Sunday 26 June 2011

Cinta...........Oh...........Cinta............

oh, alangkah indahnya apabila dilamun cinta......semuanya manis belaka, semuanya cantik tiada cacat cela....... apa sahaja kekurangan diri si dia, dapat diterima dengan senang hati.....~lalalalla~.......bak kata moyang kita, "mandi dah tak basah.....makan dah tak kenyang....tidur pun da tak lena....semuanya kerana si dia yang asyik bermain-main di minda.......

antara ciri-ciri yang ANDA sedang asyik dilamun cinta ialah:

1. anda sering ditegur begini, " eh, makin berseri-serilah muka awak ni!".....ini disebabkan anda asyik tersenyum sorang-sorang sambil membaca pesanan ringkas menerusi telefon bimbit......malah telefon anda sentiasa berdering-dering menandakan sms yang tidak putus-putus masuk....


2. anda tiba-tiba menjadi pekerja yang paling bersemangat......datang awal....dan menyiapkan segala kerja yang diberikan lebih awal daripada tarikh tutup penghantaran.......ini pula sebab anda nak balik awal.....kerana sudah berjanji temu dengan si dia...


3. anda berpakaian sangat kemas....berwangi-wangian......dan kelihatan amat cantik dan kacak.....ya lah, tak kan lah anda ingin kelihatan hodoh dan selekeh di hadapan si dia......


4. anda sering dilihat bercakap berbisik-bisik di telefon di celah-celah pintu atau di balik-balik tiang.....tidak kiralah walaupun pada masa itu, anda sedang menghadiri mesyuarat yang penting.....


5. anda sudah tiada masa untuk bersantai bersama-sama sahabat dan keluarga anda....."fully booked" oleh yang  tersayang.....malah, anda juga sudah tidak sempat untuk bertanyakan khabar ahli keluarga......

Cinta ini memang pelik....kita boleh mengambil masa sesaat sahaja untuk jatuh cinta......malah cinta ini tidak mengenal darjat......tidak mengenal usia......tidak mengenal bangsa dan juga agama.....

kerasionalan fikiran hampir menjadi sifar semasa seseorang itu asyik masyuk bercinta.....semuanya telah diambil alih oleh hati dan perasaan.......dan juga nafsu...........

aku?? pernah bercinta.....bukan sekali....tapi berkali-kali......pernah berasa sangat   bahagia dan pernah juga mengalami zaman kepedihan  kelukaan.....namun, pengalaman itu amat penting.....mengajar hati ini erti kedewasaan.....kematangan.....

apa yang penting dalam percintaan?? 

1. kejujuran
2. kesabaran
3. toleransi
4. rasional
5. keserasian

bagi aku....ciri-ciri ini amat penting......jika terkurang satu....pincanglah ia.....pasangan bercinta ini datangnya daripada dua individu yang berbeza......lain cara hidupnya, berbeza cara dibesarkan.....oleh itu, tentulah sukar untuk mencari titik keserasian.....melainkan dengan sikap sabar.....sentiasa jujur kepada pasangan.....boleh bertolak ansur.......dan juga berfikir secara rasional dalam menangani masalah hati dan perasaan ini.......

jadi, kepada pasangan yang bercinta di luar sana......selamat berbahagia......semoga selamat hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya dikurniakan anak-anak  soleh dan solehah yang dapat mendoakan ayah dan ibunya nanti....insya'Allah.........................







Saturday 18 June 2011

MATI.......itu pasti......

Tiga jam menunggu jenazah rakanku yang kemalangan kereta dimandikan dan dikapankan benar-benar menginsafkan dan mengingatkan diriku bahawa hidup ini hanyalah satu  persinggahan.......MATI itu sangat pasti....tiada seorang hamba Allah pun yang dapat melarikan diri daripadanya.....MATI itu datang menghampiri kita tanpa mengenal status kita sama ada kita merupakan seorang ibu kepada anak-anak yang masih kecil.....seorang bapa kepada sang isteri yang sarat mengandung anak sulong....seorang anak yang padanya ditumpahkan sepenuh tanggungjawab menjaga ibu bapanya yang sudah tua dan uzur......Mati itu datang tepat pada masanya....tidak tercepat mahu pun terlambat walaupun sedetik.......Astaghfirullahalazim.....maha suci Allah........


Apabila MATI itu datang....tinggallah semuanya....tinggallah harta benda wang ringgit yang kita bersusah payah bersengkang mata mencarinya setiap hari.....tinggalah keluarga yang sentiasa kita jaga hatinya....tinggallah kekasih hati yang kita sanggup sehidup semati....tinggallah semua.......Perginya kita dari dunia ini dan tak akan kembali lagi...........kerana kita ada kehidupan yang lebih penting selepas mati........Ya, kehidupan di alam barzah.....kehidupan yang tiada garis penghujungnya.......kehidupan yang menanggung segala kelakuan dan perbuatan  kita semasa di dunia dahulu......

 Jadi, apakah bekalan kita di alam itu? bolehkah kita membawa kereta kebanggaan kita yang harganya beratus-ribu itu? atau kita bawa wang ringgit kita yang berjuta-juta itu????
Memetik sebuah hadis, Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali kerana tiga hal;
(1) Sedekah jariah,
(2) Ilmu yang bermanfaat
(3) Anak saleh yang mendoakannya

Sebenarnya, hanya tiga bekalan sahaja yang kita bawa.........tetapi itu pun jika kita sempat sediakan semasa hidup dahulu......renung-renungkan.....fikir-fikirkanlah......kita tidak tahu bilakah ajal kita.......ingat, MATI itu pasti!


INARA AISYA

Terlalu pantas cara kelahiranmu, Inara Aisya. Asalnya ibu hanya ke klinik pakar O&G Hospital Ampang hanya untuk rutin pemeriksaan setela...