanya dengan ini barulah dapat menambah pengalaman hidup aku....

kepada yang rakan-rakan yang mengenali...menyelusuri....masalah demi masalah yang aku dan keluargaku hadapi....mereka tahu betapa survivalnya kami.....semakin perit masalah yang dihadapi...semakin kuatlah kekuatan dalaman dan kesatuan keluarga kami.....

untuk berfikiran positif....kita mestilah menggunakan ayat-ayat yang positif dalam kehidupan seharian kita....antaranya, kurangkan perkataan "TIDAK"....contohnya, "betul tak?".....tukarkan kpd, "adakah betul?" atau "betulkah?"....

selain itu, kita juga perlu bersihkan minda kita.....positifkan minda kita....janganlah selalu berfikir yang bukan-bukan tentang orang lain....kita perlu berfikiran lebih terbuka...barulah hidup kita menjadi lebih tenang.....

yang akhir sekali, kita perlulah berada dalam kalangan orang yang positif pemikirannya....jika kita terhumban dalam golongan yang suka mengadu-domba...suka menjaja kisah orang lain, suka buruk sangka terhadap kebaikan orang lain, suka mengumpat..menghina....dan sewaktu dengannya...itu tandanya, kita perlu berhijrah....memanglah seronok mendengar dan bercakap hal dalam kain orang lain...tapi.....bukankah itu seperti memakan daging saudara sendiri??

owh, rasanya post kali ini, aku sudah terlebih taip...huhuhu....sebelum mengundur diri.....terimalah pesanan daripada pihak penaja.....<UNTUK HIDUP SENTIASA BERCAHAYA....POSITIFKAN MINDA, FIKIRAN, PERKATAAN & PERBUATAN KITA>

INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...